You are currently viewing 65% Pekebun Kecil Sawit Persendirian Di Semenanjung Malaysia Bergantung Kepada Tenaga Buruh Asing Dalam Penuaian Buah Sawit

65% Pekebun Kecil Sawit Persendirian Di Semenanjung Malaysia Bergantung Kepada Tenaga Buruh Asing Dalam Penuaian Buah Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Industri sawit di Malaysia adalah berintensifkan buruh tidak kira sektor perladangan atau pekebun kecil. Sektor perladangan memiliki keluasan melebihi 40.46 ha (100 ekar) manakala yang lebih rendah digolongkan sebagai sektor pekebun kecil. Pekebun kecil pula terbahagi kepada dua golongan iaitu pekebun kecil persendirian dan tersusun.

Industri sawit di Malaysia adalah berintensifkan buruh tidak kira sektor perladangan atau pekebun kecil. Sektor perladangan memiliki keluasan melebihi 40.46 ha (100 ekar) manakala yang lebih rendah digolongkan sebagai sektor pekebun kecil. Pekebun kecil pula terbahagi kepada dua golongan iaitu pekebun kecil persendirian dan tersusun.

Pada tahun 2016, majoriti pekebun kecil sawit persendirian datang dari Semenanjung Malaysia dengan jumlah seramai 164,923 orang meliputi kawasan keluasan 511 004 ha manakala Sabah dan Sarawak berjumlah 69,784 orang meliputi 422,944 ha.

Keseluruhannya, Malaysia memunyai jumlah besar pekebun kecil sawit persendirian seramai 234,707 orang dengan jumlah keluasan 933,948 ha. Daripada perangkaan ini, Johor merangkumi 73,154 orang (30.9%) diikuti oleh Perak 17.5%, Sarawak 14.8%, Sabah 14.7%, Selangor 9.0% serta negeri-negeri lain yang berjumlah 13.1%. Dari segi keluasan, Sabah memiliki keluasan terbesar (221,678 ha) atau jumlah keluasan 23.7% daripada seluruh jumlah keluasan pekebun kecil sawit persendirian di Malaysia.

Untuk memahami keadaan guna tenaga di sektor sawit yang penting ini, MPOB telah menjalankan satu bancian secara temu duga bersemuka dengan responden terpilih dari persampelan secara standard. Justeru itu, seramai 385 orang dari Semenanjung Malaysia, Sabah 397 orang dan Sarawak 392 orang telah dipilih dalam bancian ini.

Ringkasnya, 88.9% keluasan pekebun kecil sawit persendirian Semenanjung Malaysia adalah pokok matang. Keluasan purata setiap responden ialah 3.46 ha. Di Sabah ialah 68.5% pokok matang dan purata keluasan individu ialah 4.11ha. Sarawak pula berpokok matang 90.7% dan berpurata keluasan 4.82 ha setiap pekebun kecil sawit persendirian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Dari segi peringkat umur pekebun kecil sawit persendirian, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatkan purata umur 58, 52 dan 54. Pusingan penuaian buah tandan segar pada setiap 15 hari bagi Semenanjung Malaysia ialah 58.8%, Sabah 81.8% dan Sarawak 57.4%. Kadar ini masing-masing menurun ke 32.7%, 6.15 dan 32.1% bagi mereka yang menuai pada 20 hari sepusingan.

Sejajar dengan purata umur iaitu 58 tahun bagi pekebun kecil sawit persendirian di Semenanjung Malaysia, sebanyak 92% melakukan aktiviti penuaian dan pemungutan hasil sawit dengan mengupah pekerja. Hanya 8% sahaja yang melakukan aktiviti tersebut dengan sendiri. Di Sabah dan Sarawak, peratusan ini lebih rendah pada 55% dan 42%.

kebanyakan pekerja yang diupah terdiri daripada warga asing merangkumi 65% di semenanjung Malaysia, Sabah 47% dan Sarawak juga 47%. Hampir kesemua buruh asing ini berbangsa Indonesia. keadaan ini menandakan pekebun kecil sawit persendirian di Semenanjung Malaysia masih kuat bergantung kepada pekerja asing untuk. Bagaimanapun, statistik ini juga menunjukkan masih terdapat pekerja tempatan yang sudi melakukan kerja tersebut.

Senario ini selanjutnya menggesa agar pihak berkuasa menjalankan lebih banyak kempen untuk menarik pekerja tempatan supaya menceburi ke bidang pekerjaan ini. Pihak berkuasa khususnya MPOB juga menggalak pekebun kecil sawit persendirian menyertai Koperasi Penanam Sawit Mampan yang ditubuhkan oleh MPOB bagi membantu mereka dalam pengurusan dan pemasaran buah tandan segar agar mereka dapat memperolehi pendapatan yang lebih baik.

 

Sumber maklumat :

Azman Ismail et al., “Keperluan Guna Tenaga Di Sektor Pekebun Kecil Sawit Persendirian Di Malaysia”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :