Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Limau bali Tambun terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran. Ia sejenis buah-buahan tropika bermusim, manis serta berjus dan merupakan buah-buahan yang umumnya diusahakan oleh kaum Cina untuk pasaran di masa perayaan Tanglung dan juga Tahun Baru China. Namun, limau bali Tambun sebenarnya sesuai ditanam dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Rupa bentuk limau ini berkulit licin serta berwarna hijau cerah.
Kebun limau bali Tambun yang kami lawati ini berada di Ipoh, Perak dengan keluasan 12 ekar. Umur pokok berada di sekitar 8 tahun. Pekebunnya Encik Liew seorang pengusaha tanaman ini dan berpengalaman melebihi 20 tahun. Demikian, beliau mahir terhadap pengurusan limau bali Tambun termasuk juga keupayaan memupuk pembungaan dan pembuahan sepanjang tahun. Walaupun begitu, memandangkan buah-buahan ini umumnya dipasarkan semasa musim perayaan Cina, maka kultur beliau terhadap tanaman ini juga untuk menghasilkan 2 musim buah dalam setahun.
Mengikut Liew, semua penanam limau bali Tambun di kawasan ini menanam sejumlah 200 – 300 ekar dan kebanyakan limau yang dihasilkan dibungkus dalam kotak yang mengandungi 6 biji, 8 biji, 12 biji malah 15 biji untuk dieksport ke Singapura. Harga limau bali Tambun memperolehi harga yang lebih tinggi di negara tersebut di samping juga mempunyai permintaan yang stabil.
Katanya, satu musim limau bali Tambun memerlukan masa 5 bulan untuk capai ke peringkat matang, oleh itu penanaman akan dimulakan antara bulan Mac – Julai, April – Ogos dan Sept – Jan pada setiap tahun. Oleh kerana tempoh penanaman kali ketiga (Sept Jan) sudah mendekati Tahun Baru Cina, oleh itu sebaik sahaja tamat penanaman kedua (April Ogos), penanaman kali ketiga hendaklah dimulakan segera. Jika tidak, maka penanaman kali kedua perlu dilapangkan dan menumpu perhatian pada penanaman ketiga. Memandangkan permintaan di waktu Tahun Baru Cina amat baik, oleh itu ramai penanam akan melapangkan penanaman kali kedua supaya mempunyai masa yang lebih cukup untuk pasaran Tahun Baru Cina.
Pada hakikat, ada penanam juga ingin menghasilkan limau bali Tambun di pertengahan tahun, maka mereka terpaksa meninjau keadaan pembuahan di atas pokok, jika pokok mengeluarkan hasil minimumu 200 biji, maka 100 biji akan dikultur untuk pasaran pertengahan tahun (Julai) dan 100 biji yang lain untuk pasaran Ogos. Kawalan pembuahan pokok boleh dijalankan melalui pangkasan pokok bagi pertumbuhan tunas baru serta menyembur baja foliar untuk memupuk pembungaan dan pembuahan selanjutnya. Inilah rahsia yang dikatakan sebagai rahsia pengolahan pembungaan dan pembuahan pokok limau bali Tambun.
Liew sambung katanya, bunga limau bali Tambun terdiri daripada bunga jantan (debunga) di bahagian atas dan bunga betina di bahagian bawah, apabila langin bertiup, debunga akan melekat pada bunga betina dan menjayakan persenyawaan. Jika hari tidak berhujan dalam masa 4 – 6 hari, persenyawaaan itu akan berjaya malah kadar kejayaan sehingga 100%. Inilah faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh penanam. Oleh itu, proses ini elok berlaku di musim kering agar meninggikan kadar kejayaan.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Untuk memupuk pembungaan, pokok perlu dipangkas. Semua ranting tua, berpenyakit dan tidak produktif hendaklah dipangkas termasuk juga pucuk air. Kerja pangkasan paling baik dijalankan di musim hujan kerana air hujan akan memupuk pengeluaran tunas baru sepanjang 2-3 inci dalam masa 20 hari. Pada masa yang sama, baja foliar perlu disembur disembur untuk untuk meningkatkan kadar pembungaan.
Â
Apabila putik buah tumbuh ke saiz seperti sebiji oren, putik itu boleh dibalut dengan kertas. 100 – 110 hari kemudian, buah akan matang untuk dikuitp. Pengeluaran hasil juga bergantung kepada cuaca. Cuaca yang baik akan merangsang pengeluaran hasil sehingga 200 biji/pokok tetapi jika cuaca kurang memadai, maka hasil tersebut akan menurun ke paras separuh sahaja. Harga kebun sebiji limau bali Tambun lebih kurang RM8.00, maka satu pokok yang menghasikkan 200 biji akan menjana pendapatan RM1,600/pokok.
Masalah perosak limau bali Tambun agak banyak tetapi yang lebih kritikal ialah koya limau yang akan menghisap cecair pucuk, ranting dan buah sehingga pertumbuhan pucuk terbantut dan daun gugur. Begitu juga lelabah merah yang juga menghisap cecair di bahagaian pokok sehingga akar menjadi lemah dan pokok kemudian akan mati. Untuk mengawal kedua-dua perosak ini, putik buah yang sudah dibungkus hendaklah juga disemburi dengan racun kulat setiap 10 hari. Penyakit utama limau bali Tambun ialah reput akar. Kejadian ini sekiranya berlaku akan menyebabkan pangkal pokok merembeskan lendir dan pokok umumnya akan mati.
Sebagai tanaman buah-buahan, limau bali Tambun amat memerlukan baja sebatian dan baja organik. Di kebun dapat dilihat di bawah setiap pokok terdapat beberapa beg baja tinja ayam berserak di situ. Kata Liew, tinja ayam ini akan dibiarkan berfermentasi sepenuhnya di dalam beg, biasanya untuk selama 3 bulan, kemudian beg tersebut akan digoris dengan pisau di bahagian bawah untuk mengalirkan nutrien dari beg. Jika tinja ayam tidak difermentasikan dahulu, pengalirannya ke tanah akan meningkatkan kemasaman tanah. Selain itu, Liew juga menabur rumusan baja 15/5/20 sebanyak 2 kali dalam semusim dengan kadar 3kg/pokok.
Perlu diingatkan bahawa selepas pengeluaran putik buah, Liew akan menabur baja organik + asid humid dengan kadar 3-5 kg/pokok/kali bagi meningkatkan kualiti buah termasuk kemanisan dan kebesaran buah. Dengan kata lain, penanaman limau bali Tambun sentiasa perlu menitikberatkan pembajaan dengan kekerapan 2-3 kali semusim pada kadar 3-5 kg/pokok. Dengan cara ini, buah liamu bali Tambun yang dihasilkan akan dapat memenuhi kehendak pemborong untuk dipasarkan.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd