Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Ahli penyelidik Malaysia pernah menjalankan kajian ke atas kesan paclobutrazol dalam memupuk pembungaan pokok buah-buahan seperti mangga dan durian. Bunga perlu dipupuk supaya berbunga lebih awal bagi mengelak pengeluaran hasil semasa musim besar yang berpotensi menyebabkan lambakan hasil. Paclobutrazol adalah sejenis bahan kimia yang biasa digunakan oleh penanam di negara lain. Bahan ini akan menyekat pertumbuhan vegetatif pokok dan sebaliknya memupuk pembungaan. Ini kerana semasa pertumbuhan vegetatif pokok khususnya pertumbuhan daunnya, pokok amnya tidak akan berbunga. Melalui sekatan ke atas pertumbuhan vegetatif, maka bunga akan wujud lebih awal.
Teknik pemupukan bunga kelihatan jarang digunakan oleh pekebun buah-buahan tempatan akibat khuatir pokok akan terjejas oleh bahan kimia ini. Namun, ia adalah satu teknologi yang mampu membantu pekebun supaya mengelak daripada pengeluaran buah mereka berserentak dengan pekebun lain dan menyebabkan lambakan berlaku. Kajadian ini telah berlaku di musim durian ini. Bekalan durian yang banyak di pasaran telah menyebabkan harganya runtuh. Dalam waktu harga baja dan racun sedang melambung tinggi ini, penurunan harga durian akan menjejaskan pendapatan pekebun. Malahan sesetengah mereka mungkin akan mengalami kerugian besar.
Di Malaysia, durian memerlukan musim kering lebih kurang sebulan untuk memupuk bunga. Namun, oleh kerana perubahan cuaca sering berlaku tidak menentu, keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat meramal masa kedatangan musim hasil serta hasil yang boleh diperolehi. Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi rancangan mereka. Justeru itu, jika amalan memupuk bunga dapat dijalankan, maka masa kutipan hasil akan dapat dijangka, malahan masa tersebut boleh diatur bagi mengelak daripada musim buah yang biasa. Harga buah jika dijual di luar musim tentu lebih tinggi serta berbaloi.
Teknologi aruhan bunga dengan menggunakan paclobutrazol dapat memupuk pembungaan berlaku sebelum musim kering. Amnya bunga hanya akan wujud berikutan musim kering. Justeru aplikasi paclobutrazol dapat memupuk pembungaan supaya wujud lebuh awal. Sebelum ini, pernah satu eksperimen menunjukkan pokok Musang King berumur 3 tahun berjaya diaruh bunganya melalui aplikasi paclobutrazol. Ahli penyelidik Thailand Chandraparnik pernah juga melaporkan kesan positif yang dibawakan oleh bahan kimia ini. Musim kering di Malaysia umumnya berlaku di antara Feb – Mac, hasil akan diperolehi pada bulan Mei – Jun. Maka aplikasi paclobutrazol hendaklah memilih masa bersesuaian supaya boleh mengelak daripada berserentak dengan musim buah biasa.
Eksperimen ini menggunakan pokok durian D24 berumur 6 tahun. Dos paclobutrazol adalah mengikut kadar 4g a.i / 10 liter air dan disiram sekali di bawah pokok khususnya di lokasi akarnya. Bunga yang terbentuk pada 3 batang dahan mendatar terbawah sekali digunakan untuk menilai hasil eksperimen tersebut.
Aplikasi paclobutrazol pada 17 minggu dan 15 minggu sebelum masa pembungaan semula jadi berlaku berjaya memupuk pembungaan seawal 23 hari dan 32 hari. Jika aplikasi dilakukan lebih lewat, misalnya pada 13 minggu, 11 minggu dan 9 minggu sebelum pembungaan semula jadi, kesan pemupukan bunga menjadi rendah kerana hanya dapat memupuk pembungaan 16 hari lebih awal. Aplikasi paclobutrazol dalam masa dua bulan sebelum berlaku pembungaan semula jadi tidak mendatangkan sebarang kesan kerana plot yang dirawati paclobutrazol dengan plot yang tidak dirawati tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.
Kelembapan tanah dipercayai bermanfaat terhadap keberkesana aplikasi pclobutrazol. Sebelum ini, seorang penyelidik lain pernah melaporkan selepas aplikasi paclobutrazol serta 14 hari sebelum berlaku pembungaan semula jadi, pengairan yang dibekal serta kekal selama 60 hari berturut-turut telah berjaya memupuk pengeluaran bunga terbanyak.
Kesan aplikasi paclobutrazol hanya berlaku ke atas jumlah bunga, ia tidak mendatangkan kesan terhadap masa pengembangan atau kemekaran bunga. Ini kerana dalam eksperimen tersebut, tiada corak sekata diperolehi mengenai perkara ini. Bagaimanapun, jika aplikasi paclobutrazol dilakukan pada 15 minggu sebelum tempoh pembungaan semula jadi berlaku, ia tetap menjadi plot yang berjaya menggalak pengembangan bunga terawal.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Aplikasi paclobutrazol juga memupuk pembungaan sehingga dua kali, iaitu pembungaan utama serta pembungaan sekunder yang berlaku pada 6 minggu berikutan. Seperti ditunjukkan dalam eksperimen tersebut, semakin dekat aplikasi paclobutrazol dengan masa pembungaan semula jadi, kesannya hanya akan kelihatan dalam pembungaan sekunder. Aplikasi paclobutrazol pada 11 minggu sebelum pembungaan semula jadi hanya menghasilkan pembungaan utama sahaja. Tempoh kematangan buah juga tidak disingkatkan di plot rawatan dengan paclobutrazol sebagaimana dapat dilihat dalam eksperimen ini.
Ada kalanya, paclobutrazol digunakan bersama dengan bahan kimia thiourea. Tindakan ini akan menghasilkan 45% lebih banyak bunga berbanding aplikasi paclobutrazol secara tunggal. Sungguhpun begitu, kesannya akan hilang berikutan penurunan hujan yang lebat, misalnya selebat melebihi 35mm/hari. Dalam tempoh pembesaran buah, jika pertumbuhan vegetatif pokok berlaku, keadaan ini akan menurunkan kualiti buah seperti isi buah tidak masak sepenuhnya atau buah langsung tidak boleh dimakan.
Masa aplikasi paclobutrazol sangat penting dan kritikal. Misalnya aplikasi pada 15 minggu sebelum pembungaan semula jadi berlaku, buah durian boleh dikutip mencapai 60 biji berbanding rawatan kawalan yang hanya 21 biji sahaja. Hasil buah yang lebih banyak ini disebabkan oleh kadar pembungaan yang lebih tinggi dan bukannya kesan langsung dari aplikasi paclobutrazol kerana aplikasi bahan ini tiada kaitan dengan pendapatan hasil atau bilangan buah melainkan perolehan kadar bunga yang lebih tinggi. Pembentukan buah ke peringkat matang umumnya dipengaruhi oleh cuaca dan keadaan tanah dan bukannya oleh paclobutrazol.
Berat dan kualiti buah juga tiada kaitan dengan aplikasi paclobutrazol. Dengan kata lain, aplikasi bahan ini tidak akan meningkat atau menurunkan kualiti buah. Masa terbaik untuk aplikasi paclobutrazol ialah 2 – 3 bulan sebelum bermula pembungaan semula jadi. Dalam penanaman mangga, aplikasi paclobutrazol 3 bulan sebelum pembungaan semu jadi berjaya menghasilkan bunga dan buah terbanyak. Aplikasi paclobutrazol jika disertai dengan adanya kelembapan, misalnya hari berhujan, akan memberi kesan yang lebih baik lagi.
Bahan rujukan :
W.Z.Rushidah and S.Abd. Razak, ‘Effects of paclobutrazol application in flowering time, fruit maturity and quality of durian clone D24’, Journal of Trop. Agric. and Fd. Sc. 29(2) (2001): 159-165.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com