You are currently viewing Baja Foliar Boron Meningkatkan Kadar Pembungaan Serta Pengeluaran Hasil

Baja Foliar Boron Meningkatkan Kadar Pembungaan Serta Pengeluaran Hasil

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Pokok dewasa durian akan dirangsang oleh cuaca kering lalu mengeluarkan bunga selepas itu. Kebiasaan, banyak bunga akan terbentuk dan banyak juga akan gugur ekoran pokok tidak mampu menampung keperluan sumber makanan bagi kesemua bunga. Banyak bunga tidak mendapat bekalan boron yang cukup dan keberkesanan menurun juga salah satu sebab utama bunga gugur.

Pada hakikat, boron sama ada dari baja pejal atau baja foliar memainkan peranan penting dalam pemupukan kadar bunga dan selanjutnya memperkasa pengeluaran hasil. Boron dalam tanah mudah larut resap khasnya semasa cuaca panas. Maka itu, tokok tambah boron melalui semburan foliar adalah wajib supaya pokok tidak mengalami kekurangan boron. Pokok sekiranya kekurangan boron, kesan utama ialah bunga dan debunga tidak dapat membentuk dengan normal dan keadaan ini menyebabkan kadar persenyawaan menurun dengan ketara. Justeru itu, ramai pekebun sering terfikir kenapakah bunga kenapakah bunga tidak berjaya membentuk putik buah dan ini adalah jawapannya.

Bagi tanaman berbunga dan berbuah, peranan boron tidak harus diabaikan. Hanya ada bunga yang banyak baru boleh mengharapkan pengeluaran hasil yang lebih lumayan. Justeru itu, amalan menyembur baja foliar boron ke atas pokok adalah digalakkan. Boron membantu pertumbuhan tiub debunga. Begitu juga organ dalam bunga betina juga memerlukan bantuan boron untuk menjadi normal dan mencapai kebernasan yang tinggi. Apabila kedua-dua aspek ini mencapai tahap optimum, maka bunga akan dapat dikekal di atas pokok, kadar persyenyawaan pun meningkat dan selanjutnya membentuk putik buah yang lebih banyak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Menurut sumber, peranan boron di sisi pengeluaran bunga dan buah adalah lebih penting daripada peranannya dalam pemupukan tumbesaran pokok. Boleh dikatakan boron adalah satu-satunya nutrien yang paling memberi kesan terhadap aspek pembungaan melalui peningkatan kebernasan dan persenyawaan bunga lalu membawa kepada pembentukan putik buah. Tidak sukar bagi kita membayangkan bunga yang tidak tumbuh dengan normal ekoran kekurangan boron walaupun debungannya berjaya melekat pada stigma bunga betina, namun kebernasannya yang kurang juga akan menggagalkan pembentukan putik buah. Andai kata putik buah berjaya dibentuk dalam situasi ini, bentuk buah juga mungkin cacat atau gugur sebelum matang. Perkara ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan bunga berada dalam keadaan yang tidak berkesan kerana tidak cukup bekalan baja boron.

Hasil satu eksperimen pernah melaporkan pertalian antara boron dengan fosforus, kalsium dan magnesium khasnya pertalian dengan kalsium. Mana-mana satu nutrien yang tidak mencukupi dalam pokok akan mempengaruhi kesan baja lain. Oleh sebab itu, ramai pekebun turut menggunakan rumusan baja foliar yang sama-sama mengandungi boron, kalsium dan magnesium sekali bagi mengelak ketidakseimbangan berlaku yang mampu menjejaskan pembugaan dan hasil buah.

Memandangkan pasaran lebih menggemari bentuk buah durian yang seragam berbanding yang berbentuk cacat, maka aplikasi boron atau rumusan sekali seperti yang dinyatakan, adalah penting dan berbaloi. Dengan adanya amalan ini, kadar pembungaan dan pembuahan dijangka dapat dipertingkatkan dan membawa pulangan lebih lumayan kepada pekebun.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :