Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Durian sedap seharusnya juga durian baik belaka, bagaimanakah memilihnya dari berpuluh-puluh atau ratusan biji yang terpapar di warung untuk dijual? Di bawah ini ada beberapa petua untuk memilih buah yang baik.
1. Durian baik seharusnya segar juga. Kesegaran durian boleh diketahui melalui hujung tangkai yang masih segar. Hujung tangkai yang masih basah dan apabila dipicit kulitnya, didapati bahagian dalam kulit itu berwarna kehijauan. Seterusnya menghidu baunya. Durian baik terselit dengan bau aroma manakala durian belum cukup masak memberi bau bagaikan rumput. Namun, bau rumput ini tidak menandakan buah tidak boleh dimakan, sebaliknya jika disimpan sebentar atau dihempas beberapa kali ke atas lantai, bau aroma akan terhampar dan selanjutnya sesuai untuk dimakan.
2. Menggoncang durian juga boleh mengetahui sama ada isinya dalam keadaan optimum atau tidak. Isi buah yang cukup masak amnya menyejat sebahagian airnya menyebabkan isinya tidak lagi sangkut pada dinding pangsa. Keadaan ini dapat dikesan semasa menggoncang dan mendapati isinya sedikit sebanyak bergerak di dalam buah menandakan sudah cukup masak dan boleh dimakan.
3. Duri buah juga kayu ukur kepada kesedapan buah. Umpamanya kultivar Lipan atau 604, jika durinya masih keras maka buah itu masih segar dan kurang masak. Namun, cara ini tidak sesuai digunakan terhadap kultivar Kum Poh atau Udang Merah.
4. Buah masak lebih ringan berbanding buah kurang masak kerana penyejatan air sudah berlaku di dalam. Oleh itu, jika memilih antara dua biji buah bersaiz lebih kurang sama, maka aspek berat buah boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan mana satukah yang perlu dibeli.
5. Sekiranya hujung tangkai ada kesan sudah dipotong, buah itu mungkin sudah lama disimpan dan telah dipotong oleh penjual ekoran warna sudah bertukar ke coklat. Petanda ini mungkin juga mengimplikasi buah tidak masak di atas pokok sebaliknya adalah buah yang dipotong dari pokok.
6. Jika kulit buah ada tompokan coklat atau hitam, mungkin menandakan serangan kanker buah sudah berlaku. Isinya menjadi berair dan masam justeru tidak sesuai diambil. Jika isi buah berwarna coklat atau ungu cerah, ini gejala serangan antraknos, isi juga masam malah berbau cuka. Buah seumpama ini sebenarnya sudah rosak. Isi buah yang sihat berwarna kuning cerah atau krim putih.
7. Durian “bersenyum” atau rekah adalah kesan menyimpan terlalu lama atau merekah apabila terhempas ke tanah. Bagi kultivar berkulit tebal, kewujudan gejala ini mnandakan buah sudah rosak. Namun, ada beberapa kultivar durian yang berkulit nipis seperti 604, D11 dan Musang King, hujung buah mudah rekah, oleh itu keadaan ini perlu diperhatikan bergantung pada kultivar.
8. Kulit buah jika ada sisa bahan buangan serangga, kemungkinan besar isinya sudah diserangi ulat. Keadaan ini menandakan kebun tersebut mungkin tidak menyembur racun serangga atau kulat. Bagi penggemar buah organik, buah seperti ini adalah petanda amalan bertanam secara organik.
9. Kulit buah jika bertukar ke warna kuning akan memberi implikasi buah sudah disimpan lama dan tidak segar lagi. Keadaan ini jika wujud bersama hujung tangkai yang berwarna coklat, sudah pasti buah ini tidak harus diambil.
10. Tangkai buah yang sudah kering malah reput amnya adalah buah yang tidak segar dan hendaklah dielakkan. Buah berlubang pula menyatakan serangan ulat telah berlaku di dalam bahagian isi.
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide To Penang, 2018, pp. 108-113.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com