You are currently viewing Projek Integrasi Membantu Menjana Pendapatan Sampingan

Projek Integrasi Membantu Menjana Pendapatan Sampingan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Media tempatan melaporkan bahawa para petani perlu mempelbagaikan tanaman secara integrasi supaya tidak terlalu bergantung kepada satu jenis komoditi sahaja sekiranya harga komoditi itu jatuh di pasaran.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, sekiranya harga sesuatu komoditi tersebut jatuh di pasaran, petani boleh bergantung kepada sumber tanaman atau ternakan lain.

Katanya, mengambil contoh harga kelapa sawit semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 mengalami penurunan di bawah harga RM300 satu tan namun pada hari ini harga telah meningkat kepada RM700 lebih satu tan.

Katanya, tanaman kelapa sawit baik untuk diintegrasikan dengan ternakan lembu atau kambing kerana pendekatan itu akan mendatangkan hasil yang lumayan supaya pendapatan tidak hanya bergantung kepada hasil sawit sahaja.

“Ternakan lembu di ladang kelapa sawit juga dapat mengawal pertumbuhan rumput dan mengurangkan kos penggunaan racun,” ujarnya semasa merasmikan penutupan Agriculture Community Outreach Programme(AgriCOP) di Rumah Tuggang, Sungai Arip Selangau kelmarin.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Selain itu katanya, ternakan kelulut juga mampu menjana hasil lumayan yang mana harga pasaran madu kelulut terkini mencecah ratusan ringgit sekilogram dan ia boleh diintegrasikan dengan meletak log-log kayu untuk penghasilan madu kelulut di kebun buah-buahan atau kebun kelapa.

“Kelulut juga merupakan ejen pendebungaan baik yang mampu meningkatkan hasil tanaman,” katanya sambil menyeru penduduk mengusahakan tanaman yang mendapat permintaan harga yang tinggi di pasaran.

Pada masa sama katanya, pengusaha juga wajar mencari pasaran yang sesuai atau menjual sendiri ke pasar raya kerana harga adalah lebih tinggi akan ditawarkan tanpa melalui orang tengah, contohnya terung asam.

Mengenai kursus itu John Sikie berkata, ia cara kerajaan membantu petani meningkatkan pendapatan dengan sasaran untuk sebuah isi rumah adalah tidak kurang daripada RM4,000 sebulan.

“Kita berharap melalui kursus ini para petani dapat diajar cara penanaman yang betul lebih-lebih lagi keterlibatan dalam pertanian adalah salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi terutama penduduk di luar bandar,” katanya sambil menambah, pelbagai bantuan turut disediakan kerajaan dan AFF juga akan diteruskan pada tahun depan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :