Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Pelepah melipat ke bawah di bahagian pangkal mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium. Kalsium adalah nutrien wajib untuk tanaman sawit. la bersama-sama magnesium dikategorikan sebagai nutrien sekunder selepas NPK. Justeru keperluan kalsium oleh tanaman ini adalah lebih tinggi berbanding nutrien surih. Namun demikian, menurut sumber, jumlah kalsium yang diangkut keluar melalui buah tandan segar hanyalah sekadar 20 kg/ha/tahun berbanding keperluan pokok terhadapnya yang pada kadar 90 kg/ha/tahun. Keadaan ini menyatakan peranan kalsium terhadap buah tandan adalah kurang berat. Penggunaan kalsium di bahagian lain pokok dijangka lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah tandan. Inilah penemuan yang diperolehi memalui kenyataan ini. Tambahan mobiliti kalsium juga lebih lemah, hanya segelintir kecil sahaja yang boleh diangkut daripada pelepah ke bahagian buah tandan.
Peranan kalsium lebih tertumpu di aspek pertumbuhan dan pemecahan sel serta menstabilkannya. Ia juga menjalankan fungsi penyaluran mesej dalam pokok umpamanya semasa perubahan cuaca dan sebagainya. Di peringkat semaian, anak benih jika mengalami kekurangan nutrien ini, tumbesaran pokok akan terjejas seperti tumbesaran terbantut atau tumbesaran daun yang kecil. Di peringkat pokok matang, kekurangan kalsium jarang-jarang dilaporkan. Ini kerana pelbagai input pertanian mengandungi kalsium, umpamanya batu kapur mengandungi bahan ini sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan kalsium dalam tanah.
Baja juga mengandungi kalsium, umpamanya dolomite ataupun sumber fosforus (P) seperti SSP mengandungi 22% kalsium, TSP mengandungi 13% Kalsium malah serbuk fosforus juga mengandungi lebih 30% kalsium. Namun, baja kieserite tidak mengandungi kalsium.
Selain itu, buah tandan kosong dan abunya turut mengandungi kalsium termasuk juga air buangan kilang sawit (POME) dan pelepah yang dipangkas. Justeru itu, gejala kekurangan kalsium jarang berlaku ekoran banyak input pertanian sudah mengandungi nutrien ini.
Satu gejala yang boleh dikaitkan dengan kekurangan kalsium ialah semasa pangkal pelepah pokok sawit melipat ke bawah. Gejala ini juga boleh dikaitkan dengan kekurangan air. Untuk mengelak kejadian ini, semasa penaburan baja fosforus, pekebun boleh memilih jenis yang mengandungi kalsium. Aplikasi dolomite atau serbuk fosforus untuk mengurangkan kemasaman tanah juga dapat memulih tahap kalsium dalam tanah supaya gejala kekurangan tidak berlaku lagi.
Sumber maklumat :
Thomas Fairhurst and Roff Hardter, Oil Palm : Management For Large and Sustainable Yields, PPIC & IPI, 2003, pp. 208-209.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350