Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Di Malaysia, penyakit kanker batang pokok durian mula dilaporkan oleh Thompson pada tahun 1934. Seterusnya pada tahun 1969, penyakit ini dijumpai di Thailand oleh Bhavakul. Penyakit ini disebabkan oleh kulat tanah. Perumahnya bukan setakat pokok durian, malahan avocado, koko, limau, nangka, sawit, betik, getah dan lain-lain lagi juga berisiko dijangkitinya. Beberpa jenis tumbuhan hiasan juga tidak terkecuali.
Ristaino dan Gumpertz (2000) mendapati taburan hujan adalah faktor utama yang menyebabkan kejadian penyakit ini. Di kawasan bersuhu tinggi atau rendah (35°C atau 5°C), risiko penyakit ini amat rendah. Suhu paling optimum untuk peningkatan populasi kulat ini ialah di antara 26 – 28°C. Di antara julat suhu 10°C – 32.5°C, kadar pertumbuhannya sangat lemah serta tidak menimbulkan ancaman.
Kanker batang menyerang semua bahagian pokok durian termasuk anak benih dan pokok yang ditanam di kebun. Daun, batang, akar dan buah jika dijangkitinya akan menunjukkan gejala reput, layu dan akhirnya gugur atau mati. Memandangkan ia disebabkan oleh kulat tanah, sistem akar pokok berdepan dengan risiko jangkitan yang paling tinggi. Setelah akar diserang, daun pokok akan mula menguning kemudian layu dan gugur. Keadaan ini akan menyebabkan kanopi pokok menjadi renggang. Penyaluran nutrien dan air oleh sistem akar terjejas adalah faktor utama kepada kejadian daun menukar ke warna kuning dan layu.
Serangan penyakit kanker batang ke atas batang dan dahan pokok akan menyebabkan bahagian diserangi itu menjadi lebam dan cecair berwarna merah gelap akan mengalir keluar. Di lokasi dahan bercabang, penyakit ini mirip berlaku kerana tempat ini amnya lebih basah berbanding bahagian lain. Patogen berkumpul di situ dan lama-kelamaan berlakulah gejala serangan di kawasan tersebut.
Buah sama ada matang atau tidak, masing-masing berisiko diserangi penyakit ini. Kebiasaan, apabila kulit menunjukkan tompokan kelabu sehingga perang, kemungkinan besar sudah terjangkit penyakit ini.

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Untuk mengelak jangkitan penyakit ini, aplikasi bahan berasaskan trichoderma harzianum didapati memberi kesan positif. Mencampurkan bahan ini ke dalam tanah atau baja kemudian menggaulkan ke dalamnya sudah memadai. Trichoderma harzianum merupakan sejenis agen kawalan biologi, mikrob manfaat yang ada di dalam akan merembes sejenis toksik bagi mengawal penyakit kanker batang. Bahan ini malah disifatkan memberi kesan setimpal dengan racun dan baja biologi khas untuk menangani penyakit ini.
Amalan kebun yang asas bagi mengawal sebaran penyakit ini termasuklah penjagaan sanitasi kebun, memangkas pokok, mengawal rumpai serta memperbaiki sistem peparitan kebun. Mengurangkan sentuhan buah dengan tanah juga berkesan. Kulit buah hendaklah dijaga supaya tidak cedera kerana patogen mudah memasuki ke dalam buah sekiranya terdapat kecacatan di bahagian luaran. Umumnya kulit cedera adalah disebabkan oleh serangga atau makhluk seperti tupai.
Anak benih juga hendaklah dikawal supaya tidak terjangkit. Anak benih jika ditanam dalam tanah bersih, kadar jangkitan adalah rendah. Penjagaan jarak perletakan anak benih supaya tidak terlalu rapat di antara satu sama lain akan mengurangkan kelembapan bertakung dan selanjutnya meminimumkan jangkitan. Anak benih terjangkit akan menunjukkan bahagian daun bertompokan basah kemudian menukar ke warna hitam dan layu pada akhirnya. Beberapa racun kimia didapati berkesan untuk mengawal jangkitan kanker batang termasuklah pencycuron, benomyl, cabendazim, flutolanil, thiophanate methyl dan triadimefon. Ketika berlaku guguran daun 10%, maka semburan daun dengan racun carbendazim (12g/liter) atau copper oxychloride (50g/liter) boleh dijalankan segera. Tambahan, bahagian yang dijangkiti seperti daun atau pucuk hendaklah dibuang dan dibakar, rumpai di bawah pokok kemudian dibersihkan bagi mengurangkan populasi patogen berkumpul di situ.
Sumber maklumat :
Saichol Ketsa et al., The Durian : Botany, Horticulture and Utilization, Editor lan Warrington, John Wiley & Sons, Inc, 2020.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd