You are currently viewing Tanaman Durian Peka Terhadap Perubahan Cuaca

Tanaman Durian Peka Terhadap Perubahan Cuaca

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Pengeluaran hasil bagi tanaman durian sangat peka terhadap cuaca. Tanaman ini berasal daripada hutan belantara. Untuk ratusan malah mungkin beribu-ribu tahun, tanaman durian sudah biasa dengan cuaca semula jadi dan pengeluaran hasilnya juga tidak menentu bergantung kepada faktor utama iaitu kehadiran hujan. Di peringkat permulaan pembungaan dan pembuahan, ketibaan hujan akan mengurangkan kadar pembungaan dan pembuahan akibat hentakan air hujan yang menyebabkan keguguran bunga dan putik buah. Viabiliti debunga juga terjejas akibat hujan.

Faktor kedua yang mempengaruhi kadar pembungaan dan pembentukan buah durian ialah suhu udara. Bunganya boleh berkembang lancar apabila suhu udara di antara 20- 30°C tetapi jika suhu turun lebih rendah daripada 15°C, keadaan ini akan menjejaskan pembungaan. Suhu udara adalah berkadar terus dengan kadar bunga dan buah, dengan maksud lain, peningkatan suhu memberi kesan yang baik terhadap kedua-duanya. Sebaliknya jika suhu meningkat melebihi 35°C, bukan sahaja kadar bunga dan pembentukan putik buah akan terganggu, malah daun tanaman mungkin juga menjadi layu.

Faktor ketiga ialah kelembapan udara. Kaitan di antara kadar bunga dengan kelembapan udara bertindak secara songsang. Dengan erti kata lain, semakin tinggi kelembapan udara maka semakin rendah kadar pembungaan. Walaupun pembungaan baka seperti Monthong (D159) dan D24 tidak tidak dipengaruhi oleh peningkatan kelembapan udara, namun pembentukan putik tetap berkurangan di bawah kelembapan udara yang tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh kelembapan udara yang tinggi amnya berlaku di musim hujan justeru mengurangkan viabiliti debunga dan selanjutnya mengurangkan pembentukan buah.

Faktor keempat pula berkaitan dengan pembekalan nutrien. Semasa pembungaan, jika bekalan nutrien tidak diberikan secukupnya, maka bunga akan gugur. Keadaan ini wujud sebagai mekanisme semua jadi daripada pokok untuk mengurangkan beban pengeluaran hasil semasa kekurangan nutrien.

Peningkatan kelembapan udara akan meningkatkan kadar bunga tetapi ketibaan hujan akan pula menurunkan pembentukan putik buah. Perkara ini sudah terbukti dalam satu eksperimen ke atas baka Monthong yang dijalankan di Indonesia. Walau bagaimanapun, bagi baka Sunan, perkara seumpama ini pula berlaku mengikut arah sebaliknya iaitu kelembapan udara akan meningkatkan pembentukan putik buah tetapi mengurangkan kadar bunga. Biarpun begitu, kedua-dua pembungaan dan pembentukan buah sama-sama terjejas berikutan kadar hujan yang meningkat mencatatkan kadar gangguan masing-masing sehingga 47% dan 50%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Baka D24 mengalami kadar pembungaan dan pembentukan putik yang menurun apabila hujan menimpa. Apabila suhu udara meningkat, kadar bunga dan pembentukan putik buah meningkat kembali. Bagi baka Matahari, pembentukan putik buah akan meningkat sekiranya kelembapan udara meningkat mencatatkan kadar 43% tetapi akan mengganggu kadar pembungaan sehingga kadar 44%.

Antara kesemua baka durian ini, baka Matahari paling kurang dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti hujan, suhu udara dan kelembapan udara dengan kadar gangguan setakat 10.1% sahaja berbanding baka Monthong yang paling sensitif terhadap perubahan cuaca yang mencatatkan kadar gangguan sehingga 59.2%.

Oleh yang demikian, keempat-empat faktor ini wujud sebagai penentu keberhasilan buah durian. Malangnya faktor-faktor ini melainkan pembajaan adalah di luar kawalan pengusaha tanaman dan sebab itu, strategi lain terpaksa diambil termasuk pemasangan sistem pengairan di kebun supaya mengurangkan kesan buruk daripada perubahan cuaca terhadap hasil buah. Tambahan pembajaan yang cukup akan meningkatkan hasil buah.

 

Sumber maklumat :

1. Didik Hariyano, “Climatic Variables Study on Generative Characters of Some Types of Durian (Durio zibethinus Murr.), SicioScience Research, 2017.
2. Didik Hariyano et al., “Study of Climate and Its Correlation to the Flowering Period and Fruit Production on Two Cikrak and Jingga Cultivarsof Durian (Durio zibethinus Murr. J. Basic Appl. Sci. Res. 3(4)270-274, 2013.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :