You are currently viewing Kenapa Durian Pulau Pinang So Special?

Kenapa Durian Pulau Pinang So Special?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sudah pasti bahawa satu-satu jenis tanaman yang dapat diusahakan dengan baik tidak semestinya sesuai untuk tempat yang lain walaupun amalan agronomi sama dipraktikkan. Hal ini berkaitan dengan agro-iklim setempat yang merupakan aspek terpenting di bidang penanaman. Atas tanggapan ini, maka durian dari Pulau Pinang boleh disimpulkan berada di zon penanaman yang optimum justeru berjaya menghasilkan cita rasa buah yang menyelerakan. Kata ini bukan mengalpakan kesedapan buah buah dari daerah, tetapi menyarankan suatu perisa unik yang tidak boleh diperolehi dari tempat-tempat lain. Seperti sedia maklum, kepelbagaian cita rasa isi durian memanglah satu keunikan bagi buah-buahan ini. Faktor-faktor penyebab kepada keunikan ini adalah seperti berikut:

1. Jenis Tanah Yang Sesuai : Tanah di Pulau Pinang sangat sesuai untuk tanaman durian. Dari geografi, kita sedia mengetahui bahawa pulau ini sebenarnya satu batu granite besar terdedah di atas permukaan lautan. Proses luluh hawa berpanjangan telah berlaku menyebabkan sebahagian batu tersebut mengurai kemudian bercampur dengan tanah menjadi pula tanah mengandungi pasir. Jenis tanah ini mempunyai kapasiti saliran air yang baik serta kurang berliat dan juga sedikit masam justeru sangat sesuai untuk tumbesaran pokok durian. Nilai pH tanah di Pulau Pinang di antara 5.06 – 7.80 itu secocok dengan syarat pertumbuhan durian secara optimum.

2. Taburan Hujan Yang Optimum : Hujan purata tahunan di Pulau Pinang di sekitar 2625 mm, iaitu di aras optimum, tidak basah sangat atau terlalu kering, ditambah tiupan angin lautan sepoi-sepoi bahasa sangat berbantu dalam mengekal aras kekeringan daun pokok durian. Jika taburan hujan terlalu tinggi, ia akan menjejaskan pembuahan durian kerana putik buah mudah gugur, kadar pendebungaan juga rendah menyebabkan hasil merosot. Keadaan sama berlaku juga menjelang kutipan hasil kerana kualiti buah akan terjejas. Cita rasa unik durian di Pulau Pinang dipercayai berkaitan dengan aspek ini.

3. Angin Lautan Yang Optimum : Pulau Pinang diselindungi oleh Pulau Sumatera justeru dapat mengelak dari taufan tropika. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa ini menyebabkan daun pokok durian lebih kering daripada biasa serta lebih nyaman ditambah mengandungi sedikit kemasinan, dan keadaan ini memberi manfaat dalam menyekat penyakit. Kandungan kemasinan ini kononnya juga meningkatkan perisa buah durian seperti berlaku di Nonthaburi Thailand yang dapat menjual durian mereka dengan harga paling tinggi di dunia ekoran cita rasa buah yang unik.

4. Perubahan Suhu Yang Minimum : Pulau Pinang berada di zon khatulistiwa serta perubahan suhu sehari-hari juga tidak besar. Suhu seumpama ini dapat memelihara elemen polyphenols dan anthocyanin dalam isi buah. Kedua-dua unsur ini adalah antara sebab isi buahnya berwarna kuning pekat atau oren cerah yang sangat menarik hati.

5. Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi : Kepelbagaian topografi di Pulau Pinang mengakibatkan tempoh matang durian juga berbeza-beza. Umumnya pokok di tanah tinggi atau berbukit matang lebih lewat daripada kultivar di tanah rendah justeru tempoh matang buah dapat dipanjangkan. Di situ juga, kultivar durian dapat ditanam mengikut kesesuaian ketinggian kawasan penanaman, umpamanya kultivar Udang Merah lebih sesuai ditanam di tanah lebih tinggi yang mana suhunya lebih nyaman serta tiupan angin lebih kuat sedikit. Sebaliknya kultivar Capri pula lebih sesuai diusahakan di tanah rendah yang panas. Oleh sebab itu, pelbagai kultivar durian dapat diusahakan bersama di pulau itu dengan pembawaan cita rasa yang unik.

Faktor agro-iklim berjaya memupuk kesedapan buah durian di Pulau Pinang. Namun jika tanpa amalan agronomi yang baik, objektif ini juga tidak dapat tercapai. Umpamanya pembajaan, pengurusan rumpai, penjarangan buah malahan pengangkutan buah turut memainkan peranan penting. Berikut adalah butir-butirnya :

1. Penjarangan Buah : Pekebun berpengalaman di Pulau Pinang sedia maklum bahawa keupayaan pokok menghasilkan jumlah buah hendaklah dihubungkan dengan usia pokok. Usia pokok semakin tinggi akan menghasilkan saiz pokok lebih besar dan selanjutnya meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil. Justeru itu, bagi pokok dewasa berusia muda, jika pokoknya mengasilkan terlalu banyak putik buah, keadaan ini tidak selaras dengan kapasiti pengeluaran hasil pokok justeru penjarangan putik buah perlu dijalankan. Amalan ini akan memastikan buah dikekal di atas pokok itu membesar dengan lebih seragam malahan tempoh matang juga lebih kurang sama. Kualiti buah yang lebih tinggi ini lebih penting daripada saiz buah yang kecil atau berbentuk cacat. Amalan ini biasa dipraktikkan oleh pekebun di Pulau Pinang.

2. Penggunaan Racun Secara Minimum : Mungkin disebabkan oleh sejarah penanaman durian yang sudah lama, ramai pekebun di Pulau Pinang cuba meminimumkan penggunaan racun rumpai, sebaliknya memotong rumput secara manual. Amalan ini selain dapat memelihara kelembapan tanah, ia juga penting terhadap kelestarian pokok.

3. Memasang Jaring Di Kebun : Dalam aspek kutipan hasil, pekebun di Pulau Pinang sudah menerapkan amalan penjaringan di bawah pokok atau mengikat buah di atas pokok agar memelihara kualiti buah. Keadaan ini berikutan harga durian semakin meningkat serta bernilai di pasaran. Sekiranya buah dibiarkan terhempas ke tanah, kualiti tentu akan merosot, buah mungkin rekah dan tidak dapat dipasarkan dengan harga optimum.

4. Faktor terakhir kesedapan buah durian di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh sistem pengangkutan yang sempurna. Di pulau kecil ini, durian dari kebun dapat dipasarkan dengan kadar paling cepat menerusi sistem pengangkutan sedia ada dan selanjutnya membolehkan penggemar durian dapat menghayati dalam masa terdekat selepas matang dan gugur dari pokok. Kesegaran buah akan meningkatkan keseleraan.

 

Sumber maklumat :

Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide To Penang, 2018,.pp. 102-103.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :