You are currently viewing Apa Kata Dengan Penternakan Ayam Mutiara ?

Apa Kata Dengan Penternakan Ayam Mutiara ?

- - iklan - -

Ayam mutiara (Numida meleagris) juga dikenali ayam api-api, adalah sejenis unggas liar berasal daripada famili Numididae dan merupakan satu-satu ahli daripada genus Numida. Tempat berasalnya ialah Afrika terutama di bahagian Timur Sahara dan Savanna. Di Afrika, ayam mutiara muncul sebagai ayam kedua terpenting dalam pembekalan daging dan telur manakala di Eropah di Eropah khususnya Perancis, Belgium dan Scandinavia ia juga disambut sebagai ayam ternakan.

Di Malaysia ayam mutiara belum mendapat sambutan secara besar-besaran mungkin disebabkan orang kurang tahu mengenai tabiat dan potensi ayam ini. Ayam mutiara bersifat suka bertelur di kawasan semak-semak. Keadaan ini membangkitkan cabaran dalam pembiakan ayam mutiara. Namun begitu, melalui teknologi pengeraman telur (inkubator), telur-telur itu boleh dikutip dan dimasukkan ke dalam mesin eram untuk penetasan. Dengan cara ini kadar pembiakan ayam mutiara boleh ditingkatkan.

Jika dibandingkan dengan ayam kampung, didapati ayam mutiara mempunyai kelebihan. Ayam mutiara selain wujud sebagai agen kawalan biologi di ladang khususnya dalam memakan dan mengawal perosak serangga, dagingnya juga dikatakan lebih enak dan berkhasiat daripada ayam kampung dan puyuh kerana kandungan khasiat zink dan mangan yang tinggi. Inilah satu perkara yang dilaporkan dalam suatu kajian tahun 2012.

Kajian ke atas proses tumbesaran ayam mutiara pernah dilakukan oleh MARDI Serdang di Fasiliti Kajian Unggas. Anak ayam mutiara yang baru menetas mempunyai berat badan antara 25 – 30 g selepas pengeraman 28 hari. Di peringkat umur ini ayam mutiara berlagak lemah lembut termasuk tidak lari berkeliaran jika menghadapi ancaman tetapi sebaliknya terkumpul di satu penjuru. Kadar kematian ayam mutira di peringkat umur 1 hari hingga 3 minggu agak tinggi (10 – 20%) justeru itu penjagaan rapi dikehendaki termasuk penyediaan haba dan lampu yang memberi naungan suhu 30°C.

Di peringkat umur 3 minggu – 10 minggu pula, ayam mutiara mula kuat dan aktif. la boleh terbang jika ingin ditangkap memandangkan ia mempunyai sayap yang besar tetapi ia cepat letih dan akan menyorok. Di peringkat ini ayam mutiara mempunyai berat badan antara 200 – 400 g. Dalam habitat semula jadinya, pertumbuhan sayap/kepak yang besar memainkan peranan penting untuk membolehkannya terbang tinggi ketika menghadapi ancaman di hutan. Bahagian kaki di peringkat ini juga bertambah kuat dan warnanya bertukar daripada kehijauan ke coklat kehitaman. Peringkat tumbesaran ini memperlihatkan ayam mutiara semakin aktif, suka berterbang dan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Ia tidak lagi berkumpul di satu penjuru sebaliknya akan terbang jika ada ancaman.


Peringkat antara minggu ke-11 hingga ke-20 adalah fasa dewasa. Seekor ayam mutiara berumur 20 minggu iaitu di peringkat dewasa ini mempunyai berat badan dalam lingkungan 1.70 kg.

Akhir kata, ayam mutiara wujud sebagai pilihan baru dalam pembekalan sumber protein kepada rakyat Malaysia khususnya untuk pasaran nic yang mahukan sesuatu lebih unik dan berlainan daripada yang lain. Melalui kajian penternakan didapati ayam ini sesuai untuk diternak walaupun langkah-langkah tertentu mungkin perlu diambil untuk meningkatkan kadar pembiakannya.

Sumber maklumat :

Muhammad Mohd Sabri, “Pembangunan Teknologi Penternakan Ayam Mutiara Ciri Fenotipik Dan Prestasi Tumbesaran”, Buletin Teknologi MARDI Bil. 19 (2020): 135-141, MARDI.

Hantar blog ini kepada :