You are currently viewing Tompokan Oren Penyakit Baru Tanaman Sawit

Tompokan Oren Penyakit Baru Tanaman Sawit

Penyakit Orange Spotting (Coconut Cadang – Cadang Viroid Disease, CCCVD) atau ditermahkan mengikut maksudnya sebagai penyakit Tompokan Oren pada asalnya ialah sejenis penyakit bagi tanaman kelapa. Bagaimanapun penyakit ini kini telah didapati muncul di ladang sawit Malaysia. Gejala penyakit ini menyerupai simptom kekurangan kalium pada pokok sawit yang mana daunya tertimbul banyak tompokan oren kecil yang kemudian akan bergabung menjadi tompokan lebih besar.

Penelitian secara lebih perinci menunjukkan kedua – dua masalah pokok ini sebenarnya ada beberapa perbezaan yang ketara. Pokok yang diserangi penyakit ini akan men – galami kelayuan daun selanjutnya penurunan kadar fotosin – tesis serta pengeluaran hasil. Pokok sakit akhirnya akan mati.

Walaupun penyakit ini sudah kuno di bidang tanaman kelapa di Filipina, tetapi bagi tanaman sawit, ia adalah penyakit baru yang mungkin akan mengancam tanaman sawit di Malaysia sekiranya tidak dikawal. Namun di peringkat ini, penyakit Tompokan Oren tidak memberi kesan signifikan ke atas aspek ekonomi tanaman sawit. Sungguhpun begitu, meman – dangkan penyakit ini berupaya menyebabkan kematian pokok sawit, pihak MPOB telah membuat kajian selama 5 tahun (2012 – 2017) untuk mencari penyelesaian terhadap penyakit ini.

Menjalankan Bancian

Bertolak daripada sini, MPOB telah menjalankan bancian ke atas 4,524 buah ladang sawit dalam negara dengan mengirim borang soal selidik kepada mereka. Di antaranya itu iaitu 1,841 buah ladang atau 41% telah memberi maklum balas. Kerja persampelan dijalankan seterusnya dengan berpandukan analisis maklum balas tersebut. Sehingga tahun 2013, 53 sampel sudah dikumpulkan daripada 8 buah ladang sawit di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Daripada analisis borang soal selidik yang diterima itu, didapati Sabah dan Sarawak masing – masing merangkumi 15.5% dan 18.2% daripada jumlah yang disyaki berpaut dengan penyakit ini.

Selanjutnya, analisis makmal ke atas RNA sampel dijalankan dengan sebahagian diuruskan oleh makmal tempatan manakala sebahagian dihantarkan ke Brandaise University, USA. RNA daripada sampel yang diperolehi dari ladang Kuala Selangor mengesahkan kewujudan patogen penyakit Tompokan Oren iaitu terbukti penyakit ini telah mendarat di ladang sawit Malaysia.

Penyakit Tompokan Oren berpunca daripada variant viroid berasal dari Coconut Cadang – Cadang Viroid (CCCVd). Saiz patogen ini adalah lebih kecil daripada virus. Walaupun struktur patogen sangat halus dan mudah tetapi ia telah menyebabkan kematian melebihi 30 juta pohon pokok kelapa di Filipina sejak ia mula dikesan pada awal tahun 30 – an di negara tersebut.

Serangan Akan Membawa Impak Besar

Serangan penyakit Tompokan Oren adalah di bahagian daun kemudian mengganggu pertumbuahn dan pengeluarn hasil tanaman kelapa dan tanaman sawit. Keupayaannya dalam mengakibatkan kematian pokok kelapa yang tidak terbilang kuantiti secara langsung memberi isyarat bahawa tanaman sawit berpotensi diserang kerana kedua – dua tanaman palma ini memiliki spesies perosak tertentu yang sama. Umpamanya, penyakit Ganoderma yang dahulunya menyerang pokok kelapa kini telah wujud sebagai ancaman tanaman sawit terbesar dalam negara.


Dua Jenis Viroid

Penyakit Tompokan Oren berpunca daripada CCCVd. CCCVd wujud dalam dua jenis iaitu CCCVd 246 & CCCVd 247 dan CCCVd 296 & CCCVd 297. Jenis pertama dikenali sebagai ‘viroid cepať’ manakala jenis kedua adalah ‘viroid lambat’. Angka di belakang viroid itu memberi konotasi mengenai saiznya, iaitu angka lebih besar bermaksud saiz juga lebih besar. Pada hakikat terdapat jenis viroid lain yang pernah ditemui. CCCVd 296 & CCCVd 297 adalah viroid utama dijumpai di ladang sawit Malaysia. Didapati juga CCCVd pada pokok kelapa menyerupai CCCVd pada pokok sawit sehingga 90%.

Di Filipina, CCCVd telah memusnahkan kawasan tanaman kelapa yang luas. Keadaan ini menyatakan ia adalah penyakit yang bolejh merebak. Di Filipina, loghat bagi penyakit ini ialah ‘gadan – gadan’ bermakusd ‘mati’. Maka itu “Cadang – Cadang adalah perkataan yang berkembang daripada loghat tersebut.

Serangan Dalam Tiga Tahap

Gejala penyakit ini tidak dapat dikesan dengan ketara di tahap awal. Serangannya wujud dalam tiga tahap. Pada tahap pertama, bentuk buah kelapa menjadi cacat dan bahagian daun tertimbul tompokan oren cerah separa lutsinar. Pada tahap kedua, mayang bunga pokok kelapa berlayu, penghasilan buah kelapa berhenti, pengeluaran daun menjadi lambat dan tompokan oren pada daun semakin besar serta keadaan klorosis daun meningkat. Tahap ketiga ialah tompokan oren berleluasa sehingga seluruh kanopi pokok berwarna oren ataupun berwarna tembaga dan saiz konopi pokok bertambah kecil kerana jumlah pelepah telah berkurangan. Tahap ketiga ini juga boleh disifatkan sebagai tempoh pra – kematian pokok.

Tahap pertama mengambil masa 2 – 4 tahun manakala tahap kedua lebih kurang 2 tahun sedangkan tahap ketiga bertempoh lebih kurang 5 tahun. Pokok kelapa yang berumur 22 tahun akan mati dalam masa 8 tahun selepas diserangi penyakit ini. Pokok kelapa berumur 44 tahun pula akan mati dalam masa 16 tahun.


Pokok Palma Berpotensi Tinggi Menjadi Sasaran Serangan

Kebiasaannya, pokok kelapa di peringkat pembungaan akan dijangkiti penyakit ini secara automatik. Pertumbuhan dan pembungaan sebahagian pokok kelapa muda akan terencat setelah diserangi penyakit biarpun ia tidak mati dalam serangan awal tersebut. Kajian inokulasi CCCVd penyakit ini ke atas semua baka tanaman kelapa mendapati tiada satupun baka yang dapat merintanginya.

Akhirnya, tanaman sawit di Filipina juga diserangi penyakit ini, malah tompokan oren pada daun sawit lagi besar serta lebih banyak lagi di bahagian daun lama. Pengeluaran buah tandan sawit turut direncat. Pokok akhirnya mati.

Kajian telah dijalankan ke atas 7 jenis tanaman palma termasuk pokok kurma dengan kaedah inokulasi. Hasil kajian ini menyatakan kesemuanya adalah rentan terhadap penyakit ini. Keadaan ini memberi implikasi bahawa tanaman sawit berpotensi menjadi perumah kepada penyakit ini.

Daripada sumber, didapati kadar rebakan penyakit ini di sesetengah kawasan penanaman di Filipina tidaklah cepat tetapi di sesetengah kawasan pula memperlihatkan sebaran penyakit pada kadar 1/2km setahun. Oleh kerana pokok sakit umumnya tidak wujud secara kumpulan malah ada kalanya secara individu menyatakan penyakit ini tidak merebak secara jangkitan ke pokok jiran. Bagaimanapun, pandangan ini masih perlu dikaji selanjutnya. Sehingga kini, media rebakan penyakit ini masih kurang diketahui termasuk belum ketemu sebarang mikroorganisme dalam proses rebakan tersebut.

 

Rujukan:

1. Laporan Tahunan MPOB 2013, hal. 82 – 83
2. D. Hanold and J.W. Randles, “Coconut Cadang – Cadang Disease and Its Viroid Agent”, Plant Disease, Vol. 75, No. 4. 1991, hal. 330 – 335.
3. Sundram et al., Orange Spotting on Oil Palm In Malaysia, MPOB, 2017.