You are currently viewing Perbandingan Pendapatan Daripada Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit

Perbandingan Pendapatan Daripada Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Pekebun kecil persendirian sawit di Malaysia merangkumi 15.7 % atau 883,004 hektar daripada jumlah keluasan bertanam sawit yang sebanyak 5.6 juta hektar (MPOB, 2016). Secara purata, mereka hanya memiliki keluasan tanaman sawit 3.9 hektar iaitu satu tahap yang tidak ekonomi. Pada harga buah tandan sawit RM412 per tan, pendapatan bersih mereka ialah RM1,175/bulan. Jika harga sawit menurun daripada paras tersebut, pendapatan bersih mereka juga akan menurun. Ini satu senario yang membimbangkan. Oleh itu, usaha dari pihak kerajaan telah dijalankan untuk membantu mereka.

Langkah-langkah yang diambil termasuklah bantuan Skim Kelompok Minyak Sawit Mapan (SPOC), Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) dan Skim Baja Sawit Pekebun Kecil (SBSPK) melalui 177 orang pegawai TUNAS di 52 buah pejabat seluruh negara (MPOB, 2016). Selain itu, semenjak tahun 1998, MPOB juga telah melaksanakan program integrasi tanaman dan ternakan dengan sawit agar pekebun kecil persendirian dapat meningkatkan pendapatan mereka. Sudah terbukti bahawa tanaman dan ternakan yang disarankan itu berdaya maju untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada mereka.

Di ladang sawit, terdapat pelbagai jenis rumpai yang boleh dijadikan forej untuk ternakan ruminan. Begitu juga dengan pelepah sawit yang turut boleh dieksploitasikan untuk ternakan. Oleh yang demikian, kaedah integrasi sama ada dengan tanaman kontan ataupun ternakan sebenarnya membawa fungsi bersepadu terhadap tanaman sawit.

Namun begitu, dalam sistem penanaman konvensional segi tiga sama, tanaman integrasi hanya boleh dilakukan dalam 3 – 4 tahun pertama. Apabila pokok sawit telah membesar, tanaman integrasi terpaksa dihentikan bagi membolehkan sawit membesar tanpa halangan. Ini satu kelemahan yang wujud bagai sistem penanaman konvensional.

Untuk mengatasi masalah ini, MPOB telah membangunkan sistem penanaman baru yang dikenali dua baris kembar. Dalam sistem ini, satu rungan seluas 15.2 meter akan diperuntukkan di antara setiap dua baris sawit. Keluasan ini adalah cukup untuk ditanami dengan banyak jenis tanaman integrasi termasuk yang berjangka pendek ataupun berjangka panjang (rajah 1).


Penggunaan sistem penanaman baru ini membolehkan ruang yang dapat diintegrasikan telah bertambah kepada 55% hingga 60% dalam tahun pertama, berbanding 40 – 45% dalam sistem tanaman segi tiga sama. Selepas tempoh matang sawit (lebih 4 tahun) masih terdapat kira-kira 20 30% kawasan yang boleh diintegrasikan Ini membolehkan tanaman singkat masa masih boleh ditanam setelah sawit mencapai usia matang dan penanaman tanaman jangka panjang seperti tongkat ali dan lada hitam juga dapat diusahakan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

MPOB telah menjalankan kajian ke atas pelbagai tanaman (jadual 1) dan ternakan (jadual 2) yang boleh diintegrasikan. la boleh dijadikan panduan kepada pekebun kecil persendirian sawit untuk memilih jenis yang sesuai diusahakan berdasarkan keadaan masing-masing. Namun, pendapatan yang boleh diperolehi adalah berbeza mengikut tanaman dan ternakan. Pekebun mungkin lebih cenderung mengusahakan tanaman dan ternakan yang boleh mendatangkan pendapatan tertinggi.

Melalui analisis ekonomi, didapati integrasi tebu dengan sawit memberi pulangan terbaik iaitu RM883 sehektar sebulan. Julat pendapatan bulanan yang dijana melalui aktiviti integrasi tanam-tanaman tersebut ialah antara RM179 hingga RM883 sehektar. Kos pengeluaran nanas melibatkan belanja yang paling tinggi iaitu RM24,120 sehektar manakala padi huma mencatatkan kos pengeluaran yang paling rendah iaitu RM2,705 sehektar.

Dalam kawasan sawit yang ditanam mengikut sistem tanaman segi tiga sama, pelbagai jenis ternakan boleh diintegrasikan secara sistematik. Kajian ke atas ternakan integrasi ini mendapati sistem ekstensif sesuai untuk ternakaan lembu dan semi-intensif pula sesuai untuk ternakan kambing. Dalam sistem ekstensif, ternakan dilepaskan untuk meragut rumput di plot-plot yang ditentukan dan kandang yang tetap tidak perlu disediakan. Dalam sistem semi-intensif, ternakan dilepaskan pada waktu pagi untuk meragarut rumput di kawasan terkawal dan membawa balik ke kandang pada waktu petang. Kedua-dua sistem penternakan ini hanya sesuai diusahakan di kaasan sawit matang (lebih 5 tahun). Kos awal bagi melaksanakan projek-projek ini ialah bermula dari RM96,000 hingga RM288,325. Secara amnya, kesemua projek ini adalah berdaya maju dan mampu menjana pendapatan daripada RM1,115 hingga RM2,540 sebulan bagi setiap projek tidak termasuk pendapatan hasil jualan buah tandan segar sawit.

Sumber maklumat :

Kamil Azmi Tohiran et al., “Integrasi Tanaman dan Ternakan Peluang dan Cabaran”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2016, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :