Malaysia adalah salah satu pasaran yang paling pesat berkembang untuk avocado di rantau Asia Tenggara. Penduduk Malaysia berkembang pada kadar 1.3% setahun. Kira -kira 70% penduduk tinggal di bandar dan pekan besar di sepanjang kawasan pesisir pantai.
Oleh kerana kadar urbanisasi yang pesat di negara ini, lebih ramai orang semakin mengamalkan gaya hidup yang mementingkan kesihatan. Avocado bukan lagi buah eksotik tetapi buah yang dikenali di rumah dan restoran di seluruh negara. Sepanjang dekad lalu, terdapat peningkatan dalam penggunaan avocado di Malaysia. Malaysia sudah melabur dalam kapasitinya untuk mengimport lebih banyak avocado.
Import Avocado Malaysia
Memandangkan Malaysia tidak banyak menanam avocado, import buah-buahan ini telah membanjiri pasaran domestik hampir sepanjang tahun. Pada tahun 2021, Malaysia mengimport hampir 4,600 tan avocado, iaitu peningkatan sebanyak 33% daripada tahun sebelumnya.
Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, import avocado di Malaysia telah mengalami pertumbuhan tahun demi tahun. Lonjakan tertinggi dalam jumlah dicatatkan dari 2015 hingga 2016 adalah sebanyak 93%. Jumlah tertinggi adalah pada tahun 2021 membabitkan sebanyak 4,560 tan. Dari tahun 2012, import avocado Malaysia hanya 565 tan sahaja, import tersebut meningkat setiap tahun kepada 4,600 tan pada tahun 2021. Keadaan ini menyatakan buah-buahan ini semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.
Negara Pembekal Avocado ke Malaysia
Pasaran import avocado di Malaysia dikuasai oleh Australia sehingga 40%. Dari sumber, Australia membekal 2,256 tan avocado ke Malaysia antara Julai 2021 – Jun 2022 Jun 2022 merangkumi 19.4% daripada jumlah eksport avocado negara tersebut. Kenya pula adalah antara empat pembekal teratas malah merupakan pembekal kedua terbesar pada 2017. Negara pengeksport utama avocado lain ke Malaysia ialah:
1. Amerika Syarikat (AS)
2. Afrika Selatan
3. Mexico
4. Filipina
5. New Zealand
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Malaysia juga mengimport avocado dalam jumlah kecil dari negara seperti:
1. Indonesia
2. Sepanyol
3. Belanda
Malaysia mengimport avocado dari luar negara khasnya melalui pengangkutan udara ke KLIA. Lapangan terbang ini mempunyai terminal kargo dan bilik simpanan sejuk bagi memastikan avocado tetap segar seperti semasa dituai. Cara lain avocado memasuki Malaysia adalah melalui pengangkutan laut ke pelabuhan Klang yang turut mempunyai terminal kontena yang besar.
Menyumber Avocado dari Kenya
Kenya adalah salah sebuah negara utama yang membekal avocado ke Malayisa. Berikut adalah beberapa kelebihan Kenya dalam membekalkan buah-buahan ini ke Malaysia.
- la mempunyai musim yang lebih panjang berlangsung dari Februari hingga Oktober.
- Kos pengeluaran adalah rendah, oleh itu harga avocado dari Kenya adalah lebih kompetitif.
- Kebanyakan Kenya diliputi oleh iklim subtropika yang memastikan pengeluaran avocado yang konsisten tahun demi tahun.
Sumber maklumat :
Freshela-Fresh Produce Export