Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Mengikut laporan Bernama, eksport durian dari Malaysia telah meningkat 107% dari tahun 2016 – 2020 iaitu memperolehi nilai tambahan RM 74,800,000.00. Menurutnya, eksport 2016 ialah RM 69,900,000.00, 2017 pada 59,000,000.00, 2018 pada RM124.9 juta, 2019 pada RM 127 juta dan 2020 pada RM144.7 juta.
Setakat 2020, durian Malaysia berjaya dieksport ke 22 buah negara/kawasan. 5 pengimport utama mengikut turutan ialah Hong Kong, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia. Jumlah durian import oleh Hong Kong dari Malaysia menduduki tempat pertama mencatatkan nilai RM57,520,000.00 dan merangkumi 39.8% keseluruhan durian eksport dari Malaysia.
Menurut laporan Plantations International, 90% durian yang diimport oleh Hong Kong bertujuan untuk dieksport semula dan kebanyakannya untuk pasaran negara China.
Kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang cukai ke atas durian yang dieksport kerana berharap pengusaha tempatan buah-buahan ini dapat bersaing di pasaran antarabangsa terutama dengan negara Thailand yang mempelopori bidang pengeksportan tersebut. Dijangka eksport durian dari Malaysia akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Walaupun durian Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan yang cerah di pentas global, tetapi durian dari Thailand masih mendominasi melebihi 90% di pasaran dunia. Dijangka pada tahun 2030, jumlah nilai dagang durian di dunia akan melebihi USD 35 bilion.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com