You are currently viewing Integrasi Tanaman Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Sawit

Integrasi Tanaman Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Menurut laporan, terdapat sejumlah 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh Malaysia. Mereka ini belum termasuk ladang melebihi 40 hektar yang dikategorikan sebagai sektor estet. Ramai pekebun kecil ini hanya memiliki keluasan tanah di antara 1 – 4 hektar. Di waktu harga minyak sawit global berada di aras baik, pendapatan yang dijana masih boleh menyara hidup mereka. Tetapi jika harga menurun tentu akan memberi kesan negatif terhadap sara hidup. Oleh yang demikian, tanaman selingan dikultur di kebun sawit dipercayai sebagai satu kaedah baik untuk menyeimbangkan pendapatan di masa harga minyak sawit menurun.

Jika harga minyak sawit tidak menurun, tanaman selingan turut meningkatkan lagi pendapatan masing-masing. Justeru itu, di kawasan tanam semula atau tanam baru, langkah menyelingkan tanaman sawit dengan tanaman jangka pendek atau jangka panjang yang sesuai akan memanfaatkan penanam.

Dalam proses penanaman sawit, terdapat jangka masa 3 tahun untuk menanam tanaman selingan sam ada di perantaraan pokok sawit jika menggunakan kaedah konvensional atau di kawasan seluas 15.2m yang telah diperuntukkan dalam corak penanaman dua baris kembar (double avenue planting system). Kedua-dua kaedah ini berlainan di antara satu sam lain.

Penanaman Corak Segi Tiga

Penanaman secara corak segi tiga mengikut kaedah konvensional hanya membolehkan tanamna selingan diusahakan untuk 3 tahun pertama kemudian kawasan tersebut perlu dikosongkan untuk tumbesaran pokok sawit. Pada permulaan, kadar kemasukan pancaran cahaya matahari ialah 80 – 90% tetapi selepas 2 – 3 tahun, kadar kemasukan cahaya menurun kepada 20 40%. Apabila sampai tahun ketiga, kadar tersebut menurun lagi kepada lebih kurang 10% menyebabkan kegiatan selingan terpaksa dihentikan.

Penanaman Corak Dua Baris Kembar

Kaedah penanaman dua baris kembar pula menyediakan satu ruang kosong secara kekal dalam barisan sawit untuk terus diusahakan selama-lamanya tanpa mengurangkan penghasilan tanaman sawit. Dengan cara ini, penanam boleh menikmati dua hasil dalam sebidang tanah yang diusahakan. Kaedah ini tetap mengamalkan jumlah tanaman 136 pokok/hektar tetapi jarak antara pokok sawit pada 9.1 x 9.1 x 9.1m sebelum itu telah diubah menjadi 6.1m (jarak pokok dalam barisan) x 9.1m (jarak antara barisan pokok). Dengan cara ini, satu ruang 15.2m sudah disediakan untuk tanaman selingan selama-lamanya. Jika keluasan ruang ini ingin dibesarkan kepada 18.3m, maka jumlah pokok sehektar akan berkurangan menjadi 120 pokok sahaja.

Kadar Kemasukan Cahaya Yang lebih Tinggi

Kaedah dua baris kembar ini masih membolehkan kemasukan pancaran cahaya matahari sebanyak 45 55% selepas 2 -3 tahun ditanam kemudian menurun ke kadar 20 – 30% selepas 4 tahun penanaman. Kadar ini masih lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Menurut kajian photosynthetically active radiation (PAR), kebun yang mengamalkan dua baris kembar mencapai kadar fotosintesis aktif pada 40% iaitu lebih tinggi daripada kebun konvensional pada 20% sahaja.

Apabila pokok sawit sudah matang, ruang 15.2m ini akan juga menghadapi naungan daripada pancaran cahaya matahari tetapi apa pun ia tetap menikmati kadar minimum 20 – 30% kawasan lapang untuk pengusahaan tanaman selingan secara kekal. Tanaman selingan yang boleh diusahakan di kawalan lapang ini termasuk pisang, nanas, kacang tanah, padi huma, kacang soya, tongkat ali, keledek, tebu kuning, jagung, tembikai, labu dan lain-lain lagi.

Tanaman Selingan Tidak Mengurangkan Hasil Sawit

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh MPOB, hasil sawit untuk empat tahun kutipan pertama tidak dipengaruhi malah mencatatkan 3.79 tan, 10.19 tan, 24.19 tan dan 23. 35 tan/ha/tahun iaitu lebih kurang sama dengan hasil untuk tempoh masa yang sama dalam penanaman konvensional. Ini menunjukkan keupayaan sistem dua baris kembar memberi hasil setimpal. Walau bagaimanapun, tanah yang cerunnya melebihi 12 darjah tidak sesuai mengamalkan tanaman selingan. Menurut kajian juga, didapati tanah yang sesuai untuk tanaman selingan di seluruh Malaysia berjumlah 957, 803 ha.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Kelebihan penanaman selingan dengan sawit bukan itu sahaja, tetapi juga meningkatkan kesuburan tanah melalui reputan biojisim tanaman selingan serta meningkatkan bahan organik tanah. Apabila bahan organik meningkat, ia selanjutnya meningkatkan kegiatan mikrob dalam tanah. Semua ini membawa kebaikan kepada tanah dan tanaman sawit.

Menilai Prestasi Dua Jenis Tanaman Selingan

A) Tanaman Selingan Tebu

Tanaman tebu banyak ditanam di negara Brazil, India, Pakistan dan China. Kesemua negara ini menghasilkan jumlah 50% keseluruhan tebu dunia. Sedangkan tebu di Malaysia selain untuk pengeluaran gula dan produk minuman, ia juga dieksport ke Singapura, Hong Kong dan negara lain merangkumi nilai eksport RM 6 juta. Kini, Malaysia mempunyai seramai 3,500 orang penanam tebu dengan jumlah keluasan 2,000 hektar.

Tebu sesuai diusahakan dalam sistem dua baris kembar sawit (sila lihat rajah 1). Apabila sudah ditanam 8 9 bulan, tebu boleh dituai untuk pusingan pertama dan menghasilkan 17,000 batang tebu untuk satu hektar. 6-7 bulan kemudian, kutipan hasil pusingan kedua dilakukan dan kali ini boleh mendapat hasil 14,000 batang tebu sehektar. Lagi 6 -7 bulan kemudian kutipan hasil untuk pusingan ketiga dijalankan dengan hasil 11,200 batang tebu/ha dikutip.

Jika sebatang tebu dijual dengan harga 40 sen, maka jumlah hasil untuk pusingan pertama, kedua dan ketiga masing-masing mencatatkan RM6,800, RM5,600 dan RM4,480. Apabila hasil ini ditolak kos pengeluaran masing-masing pada RM1,375, RM1,070 dan RM958, maka pendapatan bersih masing-masing ialah RM4,177/ha, RM4,216/ha dan RM3,208/ha. Ketiga-tiga pusingan ini mengambil masa lebih kurang 2 tahun dan menghasilkan pendapatan bersih sebanyak RM11,601/ha bersamaan perolehan pendapatan bersih setiap tahun pada RM5,800.50/ha. Inilah pendapatan bersih yang dapat dijana melalui penanaman selingan dengan sawit tanpa mengganggu pendapatan dari sawit di samping juga boleh diteruskan secara kekal ataupun ditukar kepada tanaman selingan lain.

B) Tanaman Selingan Nanas Kaltivar Sarawak

Kelebihan tanaman nanas datang dari keupayaannya dikultur dengan kepadatan tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai pasaran yang tinggi. Keseluruhannya, tanaman nanas menepati objektif utama penanaman selingan untuk mengguna penuh ruang tanah yang ada di antara tanaman sawit.

Dalam sistem dua baris kembar, tanaman nanas kaltivar Sarawak boleh ditanam 18 baris dalam keluasan 15.2m (sila lihat rajah 2). la mula mengeluarkan bunga selepas 9 – 10 bulan ditanam. 90-120 hari kemudian, buah nanas akan matang dan boleh dikutip. Kutipan hasil untuk pusingan pertama ialah 31,000 kg/ha dan jika dijual dengan harga kebun RM1.20/kg akan menghasilkan pendapatan kasar RM37,200/ha. Selepas menolak kos pengeluaran tahun pertama pada RM24,120/ha (kos ini termasuk pembelian bahan tanaman untuk pusingan pertama berjumlah RM18,600/ha) akan memberi pendapatan baki RM13,080/ha. Kemudian ada pusingan kedua dan ketiga untuk meraih pendapatan selanjutnya yang mana bahan tanaman tidak perlu dibeli lagi tetapi menggunakan sahaja sulur daripada tanaman nanas di pusingan pertama. Senario yang sama ialah hasil ini merupakan pendapatan tambahan kepada penanaman selingan tanpa mengganggu pendapatan sawit.

Hal sedemikian jelas menunjukkan bahawa penanaman secara selingan boleh diusahakan bersama sawit untuk menjana pendapatan sampingan terutama bagi penanam yang tanah hanya seluas 24 hektar. Namun, untuk penanam yang mempunyai keluasan tanah lebih besar, penanaman selingan jika diusahakan tentu akan menjana pendapatan yang lebih tinggi lagi.

 

Sumber maklumat :

1. Dr. Mohd Basri Wahid et al.(penyunting) Integrasi Tanaman dan Ternakan, MPOB, 2010.
2. Suboh Ismail et al, “Crops and Livestock Integration with Oil Palm”, Further Advances in Oil Palm Research (2000-2010), vol. 1, МРОВ, 2011.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :