You are currently viewing MARDI Tanam Pokok : Pelancongan Hijau

MARDI Tanam Pokok : Pelancongan Hijau

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Langkawi, 26 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengadakan Program Replanting : Green Tourism di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi (TATML) merupakan salah satu pusat agropelancongan yang popular di Malaysia amnya dan di Langkawi khususnya terutama bagi peminat peminat buah-buahan tropika sama ada dalam atau luar negara pasti tidak akan puas mengunjungi taman ini.

MARDI Langkawi telah mengambil inisiatif bagi mengorak langkah dengan memulakan kempen pelancongan hijau (green tourism) menerusi elemen pertanian yang akan menarik minat golongan muda untuk menanam pokok terutamanya pokok buah-buahan dalam menambahkan kehijauan Malaysia.

Membawa slogan sedikit usaha kita, di buat bersama, pasti lebih bermakna menggambarkan bahawa usaha di dalam bidang pertanian, mahupun di bidang penghijauan, memerlukan usaha bersama dari semua pihak.

Menurut YBhg Dato’ Dr Zabawi,  walaupun program ini di laksanakan pada skala kecil, namun program ini akan mampu menjadi satu asas bagi mempromosikan penghijauan dalam pertanian ini. Replanting : Green Tourism ini menggunakan elemen pengalaman pelancongan atau di dalam bahasa inggerisnya “memorable tourism experience”  yang merupakan satu cara tarikan pelancongan.  Menggunakan konsep edutainment, kaedah menarik minat pelawat ini mampu menghasilkan minat terutamanya generasi muda terhadap pertanian dan mampu memberikan lebih banyak maklumat yang lebih tepat berkenaan pertanian moden kepada generasi generasi muda terutamanya.

Pada program ini, sebanyak 450 anak pokok buah-buahan telah di tanam dengan 200 anak pokok durian di pilih bagi menggantikan plot-plot lama yang telah berusia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Program yang melibatkan 3 buah sekolah di sekitar Langkawi iaitu SMK Tunku Putra, SMK Langkawi dan MRSM Langkawi yang turut disertai oleh Komuniti Langkawi, serta pengunjung TATML.

Majlis turut dihadiri oleh Dr Asfaliza binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) ; Encik Muhammad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi; Dr Ahmad Nazaruddin Bin Mohd Roseli, JK Teknikal Program Penghijauan Negara.

 

Sumber maklumat :

Portal Rasmi MARDI

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :