Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Lebah kelulut (stingless bee) pernah mengalami serangan yang serius daripada serangga perosak black soldier fly atau lalat buah hitam dan kumbang buah spesies Haptoncus luteolus. Sebahagian besar penternak lebah kelulut di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadapi kerugian kira-kira RM5,000 sehari atas serangan tersebut yang mengakibatkan sarang kelulut rosak.
Sehingga kini, terdapat seramai 2,000 orang penternak kelulut di seluruh negara. Menurut laporan, 70% pengeluar madu kelulut daripada sejumlah 411 orang penternak yang berdaftar dengan Kelab Kelulut Malaysia terjejas. Dengan kata lain, setiap penternak mengalami kerosakan antara 10 – 50%. Keseluruhannya, kerugian oleh serangan serangga perosak itu telah mengakibatkan kerugian RM2 juta.
Para penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Pertanian Perak MARDI dan lain-lain lagi yang menjalankan siasatan di kawasan serangan itu berpendapat perubahan cuaca adalah punca kejadian tersebut dan menasihatkan supaya sarang kelulut yang diserangi itu dibakar serta menjaga kebersihan kawasan penternakan agar populasi pemangsa dapat diminimumkan.
Serangga perosak yang menyerangi sarang kelulut bermula apabila larva yang baru menetas menggunakan madu, roti lebah malah keseluruhan broodcell sehingga sarang bocor dan mengalirkan madu, sekali gus merencatkan kualiti madu kelulut.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana kuantiti lebah kelulut yang dihasilkan dalam negara masih kecil dan kerosakan yang terjadi pada sarang selanjutnya meningkatkan kekurangan bekalan madu kelulut di pasaran. Sebanyak 80% daripada permintaan madu kelulut masih perlu diimport dari luar negara, menurut laporan.
Di masa puncak, madu kelulut dapat dipasarkan dengan harga RM250 – RM300/kg. Setiap sarang yang diserangi kemudian dibakar menyebabkan kerugian RM700, menurut laporan lagi. Pembakaran sarang adalah pendekatan paling baik untuk mengelakkan serangan merebak. Pada kebiasaan, sarang yang telah didiami oleh larva perosak akan ditinggalkan oleh lebah kelulut.
Tambahan, bahan yang digunakan untuk membuat kotak madu kelulut perlu daripada bahan berkualiti. Rekahan di antara kotak dan log kayu perlu ditampal menggunakan bahan selut (sementara), lilin atau silikon yang tidak memudaratkan kelulut. Langkah ini dapat mengelak serangga perosak bertelur dalam rekahan kemudian bergerak masuk ke dalam koloni. Kelulut adalah lebah madu yang tidak bersengat. Oleh itu ia merupakan serangga yang lemah dalam mengawali sebarang serangan oleh makhluk perosak. Para penyelidik juga menasihatkan corong lebah kelulut yang menjadi laluan keluar masuk sarang itu tidak harus didedahkan kepada air hujan kerana pendedahan itu akan melembapkannya dan menjadikan ia mudah ceroboh. Sebarang kecacatan yang ada pada sarang kelulut cenderung dimasuki dan diserangi perosak.