You are currently viewing Nigeria : Kemerosotan Sebuah Pengeluar Minyak Sawit Besar Di Dunia Dan Cabaran Hadapan

Nigeria : Kemerosotan Sebuah Pengeluar Minyak Sawit Besar Di Dunia Dan Cabaran Hadapan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Tahun 60-an, Nigeria, sebuah negara di Afrika Barat menghasilkan 45% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit di dunia dan menduduki tempat pertama. Hari ini selepas 60 tahun berlalu, jumlah pengeluaran minyak sawitnya hanya merangkumi 1.7% di dunia. Negara ini hanya mampu menghasilkan kurang daripada 1 juta tan minyak sawit pada tahun 2012 untuk menampung populasi seramai 216 juta penduduk. Tentu jumlah ini tidak mencukupi, sebanyak 1 juta tan lagi perlu diimport dengan nilai USD 770 juta untuk keperluan rakyatnya. Senario ini amat mendukacitakan.

Nigeria merupakan negara Afrika paling banyak membelanjakan minyak sawit. Dalam anggaran, 70% rakyatnya bergantung kepada minyak sawit sebagai minyak masak mereka. 

Nigeria mengimport minyak sawit selain dari Malaysia dan Indonesia, ia juga diperolehi melalui saluran tidak rasmi dari negara-negara lain di Afrika dengan kuantiti 500,000 tan seta- hun. Demi melindungi industri minyak sawit tempatan, cukai import minyak sawitnya meningkat sehingga 35%. Pada tahun 2016, bank negara di Nigeria mengistiharkan 41 jenis komoditi termasuk minyak sawit tidak boleh didagang dengan mata wang asing. Keadaan ini telah membebankan pihak pengimport minyak sawit dalam negaranya. Walaupun strategi ini bertujuan melindungi industri sawit tempatan, tetapi oleh kerana pelaksanaannya wujud dalam tempoh masa yang dekat, banyak industri berkaitan tidak dapat menyahut langkah ini dengan baik menyebabkan masalah kekurangan bahan mentah berlarutan serta meningkatkan kos.

80% minyak sawit di Nigeria adalah dihasilkan oleh sektor pekebun kecil manakala 20% disumbangkan oleh sektor estet. Teknologi di bidang sektor pekebun kecil sudah kuno dan produktiviti amat rendah. Menurut laporan, kerajaan Nigeria memperuntukkan USD 500 juta setahun untuk mengimport minyak sawit. Satu hasil kajian pula menunjukkan nisbah pekerjaan antara sektor minyak sawit dan sektor petrokimia adalah 11:1 menggambarkan daya saing sektor minyak sawit jauh lebih mantap daripada sektor petrokimia. Oleh yang demikian, taraf hidup sektor pekebun kecil perlu dipertingkatkan. Namun, kebanyakan mereka adalah dari keluarga miskin. Sebarang langkah untuk memperbaiki taraf hidup mereka akan membabitkan peruntukan dari kerajaan Nigeria. Selain itu, beberapa masalah bersabitan sektor pekebun kecil sudah dikenal pasti seperti berikut :

1. Sektor pekebun kecil termasuk minyak kilangnya terperangkap dengan produktiviti yang amat rendah. Banyak minyak dalam buah tandan segar tidak diproses dengan sempurna dan menyebabkan pembaziran. Atas sebab ini, pendapatan pekebun kecil juga amat rendah. Sebagai akibat, pekebun kecil tidak tergalak untuk menceburi ke bidang ini malahan minat untuk menuai buah tandan segar dari pokok pun amat rendah.

2. Banyak buah tandan segar di atas pokok tidak dituai ekoran kadar perahan minyak yang rendah. Kos penuaian kelihatan lebih tinggi daripada pulangan buah tandan segar. Penuaian dijalankan dengan cara konvensional yang sudah kuno. Pemotong buah juga tidak mencukupi. Segala ini secara langsung meningkatkan kos penuaian.

3. Kadar perahan minyak yang rendah akhirnya merendahkan pendapatan pekebun kecil. Mereka tidak mempunyai modal untuk melabur semula melainkan setakat mengekal pada kebun dan pokok yang sedia ada. Lama-kelamaan, produktiviti pokok yang rendah hanya membolehkan mereka mendapat 1/5 daripada jumlah hasil yang asal.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Memandangkan hal sedemikian, pihak berkuasa dari Nigeria antara 2013 – 2018 telah memperuntukkan ratusan buah mesin prosesan minyak kecil-kecilan serta menyalur masuk teknik penuaian yang lebih moden. Di peringkat ini, masalah yang wujud ialah kekurangan buah tandan segar yang berkualiti tinggi. Buah tandan segar yang tinggi ini berkehendakkan asid lemak bebas di dalamnya kurang daripada 5% serta hendaklah dihantar ke kilang selewat-lewatnya 1 – 2 hari selepas dituai.

Masalah sektor estet juga berlaku termasuk pengurusan estet kurang sempurna dan menyebabkan kos pengeluaran minyak sawit tempatan lebih tinggi daripada kos minyak sawit inport. Keadaan ini turut mengakibatkan industri tidak maju ke depan selama berpuluh-puluh tahun. Kriteria RSPO yang berkehendakkan prosesan minyak sawit menggunakan buah tandan segar berkualiti tinggi tetapi nampaknya buah tandan segar seumpama ini tidak dapat dibekal oleh pekebun kecil akibat pembajaan mereka amat kurang serta alat pengangkutan yang tidak cekap.

Sebagai strategi penambahbaikan, pihak berkuasa negara itu sudah menetapkan agar polisi mengenai minyak sawit dapat disepusatkan bagi memudah dan mempertingkatkan produktiviti pengurusan sektor minyak sawit. Tambahan, mereka juga mendapati bahan tanaman berkualiti rendah wujud sebagai halangan besar terhadap kemampanan minyak sawit di negaranya. Justeru itu, rantaian bekalan bahan tanaman berkualiti tinggi juga akan diperkuatkan.

Institusi NIFOR di Nigeria dengan itu dijangka akan memainkan peranan penting dalam urusan bahan tanaman berkualiti. Namun, NIFOR hanyalah institusi pengajian sawit dan tidak memiliki saluran pemasaran. Ramai pekebun kecil merungut tidak dapat memperolehi bahan tanaman dari NIFOR dan pasaran tetap banyak wujud bahan tanaman yang palsu serta berkualiti rendah. Inilah cabaran hadapan yang perlu diselesaikan.

Sumber maklumat :

Agenda for reforms in Nigeria’s oil palm sub-sector : An advocacy brief.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :