Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Bagi mereka yang suka menanam cili secara komersial, Cili baka baru dari MARDI (dikenali L5) mungkin boleh dipilih sebagai bahan tanaman. Baka ini mempunyai jumlah hasil/ha lebih tinggi daripada cili Kulai. Menurut sumber, cili Kulai yang menjadi pilihan ramai penanam ekoran buah yang besar dan panjang serta warna merah yang canggih semasa matang mempunyai hasil purata 15 tan/ha, tetapi hasil ini masih lebih rendah daripada baka cili baru L5 dari MARDI yang mencapai hasil 20 – 30 tan/ha.
Biarpun buah cili L5 lebih besar (16g/buah) daripada buah cili Kulai pada 10 14g/buah, tetapi dari segi kepedasan, cili L5 hanya mencatatkan SHU (unit kepedasan) 10,000 – 30,000 manakala SHU cili Kulai ialah antara 50,000 – 100,000. Perbezaan agak ketara ini dari segi kepedasan menjadikan L5 sesuai digunakan dalam prosesan sos cili. Namun, L5 masih sesuai untuk kegunaan segar kerana ramai pengguna tetap menyukai cili yang kurang pedas.
Di peringkat pembungaan, pokok cili L5 mempunyai ketinggian pokok 35cm iaitu rendah sedikit berbanding cili Kulai (40cm). Namun oleh kerana kanopi pokoknya hanya selebar 90cm serta tumbuh secara melurus, baka ini boleh ditanami dengan padat. Kelebihan L5 ialah pengeluaran hasil yang tinggi serta agak seragam, buah mudah dipetik justeru sangat sesuai untuk diusahakan dalam skala besar.
Panjang buah cili L5 melebihi 13cm dan lebar melebihi 2cm, sebelum matang buahnya berwarna hijau kemudian menukar ke warna merah apabila matang. Warnanya sangat canggih dan sebab itu, ia dapat menghasilkan sos cili yang berwarna menarik. Kelemahan cili L5 mungkin disebabkan oleh SHU yang rendah iaitu kurang pedas.
Cili L5 adalah hasil penyelidikan MARDI selama beberapa tahun. la dihasilkan melalui kacukan MC11 dan CH231 (baka Thailand, merintangi penyakit antraknos). Penanaman cili L5 di kawasan yang sesuai mampu menghasilkan buah 1,344g – 1,893g/pokok. Tempoh kutipan hasil bagi baka baru ini adalah di antara 5 – 7 bulan, tetapi melalui amalan pertanian baik, kutipan hasil malah meningkat ke tempoh satu tahun. Ini satu kelebihan bagi cili baka baru ini kerana tempoh kutipannya panjang dan lantaran itu sesuai untuk diusahakan secara skala besar.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Eksperimen yang dijalankan oleh MARDI ke atas cili L5 di 4 kawasan menunjukkan hasil buah sepokok berada pada kedudukan pertama (diagram 1). Dalam 3 eksperimen lain pula, di antara 8 jenis cili komersial tempatan, kadar pembungaan cili L5 kelihatan memuaskan, kadar tersebut hanya rendah sedikit daripada cili Kulai tetapi buah (15.86g) jauh lebih berat daripada buah cili Kulai (9.13g) dan cili MC 12 (12.06g). Sungguhpun bilangan hasil buah sepokok hanya di tahap sederhana, namun di sebabkan oleh setiap buahnya lebih berat, maka jumlah pengeluaran hasil sepokok berada di tahap tertinggi berbanding baka cili lain dalam eksperimen itu (jadual 1). Keadaan sedemikian menyatakan cili L5 berpotensi ditanam secara komersial oleh penanam yang berminat kerana pengeluaran hasil yang baik. Ia adalah baka cili tempatan, justeru itu sumber bahan tanaman dipercayai adalah mencukupi dan harga biji benihnya juga lebih kompetitif berbanding baka cili import.
Sumber maklumat :
SUHANA OMAR ET AL., ‘L5: VARIETI CILI BAHARU YANG BERHASIL TINGGI, BULETIN TEKNOLOGI MARDI, BIL. 10(2016), 143-149.