Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Sekiranya terdapat sabatang dua pokok sawit yang menampil gejala daun oren sedangkan pokok lain di sekitarnya masih berdaun normal, keadaan ini amnya bukan disebabkan oleh kekurangan nutrien tetapi sebaliknya akibat kecacatan genetik pokok sehingga penampilan warna seakan oren. Gejala kekurangan nutrien kebiasaan tidak menyebabkan sabatang dua pokok sahaja berdaun sebegini warna tetapi merangkumi kawasan yang lebih luas.
Gejala daun oren bergenetik bermula dengan daun menukar ke warna hijau cerah kemudian menguning sehingga akhirnya ke warna oren khasnya di bahaguan daun lama. Masalah genetik ini tidak semestinya menukar warna daun ke oren, ia boleh wujud dalam keadaan seluruh daun pokok menjadi warna hijau cerah. Bagaimanapun, kebanyakan masanya, masalah genetik ini bermula dengan bintik berwarna kuning di permukaan daun kemudian merebak ke seluruh daun menjadi warna oren.
Tiada sesuatu boleh dilakukan terhadap masalah genetik ini melainkan “menunggu” sehingga pokok pulih dengan sendiri. Peluang pemulihan ini agak tipis. Pokok seumpama ini umumnya berprestasi rendah dalam pengeluaran hasil. Jika didapati pokok tersebut menghalang tumbesaran pokok lain, penanam mungkin perlu menebangnya jika hasilnya tidak ekonomi untuk mengekalkan pokok.
Penentuan pokok sama ada benar-benar disebabkan masalah ini ataupun masalah kekurangan nutrien bolehlah dilakukan mengikut peninjauan ke atas pokok sama ada ia wujud sebagai gejala tunggal atau tidak di ladang sawit tersebut. Keduanya ialah pokok seumpama ini amnya menampil warna daun oren yang agak pekat, dan warna oren tersebut tiada bintik-bintik oren seperti kes kekurangan kalium.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Sumber maklumat :
P.D.Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com