You are currently viewing Langkah Kawalan Serangga Perosak Dan Penyakit Terung

Langkah Kawalan Serangga Perosak Dan Penyakit Terung

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Terung menghadapi ancaman 3 jenis Serangga Perosak dan 3 jenis penyakit utama. Kawalan amnya dilakukan dengan racun serangga dan racun kulat. Penjagaan kebersihan kebun serta mengutip, memangkas dan menanam bahagian tanaman yang sudah rosak dan reput jugalah amalan bersepadu. Serangan serangga perosak kebiasaan terdiri daripada berikut :

1. Pengorek Buah dan Pucuk Pokok

Serangga ini dikenali sebagai Leucinodes orbonalis, akan menelur di atas pucuk dan buah terung. Larva kemudian mengorek masuk ke dalam buah. Di bahagian luaran lubang korekan itu biasanya ada fras berwarna coklat tertinggal di situ. Hayat hidup serangga ini hanya sekitar 23 – 34 hari. Semburan racun serangga yang berkesan termasuklah yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti cypermethrin, deltamethrin atau permethrin (sila guna mengikut penerangan label dalam bungkusan).

2. Kutu Trip

Kutu trip merupakan serangga perosak yang amat diwaspadakan oleh petani. Kutu ini
mengisap cecair bahagian daun muda, bunga serta buah. Buah yang membesar nanti menunjukkan bekas serangan hodoh di bahagian kulit. Buah juga mungkin menjadi cacat berikutan serangan. Hayat hidup kutu trip hanyalah 16 – 26 hari tetapi kesan pencerobohannya sangat ketara khususnya apabila populasinya menjadi banyak di musim kering. Racun serangga yang mengandungi bahan aktif malathion boleh digunakan untuk mengawalnya (sila guna mengikut penerangan label dalam bungkusan).

3. Lalat Putih

Lalat putih atau bahasa Inggerisnya Whiteflies (Bemisia tabaci) hanya mempunyai hayat hidup 14 – 21 hari. Larva serta lalat putih dewasa tersembunyi di belakang daun dan menghisap cecair daun menyebabkan daun menguning serta bertompok. Dalam keadaan serangan yang serius, daun akan gugur dan tumbesaran pokok terjejas. Racun serangga yang boleh digunakan ialah imidacloprid (contoh: Daco 350) atau diafenthiuron (sila guna mengikut penerangan label dalam bungkusan).

A. Penyakit Antraknos

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Buah terung jika reput, kebiasaan adalah disebabkan oleh serangan antraknos. Agen penyebar penyakit ini ialah Colletotrichum spp.). Buah yang diserang menjadi hitam, reput dan lembik serta terpaksa dibuang. Penyebaran penyakit ini boleh berlaku mengikut air ataupun angin. Produk untuk mengawal penyakit ini termasuklah racun kulat yang mengandungi bahan aktif seperti berikut propineb, manconeb, chlorothalonil, trifloxystrobin dan tebuconazole (contoh : Fongo 40 SC).

B. Penyakit Buah Reput

Penyakit ini disebarkan oleh Phomopsis vexans, buah yang terjangkit penyakit ini menunjukkan warna coklat kemudian menjadi lembik dan reput. Angin dan air adalah cara penyebaran penyakit ini. Kaedah kawalan secara racun kulat adalah jenis yang serupa seperti menangani penyakit antraknos.

C. Penyakit Reput Akar dan Pangkal Batang Pokok

Ada dua jenis patogen yang menyebabkan penyakit ini. Jika disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum, maka tiada rawatan baginya. Penyakit ini kebiasan berlaku dalam musim pembungaan yang mana batang dan dahan pokok mula menyusut kemudian layu dan mati.

Jika penyakit ini disebabkan oleh kulat Sclerotium rolfsii, maka ia boleh dirawat dengan racun kulat yang mengandungi bahan aktif seperti propineb, chlorothalonil, trifloxystrobin dan tebuconazole (contoh: Fongo 40 SC).

Selain langkah kawalan kimia, penyakit ini juga boleh dikawal melalui penggunaan biji benih yang bebas penyakit serta memperbaiki sistem saliran air di kebun memandangkan penyakit ini dapat disebarkan melalui air.

 

Bahan rujukan :

1.Lim Lee Lee et al., Technology Package For Brinjal, Department of Agriculture Sarawak.
2.M.N. Mohamad Rolf et al., Penyakit Utama Sayur-Sayuran Di Malaysia, MARDI & Bayer Cropscience, 2011.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com