You are currently viewing Durian Kanyau / Tangkai Panjang (D158) – Durian Bernilai Tinggi Di Thailand

Durian Kanyau / Tangkai Panjang (D158) – Durian Bernilai Tinggi Di Thailand

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Di Malaysia, durian Kanyau (D158) mempunyai beberapa rekod pendaftaran yang berlainan, pertama sebagai D130 atau T.63 dari Sik, Kedah dan didaftarkan pada tahun 1973. Kedua, sebagai D105 atau dikenali juga durian Ganja atau Taiping 3 dari Taiping, Perak dan didaftar lebih awal iaitu pada tahun 1970.

Varieti ini berasal dari Thailand. Ia dipercayai sudah ditanami di daerah Nonthaburi, Thailand pada tahun 1927. Jelas kelihatan adalah salah satu varieti kuno di negara tersebut. Kesediaan durian ini di situ agak terhad menjadikan harga pasarannya sangat tinggi.

Menurut sumber, durian Kanyau di Thailand ditanami dengan amalan khusus, iaitu berlainan daripada varieti lain. Menurutnya, satu pokok Kanyau biasanya hanya mengekal beberapa biji buah di atas pokok untuk menjamin kecukupan nutrien diambilnya serta menjamin setiap buah cukup manis dengan aliran gula yang cukup ke dalam buah.

Pada hakikat, varieti buah ini jarang-jarang ditemui di pasaran Thailand. Pemasarannya lebih bergantung kepada cara tempahan awal, bermakna buahnya sudah ditempah oleh pelanggan ketika di atas pokok. Keadaan ini berlaku di Thailand sebagai salah satu norma di masyarakatnya. Malahan penghayatan durian ini dikatakan lebih mementingkan kualiti buah daripada kuantiti buah. Justeru itu, Kanyau bukanlah varieti untuk dieksport.

Durian Kanyau juga ditanami di Malaysia tetapi tidak mendapat penerimaan tinggi seperti di Thailand. la dianggap sebagai buah biasa sahaja di Malaysia kerana ada banyak varieti lain yang lebih unggul daripadanya. Pertama dari segi warna isi, Kanyau menampil isi buah berwarna kuning cetek. Warna ini kurang menarik terhadap penggemar durian di Malaysia yang amnya lebih tertarik terhadap isi buah berwarna kuning keemasan atau kuning gelap seperti Musang King, D168 (IOI), Udang merah (D175) dan banyak lagi. Kedua, kualiti isi Kanyau agak sederhana, misalnya biji benih penuh agak banyak merangkumi 60% manakala yang berbiji kesep agak kurang setakat 10% sahaja. Buah dari pokok muda berisi lebih berserat dan kering tanpa menampil cita rasa berlapis-lapis seakan sama dengan rasa selapis seperti roti manis tanpa rasa pahit. Sungguhpun begitu, buah dari pokok tua membawa rasa lebih menarik dengan isi buah yang lebih lembut, halus, melekit serta agak tebal.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Musim durian kanyau di Malaysia berlaku lewat, biasanya merupakan varieti penghujung di musim buah durian. Bagi mereka yang terlepas merasai durian Hor Lor (D163), inilah varieti yang boleh dinikmati sebagai pengganti sementara mengucapkan “goodbye” terhadap pengakhiran musim durian.

Untuk penikmatan secara umum, Kanyau masih disambuti baik. Ciri utama buah ini ialah tangkainya yang panjang, kadang-kadang mencapai 15cm. Bentuk buahnya bulat seperti bola dan berduri lebar. Duri di bawah tangkai adalah halus dan bergabung manakala di hujung buah pula berduri halus dan pendek. Buahnya senang dikopek dan menampil ulas isi yang jelas, umunya 3 ulas isi didapati dalam satu pangsa. Aroma buah bagi Kanyau tidaklah kuat. Bagi mereka yang sensitif terhadap aroma durian yang kuat, inilah varieti yang boleh dipilih untuk dinikmati.

Durian Kanyau juga ditanami di Pulau Pinang tetapi bentuk duri buah dan warnanya berlainan sedikit berbanding buah di Thailand. Kanyau di Pulau Pinang berduri perang, lebih halus dan tiada hala menentu, tetapi di Thailand durinya boleh berwarna sama ada hijau atau perang serta tumbuh lebih renggang.

 

Bahan rujukan :

1. Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
2. Duriotourism.com
3. Kan Yao Durian Information, specialtyproduce.com

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :