You are currently viewing Kaki Pisang Menghadapi Cabaran Untuk Ditanam Di Dataran Tinggi Malaysia

Kaki Pisang Menghadapi Cabaran Untuk Ditanam Di Dataran Tinggi Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Kaki Pisang (Diospyros kaki L.), atau nama Inggeris Persimmon, adalah satu nama unik untuk sejenis buah-buahan yang tidak ada kaitan dengan buah pisang. Nama ini mungkin berasal daripada genus tanaman ini yang mempunyai perkataan “kaki” yang sebenarnya daripada famili Ebenaceae. Tanaman ini adalah pokok saka yang boleh tumbuh setinggi 25-30 kaki dengan kanopi seluas 25 kaki.

Buahnya kuning keemasan, manis dan banyak ditanam di negara China dan Jepun yang menggunakan varieti Persimmon Asia atau Oriental Persimmon atau Japanese Persimmon. Terdapat varieti lain yang juga terkenal iaitu American Persimmon yang umumnya ditanam di Amerika Syarikat dan Eropah serta varieti yang kurang ditanami iaitu Hybrids Persimmon yang berhasil daripada kacukan Persimmon varieti Asia dan Amerika. Menurut sumber, sejenis Persimmon hitam juga wujud di alam ini yang warna kulitnya hitam serta manis.

Tanaman ini kepunyaan negara-negara beriklim sederhana yang amnya mempunyai 4 musim. Di negara tropika, ia hanya boleh ditanam di dataran tinggi bercuaca antara 19°C 22°C sepanjang tahun. Dalam keadaan ini maka kelihatan ia sesuai ditanam di Cameron Highlands tetapi usaha tersebut kononnya tidak berjaya atas sebab-sebab tertentu.

Walau bagaimanapun, berikutan tanaman ini menunjukkan sifat adaptasi yang semakin besar, maka suatu hari nanti tanaman ini barangkali boleh dikultur juga di situ dengan amalan tertentu mengikut tabiat pokoknya.

Seperti epal dan anggur yang dahulunya tidak sesuai ditanam di dataran tinggi Malaysia, tetapi kini tetapi kini buah-buahan ini kelihatan telah berjaya diusahakan walaupun kualiti buah mungkin belum sampai standard seperti penanaman di negara-negara yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah Kaki Pisang mempunyai tampilan luaran keemasan yang cantik serta sangat sedap untuk dimakan segar. Isinya halus, berjus dan kini mendapat sambutan baik di kalangan pengguna Malaysia. Selain itu kandungan khasiatnya juga tinggi.

Tanaman ini memerlukan pancaran cahaya matahari yang cukup dalam suasana iklim sederhana. Sistem akarnya sangat kuat dan luas menjalar. Cabaran terbesar untuk menanam Kaki Pisang ialah suhu yang munasabah, kelembapan udara serta pancaran cahaya matahari yang mencukupi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Jika ditanam di dataran rendah Malaysia dengan suhu 30°C dan ke atas, pengeluaran hasil buah mungkin akan terencat. Suhu melebihi 20°C akan menyebabkan kulit buah menjadi kasar dan kurang cantik selanjutnya mempengaruhi kualitinya. Keadaan ini disebabkan oleh tabiat semula jadi tanaman ini yang memerlukan iklim sederhana khususnya ia memerlukan 100 400 jam suhu sejuk untuk memupuk pembuahan.

Kaki Pisang varieti Asia merupakan jenis yang paling banyak ditanam di dunia merangkumi negara China dan Jepun. Sejarah penanamannya di negara-negara tersebut sudah merempuhi masa berpanjangan, justeru itu dipercayai tanaman ini sudah pun mengalami proses pembiasaan dan kini ia mungkin dapat bersesuaian dengan iklim dataran tinggi di Malaysia.

Seperti tanaman buah-buahan yang lain, Kaki Pisang jika ditimpa hujan berlebihan maka pucuk air dan pucuk baru akan berkembang cepat dan melambatkan pembungaan. Di musim hujan pula, proses pendebungaan akan dipengaruhi menyebabkan keguguran bunga. Penerimaan pancaran cahaya yang tidak mencukupi pula mengganggu proses asimilasi jirim kering pada pokok yang mudah menyebabkan buah gugur sebelum matang. Memandangkan hal sedemikian, maka boleh dikatakan tanaman ini amat sensitif terhadap aspek cuaca termasuk taburan hujan, suhu sekitaran dan juga pancaran cahaya.

Kaki Pisang sesuai ditanam di tanah berliat atau berpasir kerana kandungan air di dalam kedua-dua jenis tanah ini adalah kurang dan keadaan ini dapat mengawal pertumbuhan vegetatif seperti pucuk baru dan pucuk air yang banyak. Walaupun buah yang dihasilkan dalam keadaan ini kelihatan kecil sedikit tetapi buahnya manis dan beraorma serta mudah disimpan jika berbanding dengan tanah yang mengandungi bahan humid asid yang tinggi yang menyebabkan tanah lembik serta mengandungi air berlebihan selanjutnya menggalak pertumbuhan vegetatif dan menurunkan hasil.

Umumnya pokok Kaki Pisang akan mula berbuah selepas 2-3 tahun ditanam. Pangkasan pokok boleh dijalankan untuk mengawal ketinggiannya. Pangkasan dilakukan dengan mengekalkan 6-8 dahan mendatar yang sihat dan seimbang. la ditanam mengikut jarak tanaman antara 20-35 kaki bergantung kepada varieti yang dipilih.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :