Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Satu petanda telah ditonjolkan oleh ahli penyelidik di Thailand iaitu pemucukan daun baru pada 3 – 8 minggu selepas pendebungaan pokok durian berlaku akan menyebabkan pengurangan bilangan buah serta meningkatkan kadar kecacatan buah. Aplikasi kalium nitrat serta baja foliar 0-52-34 akan merosakkan pucuk daun yang belum berkembang dan selanjutnya menangguh masa pemucukan daun baru sehingga 2 minggu. Perkara sama juga berlaku sekiranya pokok dirawati dengan racun penyekat pertumbuhan seperti daminozide dan mepiquat chloride juga akan melambatkan pemucukan daun baru selama 3 minggu.
Semburan baja foliar tanpa nitrogen (0-52-34) dengan kombinasa glukos, asid humik dan paclobutrazol (racun penyekat pertumbuhan) setiap minggu selama 3 – 12 minggu selepas anthesis (bunga berkembang) juga akan menyekat pemucukan daun baru dan selanjutnya meningkatkan bilangan buah boleh dikutip serta memperolehi kualiti buah yang boleh dipasarkan.
Pada hakikat, rawatan hanya dengan paclobutrazol memberi kesan serupa. Racun penyekat pertumbuhan ini berpotensi menyekat pertumbuhan daun baru supaya mengurangkan saingan sumber makanan antara daun baru dan buah. Pemucukan daun baru antara masa 10 – 12 minggu selepas bunga berkembang akan mengurangkan kualiti buah yang boleh dikutip di samping berpotensi mengakibatkan pembentukan buah yang berisi keras (Punachit et al., 1992).
Sumber maklumat :
Saichol Ketsa et al., The Durian Botany, Horticulture and Utilization, Horticultural Review, John Wiley & Sons, Inc. 2020.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336