You are currently viewing Tip Bagi Meningkatkan Kadar Pembuahan Durian

Tip Bagi Meningkatkan Kadar Pembuahan Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Beberapa cara boleh digunakan untuk memupuk pembuahan pokok durian. Nutrien dan bekalan air adalah penyumbang pembuahan yang penting. Umumnya apabila bunga sudah berjaya didebungakan, 10 hari kemudian putik buah akan terbentuk. Kebanyakan putik buah akan gugur ke atas tanah. Hanya putik buah yang dapat dikekalkan sehingga buah besar baru bermakna kerana itulah hasil sebenar. Namun, pemupukan hendaklah bermula di peringkat pembungaan. Ini kerana didapati penjagaan bunga akan menyumbang kepada kejayaan pendebungaan. Kemudian diikuti penjagaan putik buah sehingga ke peringkat buah membesar bagi memastikan perolehan hasil sebenar. Berikut adalah beberapa kaedah untuk merealisasikan perkara ini.

Bekalan Nutrien

Bunga durian sangat sensitif. Jika nutrien wajib tidak diperolehinya, banyak bunga akan gugur. Daripada sumber, didapati kalsium, boron, magnesium dan kalium dapat memupuk kadar percambahan debunga serta pengembangan tiub. Percambahan tersebut memerlukan 50 – 90ppm kalsium, 30 – 60ppm boron, 15 – 30ppm magnesium dan 15 – 30ppm kalium untuk menjayakannya. Sekiranya debunga tidak mendapat bekalan kesemua nutrien ini, maka kebernasannya menjadi lemah dan selanjutnya akan menjejaskan pengembangan tiub debunga. Debunga yang lemah pasti akan mengurangkan kadar kejayaan pendebungaan.

Kalsium dan boron wujud sebagai nutrien paling penting di sisi ini. 6 minggu selepas bunga terbit, semburan nutrien ini dapat membantu percambahan debunga. Kebiasaan, nisbah kalsium dan boron dalam daun durian berada pada aras 337 : 1, nisbah ini sudah kehilangan seimbangan justeru perlu dilaraskan ke nisbah 200: 1 (kalsium: boron). Hal ini menerangkan kenapa wajib menyembur kedua-dua nutrien ini pada waktu tersebut. Dengan kata lain, kadar pembuahan yang umumnya rendah mungkin disebabkan oleh nisbah kalsium dan boron yang tidak seimbang ini. Bagi meningkatkan kadar pembuahan, semburan kedua-dua nutrien ini kelihatan sangat penting dan wajib.

Bekalan Air

Bekalan air juga faktor penting dalam menjamin kadar pembuahan durian. durian. Bagi meningkatkan kadar tersebut, maka satu minggu sebelum bunga mengembang atau tujuh minggu selepas tunas bunga terbit, bekalan air hendaklah dikurangkan ke 20 – 25% sejatan air harian sehingga bunga mengembang sepenuhnya. Namun jika cuaca sangat panas, misalnya sehingga 36 darjah, maka bekalan air pada kadar yang sesuai hendaklah dilakukan setiap hari. Bagaimanakah menentukan kadar air yang dikatakan sesuai ini? Perkara ini senang diperhatikan yakni pada pukul 3.00 petang, jika bunga mengembang sepenuhnya maka menunjukkan kadar air yang diberikan itu adalah kadar yang tepat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Apabila putik buah sudah terbit, bekalan air ditingkatkan ke aras 60 – 70% sejatan air harian. Amalan ini dilakukan dalam tempoh 3 minggu selepas bunga mengembang bagi mengelak putik buah gugur serta menjamin putik buah terus membesar.

Pendebungaan Berbantu

Apabila kadar pembungaan mencapai aras 25%, pendebungaan secara manual atau berbantu boleh dimulakan bagi meningkatkan kadar pembuahan. Debunga yang dikutip daripada baka durian lain atau daripada pokok lain tetapi sama baka disapu pada stigma bunga betina. Masa yang paling sesuai untuk menjalankan proses ini ialah di antara 6.30 pm – 9.30pm. Kaedah ini akan menjamin kadar pembuahan mencapai aras optimum.

 

Sumber maklumat :

Surmsuk Salakpetch, “Durian flowering, fruit set and pruning”, Chanthaburi Horticultural Research centre, Chanthaburi, Thailand.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :