FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
1. Putik Buah Tidak Membesar
Tanaman timun jika wujud gejala putik buah berhenti membesar malah mula kuning dan layu, keadaan ini menyatakan putik tersebut tidak mendapat nutrien secukupnya untuk membesar. Pokok jika berada dalam keadaan pertumbuhan vegetatif terlalu cergas akan mengagihkan nutriennya kepada daun, dahan, pucuk dan akar menyebabkan mekanisme reproduksi diabaikan. Keadaan ini juga akan menyebabkan putik buah berhenti membesar. Tanaman timun mempunyai sistem akar yang cetek, justeru pengambilan nutrien dari tanah juga kurang kuat, dalam keadaan seperti ini, bekalan nutrien organik hendaklah didahulukan kemudian baru menabur baja sebatian akan memberi kesan lebih optimum. Semburan baja foliar dan asid humik terhadap tanaman timun juga memberi manfaat besar dalam mengurangkan masalah fisiologi ini.
Tanaman timun mempunyai permintaan tertentu terhadap pancaran matahari. Jika hari selalu mendung serta suhu udara lebih rendah, keadaan ini mudah juga menyebabkan putik buah tidak dapat membesar. Tambahan, kutipan timun di bahagian bawah pokok hendaklah dilakukan segera apabila matang, kalau tidak, buah timun di bahagian atas pokok mungkin juga mengalami masalah fisiologi ini. Kesimpulannya, untuk menangani masalah ini, sekitaran penanaman timun hendaklah berada dalam keadaan optimum ditambah dengan pangkasan serta bekalan nutrien dengan mencukupi akan dapat mengatasinya dengan baik.
2. Buah Cacat

PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Buah berliku, bengkuk, hujung buah menirus, buah kembung atau buah kurus di bahagian tengah semuanya dikategorikan sebagai buah cacat. Masalah fisiologi ini disebabkan oleh dua faktor, pertama pendebungaan tidak sempurna telah berlaku, dan kedua nutrien tidak mencukupi untuk pokok menyebabkan agihan tidak seimbang telah berlaku. Selepas mengatasi punca masalah ini, simptom ini akan berkurangan.
Kebiasaan, pendebungaan tanaman timun boleh dilakukan melalui ternakan lebah madu yang merupakan pendebunga paling cekap untuk tanaman ini. Di samping dapat mencanggihkan buah timun, hasil madu juga merupakan sumber pendapatan baru kepada petani.
3. Buah Timun Pahit
Unsur pahit jika berkumpul terlalu banyak dalam buah timun, maka ia akan menghasilkan perisa pahit. Beberapa punca telah dikenal pasti menyebabkan kejadian ini, di antaranya ialah bekalan nitrogen terlalu banyak. Kehilangan keseimbangan dalam tanaman akibat tanah kering, sistem akar lemah, suhu udara tidak sepadan untuk pertumbuhan jugalah punca masalah ini. Maka itu, penjagaan kawasan tanaman agar pengairan diberikan secara munasabah serta memupuk peredaran udara yang lebih baik di kawasan tanaman dijangka dapat mengurangkan masalah fisiologi ini.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd