Di Malaysia, terdapat 3 jenis tanah bermasalah merangkumi tanah gambut mendalam, bekas tanah lombong dan tanah berkecerunan tinggi. Ketiga-tiga jenis tanah ini amnya tidak sesuai untuk tujuan penanaman kerana kandungan nutriennya rendah malahan kadar resapan air juga tinggi. Kerja penambahbaikan tanah-tanah ini memerlukan kos yang besar sebelum boleh diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman. Jabatan Pertanian telah menetapkan tanah berkecerunan melebihi 25 darjah tidak boleh digunakan untuk menanam. Sungguhpun begitu, ada juga penanam menggunakan tanah cerun di antara 35 – 40 darjah untuk menanam dan mengabaikan risiko hakisan dan runtuhan tanah pada masa hadapan. Tanah berkecerunan tinggi mengakibatkan mekanisasi sukar dijalankan justeru tanah seumpama ini mendatangkan masalah besar terhadap penanaman sawit.
Tanah bekas lombong di Malaysia dianggarkan 200,000 hektar kesemuanya. Kadar larut resapnya sangat tinggi serta suhu di permukaan tanah boleh mencapai 40 – 50 darjah. Sekiranya tanah ini digunakan untuk menanam sawit, ia akan menyebabkan kematian anak benih yang lebih tinggi. Jarang-jarang tanah ini digunakan untuk menanam sawit. Kos pembajaannya juga tinggi kerana baja mudah larut resap.
Di Sarawak, sejumlah 1.20 juta hektar adalah tanah gambut. Kedalaman tanah gambut jika melebihi 2 m sudah dianggap sebagai tanah gambut mendalam. Sesetengah ladang sawit malah mengusahakan tanaman sawit di tanah gambut mendalam sehingga 50 m. Tanahnya sangat lembut, kandungan nutrien amat rendah serta bersifat masam (pH 3.0 – 4.5) memberi masalah besar jika ia hendak ditanami sawit. Kos pembangunan tanah seumpama ini juga tinggi. Sawit jika ditanami di tanah gambut mendalam, hasilnya akan menurun di peringkat 10 – 12 tahun selepas ditanam. Jika membandingkan ketiga-tiga jenis tanah bermasalah ini, penggunaan tanah gambut mendalam untuk penanaman sawit kelihatan lebih lumrah. Adakah keadaan ini berbaloi?
Satu kajian mengenai topik ini pernah dijalankan oleh pihak berkenaan. Kajian tersebut membandingkan kos pembangunan 600 ha tanah gambut mendalam, 152 ha tanah berkecerunan tinggi dan 141 ha tanah bekas lombong untuk penanaman sawit. Pada 3 tahun pertama, kos pembangunan tanah gambut mendalam termasuk pembelian bahan tanaman (anak benih sawit) mencatatkan angka paling tinggi yakni RM8,737.00. kebanyakan kos ini berpunca daripada kos peparitan dan pembinaan jalan di ladang diikuti pembersihan semua sisa pokok asal. Kos pembangunan tanah berkecerunan tinggi juga tidak murah. la melibatkan sejumlah kos RM7,679.00 pada 3 tahun pertama termasuk pembelian bahan tanaman. Kos berat wujud di sisi pembinaan teres, pembersihan pokok asal, pembinaan jalan dan parit. Masalah utama yang dihadapi oleh tanah ini ialah kecerunannya membangkitkan banyak masalah terhadap kelancaran alat pengangkutan di masa hadapan.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Kos pembangunan tanah bekas lombong pada 3 tahun pertama termasuk pembelian bahan tanaman merangkumi sejumlah RM6,806.00. Penambahbaikan tanah adalah kos terbesar. Lubang penanaman besar juga perlu dibuat pada ukuran 1m x 1m x 1m kemudian memasukkan tanah permukaan, 20kg POME dan 200kg buah tandan kosong ke dalam setiap lubang.
Kajian tersebut juga dilanjutkan ke peringkat pengumpulan data hasil sawit. Pada tahun kutipan hasil pertama, hasil terbaik datang daripada plot tanah gambut mendalam mencatatkan 10 tan/ha diikuti oleh tanah berkecerunan tinggi pada 8.87 tan/ha dan tanah bekas lombong pada 5.97 tan/ha. Kos pengeluaran satu tan buah tandan segar bagi tanah bekas lombong adalah RM389.30, tanah berkecerunan tinggi pula RM311.80, dan RM251.60 bagi tanah gambut mendalam.
Tanah bekas lombong mendatangkan lebih banyak masalah di sisi sifat tanahnya yang lemah manakala tanah berkecerunan tinggi pula bermasalah dari segi kadar hakisan yang tinggi mengakibatkan risiko tanah runtuh lebih kerap berlaku serta sukar dilalui oleh alat pengangkutan. Justeru itu, penanaman sawit di atas kedua-dua jenis tanah ini dijangka memberi pulangan modal yang lebih lambat. Tambahan, tanah bekas lombong juga mengandungi logam berat yang lebih tinggi dan keadaan ini bukan perkara kondusif dalam penanaman sawit. Maka itu, tanah bekas lombong lebih sesuai digunakan untuk menanam tanaman seperti pomelo atau belimbing dalam skala kecil-kecilan manakala tanah berkecerunan tinggi dikekalkan sebagai hutan. Di antara ketiga-tiga jenis tanah bermasalah ini, tanah gambut mendalam tetap lebih sesuai untuk ditanami dengan sawit.
Sumber maklumat :
Mohd Arif Simeh, “Oil palm planting in marginal soil: selected cases”, Oil Palm Buletin 50 (May 2005), pp.24-30.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com