Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Minyak merah sawit kaya dengan karotena, vitamin E, phytosterol, squalene dan enzim Q10. Karotena memanfaatkan kesihatan manusia kerana ia adalah elemen penting dalam darah manusia. Inilah sebabnya unsur ini dapat memperkuatkan imunisasi badan untuk memerangi penyakit kronik. Bagi kanak-kanak yang menghadapi kekurangan vitamin A, karotena dapat memupuk dan memperbaiki masalah penglihatan mereka. Kini biskut dapat dirumus menggunakan minyak merah sawit dan ini merupakan berita baik kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Setelah menikmati biskut tersebut, didapati ia sangat enak, rangup, manis dan menyelerakan. Ciri-ciri ini amat penting dalam makanan ringan terutama yang berasaskan minyak sawit.
Menurut pihak MPOB, rumusan baru ini sudah mendapat perhatian dari Jabatan Kesihatan Malaysia. Pengeluaran secara skala kecil telah dimulakan untuk menghasilkan produk biskut tersebut yang bakal diedarkan kepada kanak-kanak di luar bandar.
Kandungan karotena sebanyak 80% dalam biskut ini dapat dikekalkan selama 1.5 tahun tanpa menjejaskan kualiti. Malahan biskut juga boleh ditambah dengan nutrien lain seperti tercatat dalam panduan pemakanan manusia. MPOB akan menyediakan semua aspek pembuatan biskut ini kepada pihak pengilang yang berminat, yang pentingnya ialah mengekalkan kandungan karotena di dalam dengan optimum.
Analisis kewangan menunjukkan jika biskut ini dapat dihasilkan sebanyak 600,000 bungkusan kecil setahun dan setiap bungkusan itu dijual dengan harga RM1.85, jumlah pelaburan yang diperlukan ialah RM80,000. Pada hakikat, bahan mentah bagi satu bungkusan hanya RM0.43 dan pengilang boleh pulang modal dalam masa 3.46 tahun. Nisbah untung dan kos (benefit: cost) adalah 1.16 dan kadar pulangan dalaman ialah 53.45%. Bagi pengilang yang sudah ada kelengkapan prosesan, pembuatan biskut ini akan lebih mudah lagi kerana prosesnya tidak melibatkan pengubahan besar ke atas sistem prosesan sedia ada. Teknologi ini sudah dipamerkan di ibu pejabat MPOB di Bangi sempena Hari Pemindahan Teknologi 2022 yang berlangsung pada bulan Jun tidak lama lalu.
Sumber maklumat :
Radhika Loganathan et al., Red Palm Oil-Enriched Functional Cookies, MPOB TT NO. 681, June 2022.