You are currently viewing Integrasi Ayam Kampung Bagi Menjimat Kos Merumput Sambil Menjana Pendapatan

Integrasi Ayam Kampung Bagi Menjimat Kos Merumput Sambil Menjana Pendapatan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Rumpai tumbuh di kebun sawit dan memerlukan semburan racun 3 – 4 kali setahun sebagai amalan biasa. Sekiranya pengusaha menternak ayam kampung di situ, kos racun dapat dijimatkan kerana ayam adalah agen kawalan biologi yang unggul terhadap rumpai. Di samping itu, ayam juga boleh dijual dan tinjanya dijadikan baja organik.

Penternakan seumpama ini dijalankan secara integrasi di kebun sawit menurut kaedah separa intensif iaitu melepas bebas ayam di waktu siang dan mengurungnya di waktu malam. Sebuah reban ayam diperlukan untuk tujuan ini. Sebagai permulaan, sebelum anak ayam dibawa masuk, kelengkapan air, makanan dan lampu penaungan hendaklah disediakan dalam reban. Sesampai sahaja anak ayam tersebut, ia diberikan minuman berkhasiat yang mengandungi bahan anti stres. Satu jam kemudian baru dibekal dengan makanan basah. Selera anak ayam tidaklah besar, justeru bekalan makanan tidaklah perlu banyak demi mengelak daripada pembaziran. Perkara penting ialah anak ayam hendaklah disuntik ubatan bagi mengelak daripada jangkitan penyakit.

Apabila anak ayam berumur 57 hari, mereka dialih ke reban yang lebih besar sehingga mencapai umur 10 – 12 hari baru dilepas bebas ke kebun sawit. Anak ayam hendaklah dimasukkan ke dalam reban pada waktu malam supaya berehat dalam keadaan tenteram tanpa gangguan perosak. Apabila umur ayam mencapai 13 – 15 minggu, ia boleh dijual untuk mendapatkan pendapatan. Di saat ini, seekor ayam mempunyai berat di antara 1.5 – 2.0kg.

Dalam sistem integrasi di kebun sawit matang, keluasan satu ekar mampu memuatkan 5,000 ekor ayam. Selain bertujuan menjana pendapatan tambahan, penternakan ayam di kebun sawit juga memenuhi objektif kawalan rumpai. Kebun yang ada ternakan ayam tidak perlu merumpai kerana rumpai sudah menjadi makanan ayam di waktu siang hari. Terutama di situasi kini yang susah mendapatkan buruh kebun, penternakan ayam dapat menjimatkan kos upah buruh.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Menurut sumber, pembawaan masuk sejumlah 1,000 ekor setiap bulan dan berturut-turut untuk 5 bulan (jumlah 5,000 ekor ayam) memerlukan jumlah kos RM96,000. Semua ayam ini dijaga oleh seorang pekerja sudah mencukupi. Secapai sahaja 13 – 15 minggu, ayam dijual. Mengikut sumber, apabila kebun sudah ada 2,000 ekor ayam, ayam, semua kos merumput termasuk pembelian racun rumpai dapat dijimatkan sama sekali. Projek seperti ini menunjukkan aliran wang tunai yang agak cepat justeru dianggap berbaloi dan berdaya maju kepada pengusaha sawit.

 

Sumber maklumat :

Dr. Rosli Awaluddin et al., Integration of Free Range Chicken with Oil Palm, MPOB TT. No. 181, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :