You are currently viewing Pemupukan Hasil Sawit Yang Baik Tanpa Penggunaan Baja Sebatian

Pemupukan Hasil Sawit Yang Baik Tanpa Penggunaan Baja Sebatian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Pernahkah anda menginginkan tanaman sawit anda memberi hasil yang baik tanpa penaburan baja sebatian sepanjang masa ? Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Sumatera, Indonesia mendapati hal ini bukan satu impian tetapi suatu perkara yang boleh jadi kenyataan.

Kajian tersebut menggunakan buah tandan kosong sawit untuk ditaburkan di ladang sawit bagi satu tempoh yang lama dan hasil terkumpul selama 15 tahun direkodkan untuk dibandingkan dengan plot yang menggunakan sahaja baja sebatian. Tiga kuantiti buah tandan kosong telah digunakan di atas 3 plot, iaitu masing-masing mendapat 30 tan, 60 tan dan 90 tan/ha/tahun manakala baja sebatian di plot perbandingan adalah berdasarkan kuantiti penaburan standard ladang.

Hasil kajian itu menunjukkan jumlah buah tandan segar terkumpul untuk selama 15 tahun itu masing-masing melebihi plot yang menggunakan sahaja baja sebatian sebanyak 2.4%, 5.9% dan 4.8%. Tambahan, corak pengeluaran hasil tahunan untuk ketiga-tiga plot itu adalah stabil. Didapati penaburan buah tandan kosong dengan kuantiti 60 tan/ha/tahun menghasilkan tanah yang paling kaya dengan organik karbon. Organik karbon ini berpotensi meningkatkan hasil sawit.

Melalui hasil kajian ini, buat pertama kali ladang sawit didapati boleh memberi hasil yang setimpal malahan lebih tinggi berbanding plot yang dibajakan hanya dengan baja sebatian. Namun begitu, penemuan ini dijangka hanya akan memanfaatkan ladang sawit yang terletak berdekatan dengan kilang sawit kerana kos pengangkutan buah tandan kosong sawit yang agak tinggi jika ladang terletak berjauhan dengan kilang sawit.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Lagipun, buah tandan kosong perlu ditabur di ladang secara berserak dengan lapisan yang nipis untuk mengelakkan pembiakan kumbang badak. Sekiranya kedua-dua aspek ini dapat ditangani dengan baik, maka tidak hairanlah kos operasi ladang tersebut boleh mendapat penjimatan yang besar kerana baja sebatian tidak diperlukan lagi, sebaliknya digantikan dengan buah tandan kosong sahaja yang harganya amat murah malahan mungkin diberikan secara percuma oleh kilang sawit.

 

Sumber maklumat:

Hsiao-Hang Tao et al., “Long-Term Crop Residue Application Maintain Oil Palm Yield and Temporal Stability of Production”, Agron. Sustain Dev. (2017)37:33, Research Article.
41

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com