Tanaman sawit di Malaysia telah memasuki peringkat tanam semula generasi ke-4, banyak tanah yang diusahakan dengan tanaman ini sudah kurang subur serta berkualiti rendah. Berikutan bahan tanaman sawit kini semakin maju, aspek kesuburan tanah juga perlu diselaraskan bersama agar kedua-dua perkara ini membawa kepada pencapaian hasil potensinya. Inilah hala tuju di bidang sawit pada masa ini memandangkan penambahan hasil tidak dapat dilakukan lagi melalui pengembangan keluasan tanaman akibat kebatasan tanah pertanian dalam negara.
Hal sedemikian perlu ditangani melalui pemupukan kesuburan tanah yang dijangka mampu meningkatkan 10% – 15% hasil tanaman sawit dalam keluasan yang sama. Dengan kata lain, pengurusan kesuburan tanah menjadi agenda kedua terpenting selepas pengemaskinian bahan tanaman sawit. Dengan adanya tanah berkualiti tinggi, hasil sawit tambahan dijangka dapat direalisasikan.
Kemerosotan tanah merupakan satu masalah terbesar dalam penilaian kesuburan tanah. Kenapa hal ini berlaku? Ini kerana tanah telah lama diusahakan dalam penanaman dan menyebabkan taraf nutrien dalam tanah telah merosot. Ditambah dengan faktor perubahan cuaca seperti hujan lebat yang lebih kerap berlaku menyebabkan hakisan tanah berlaku. Sehubungan itu, permintaan nutrien oleh tanaman sawit amat tinggi kerana pembuahan berlaku sepanjang tahun. Kekurangan pembajaan ekoran kecuaian peladang, harga baja yang tinggi atau pun harga minyak sawit yang rendah juga antara sebab yang menyebabkan menyebabkan kemerosotan tanah. Kesemua faktor ini telah kemerosotan tanah.
Bagi menangani masalah ini, pembajaan merupakan amalan terbaik bagi meningkatkan aras nutrien dalam tanah ke taraf normal. Penokokan baja organik selepas itu juga diperlukan supaya memulihkan keadaan tanah kurang subur.
Gejala kemerosotan tanah umunya dapat dikesan melalui penukaran warna daun sawit. Umpamnya kekurangan nitrogen akan menyebabkan klorosis daun (warna memudar ke hijau cetek) berlaku, kekurangan kalium menyebabkan daun berbintik oren, kekurangan magnesium pula menghasilkan pelepah berwarna oren. Daun berkedut berlaku semasa kekurangan boron, kekurangan kuprum menyebabkan gejala klorosis di tengah kanopi pokok manakala kekurangan zink menghasilkan daun berwarna kuning serta daun lebih kecil dan sempit.
Pada hakikat, tanah tidak memiliki daya diperbaharu (renewable), justeru itu sekiranya tiada campur tangan dari pengusaha tanaman, maka kemerosotan tanah akan terus berlarutan sehingga apa jua tanaman pun tidak dapat tumbuh di situ dengan baik. Kenapa wujud gejala ini? Ini disebabkan kehilangan tanah permukaan akibat hakisan tanah. Keadaan ini akan membawa kehilangan nutrien. Ada juga nutrien lain meresap ke bawah tanah. Apabila keadaan ini berlaku, kemerosotan tanah sudah muncul dan mengganggu struktur tanah.
Menurut sumber, keadaan tanah merosot lebih banyak berlaku di antara barisan pokok sawit. Kandungan karbon juga berkurangan dalam tanah terutama di ladang sawit yang lebih tua. Pengangkutan keluar buah tandan segar juga membawa keluar nutrien tanah dan jika tidak ditokok akan menyebabkan tanah merosot. Lagipun, pemadatan tanah oleh jentera ladang juga salah satu puncanya.
Caranya Untuk Memulih Kesuburan Tanah
Dari pemahaman di atas, maka penanganan kemerosotan tanah menjadi lebih jelas iaitu taraf nutriennya perlu ditingkatkan ke aras normal malah melebihi daripada itu. Dari sudut ekonomi, fokus ini adalah rasional kerana dengan adanya aras nutrien yang optimum baharu hasil dan pendapatan boleh meningkat.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Satu peringatan hendak disampaikan di sini iaitu tanah tidak harus sekadar membaja dengan baja organik dan bio organik kerana langkah ini akan menjadikan ladang tersepah dengan sisa-sisa bahan organik sama ada berasaskan tumbuhan ataupun binatang. Faktor keduanya ialah baja-baja ini tidak membekal nutrien secukupnya kepada tanaman sawit. Sebaliknya jika hanya dibaja dengan baja kimia(baja sebatian), tanah mudah menjadi berketul-ketul serta lebih masam. Keadaan ini membawa kesan negatif terhadap tanaman. Di sini, kata pemutus ialah pembajaan yang seimbang adalah solusi akhir untuk menyelesaikan masalah kemerosotan tanah.
Perkara ini adalah penting sebab hanya melalui pembajaan secara seimbang, tanah baharu boleh mendapat nutrien yang diperlukan untuk memperbaiki ciri biologi, fizik dan kimia tanah supaya mencapai keberkesanan penggunaan nutrien (nutrient use efficiency). Hanya apabila perkara ini wujud, tanaman sawit baharu mampu memperolehi sumber makanan yang cukup untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil.
Satu ciri unik mengenai pembajaan seimbang ialah ia dapat meningkatkan daya rintangan tanaman terhadap penyakit malah serangan serangga perosak. Justeru itu, kesimpulan boleh dirumuskan disini, iaitu pembajaan seimbang membawakan tiga kelebihan iaitu pertama-peningkatan hasil, kedua meningkatkan daya rintangan dan ketiga menjana suasana mampan di ladang sawit. Tiga jenis baja yang melengkapkan pembajaan seimbang ialah baja kimia (sebatian), baja organik dan baja bio organik. Amalan pembajaan seimbang ini adalah perkara wajib dan bukannya perkara yang boleh dipilih-pilih.
Baja kimia (baja sebatian) mengandungi nutrien makro yang akan membekal kebanyakan nutrien keperluan tanaman sawit serta mendatangkan kesan lebih cepat. Baja organik pula meningkatkan keberkesanan tanah yang bertindak sebagai media kepada pertumbuhan tanaman. Baja-baja ini juga mengandungi nutrien asas. Baja bio organik, seperti mana maksud mukanya, ialah sejenis baja yang mengandungi mikrob serta bahan organik yang akan menukar bentuk nutrien asal dalam tanah kepada bentuk nutrien yang mudah diambil oleh tanaman melalui proses biologinya seperti penguraian N dan P dalam tanah untuk pengambilan pokok. Kesemua jenis baja ini perlu digunakan bersama dan ini adalah prinsip termaktub dalam “Pengurusan Kesuburan Tanah”.
Apabila kualiti tanah sudah dipertingkatkan serta ditambah dengan penggunaan bahan tanaman sawit yang juga berkualiti, peningkatan hasil sawit secara keseluruhan mampu meningkat sebanyak 60%. Dengan erti kata lain, hasil sawit sudah boleh ditingkatkan tanpa penambahan keluasan tanah. Pengurusan keseburan tanah juga dapat mengelak gejala negatif berlaku akibat penggunaan secara tunggal mana-mana satu jenis baja. Banyak kajian sudah menunjukkan bahawa pembajaan seimbang ini akan merealisasikan keberkesanan tanah, peningkatan hasil serta kelestarian tanaman.
Pada hakikat, persoalan mengenai “Pengurusan Kesuburan Tanah” di ladang sawit bukanlah perkara baru. Ia sudah diamalkan oleh segelintir peladang sawit semenjak tahun 80-an. Banyak negara termasuk negara-negara di Afika juga didapati memperolehi manfaat besar melalui program pembajaan seimbang ini. Melalui pembajaan seimbang ini atau 3 dalam 1 (baja kimia, organik dan bio organik), tanaman dan hasilnya berpotensi mencapai aras yang optimum.
Sumber maklumat :
Shamala Sundram et al., “Integrated balanced fertiliser management in soil health rejuvenation for a sustainable oil palm cultivation. A review”, Journal of Oil Palm research Vol. 31(3) Sept 2019.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350