You are currently viewing Bawang Merah Berpotensi Di tanam Di Tanah Rendah

Bawang Merah Berpotensi Di tanam Di Tanah Rendah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Malaysia mengimport 60% daripada jumlah permintaan bawang dalam negara. Walaupun import tersebut datang dari beberapa buah negara namun 70% di antaranya adalah dari India. Dengan kata lain, Malaysia bergantung besar kepada India sebagai pembekal bawang. Pada penghujung tahun 2019, harga bawang dalam negara melonjak dari RM4.90/kg kepada RM24/kg menyebabkan ramai pengguna berasa gelisah khususnya pengusaha restoran yang banyak memakai bawang dalam penyediaan makanan mereka. Hal ini turut membawa kepada satu persoalan iaitu adakah bawang merah boleh ditanam di Malaysia supaya mengurangkan kebergantungan kepada negara luar ?

Menurut sumber, mengimport bawang merah dan bawang besar dari India sebenarnya lebih berbaloi daripada menanamnya secara sendiri atas sebab bawang ditanam di India secara manual di samping di situ juga mempunyai tenaga buruh yang banyak membolehkan penanaman bawang dijalankan dengan kos murah. Jika bawang hendak ditanam di Malaysia, kosnya adalah tinggi serta mengalami kekurangan tenaga buruh.

Dalam pada itu, salah satu faktor penting kenapa penanaman bawang merah yang ditanami di tempatan memerlukan kos lebih tinggi ialah tanaman ini memerlukan iklim sub-tropika serta kelembapan udara yang rendah serta tempoh siang sepanjang 13 – 14 jam sehari. Daripada sini iklim khatulistiwa di Malaysia kelihatan kurang optimum untuk penanaman bawang merah kerana hasil mungkin menjadi lebih rendah.

Namun begitu, ini tidak bermakna tanaman ini tidak dapat diusahakan di Malaysia. Melalui amalan pengurusan yang lebih baik, tanaman bawang merah juga boleh dikultur di tanah air ini. Tambahan ia sejenis tanaman penghalau serangga perosak kerana baunya yang kurang menyenangkan. Oleh yang demikian, bawang merah umum ditanam secara berselang-seli dengan sayuran lain seperti kangkung, kobis, sawi, bayam dan sebagainya.

Bawang merah boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau bebawang. Namun pembiakan secara biji benih agak lambat serta kadar percambahan kurang daripada 40%. Oleh itu, kebanyakan pengusaha tanaman menggunakan bebawang sebagai bahan tanaman untuk memendekkan jangka tumbesaran pokok. Untuk tujuan ini, bebawang bersaiz kecil atau sederhana dipilih kemudian dipotong 1/3 di bahagian atas untuk menggalak percambahan. Bebawang ini juga hendaklah direndam ke dalam larutan Thiram atau Benlate selama 1-2 jam serta ditoskan sebelum ditanam. Ini bertujuan mencegah serangan kulat pada bebawang. Jika ia ditanam daripada biji benih, maka tapak semaian diperlukan untuk mencambahkan biji benih dahulu kemudian baru dipindah tanam ke ladang apabila benih berumur 5-6 minggu. Bebawang yang sudah dipotong dan ditanam biasanya akan mengeluarkan tunas dalam masa 2-3 hari jika pemotongan tersebut dijalankan dengan teliti. Bebawang yang ditanam hendaklah dikambus dalm tanah dengan sedikit bahagian atasnya dibiarkan terdedah.

Dari segi jarak tanaman, bebawang ditanam pada jarak 20 cm (antara baris) x 10 cm (dalam baris) merupakan jarak yang sesuai. Walau bagaimanapun, jarak ini boleh diselaraskan mengikut keadaan ruang tanah, umpamanya penggunaan jarak 13 cm x 13 cm juga biasa diamalkan.


Semasa penyediaan tanah, batas seluas 1.2 meter lebar dan 20 – 30 cm tinggi dibina. Jarak antara batas ialah 50 cm. Setiap batas ditokok dengan 200 g/m2 dolomite, 1 kg/m2 tahi ayam dan 160 g/m2 baja campuran 12/12/17/2 + TE sebelum ditanam.

Dalam tempoh penanaman, pembajaan dijalankan sekali lagi semasa pokok berumur 4 – 5 minggu dengan baja campuran 12/12/17/2 + TE. Baja daun juga boleh diberikan semasa pokok berumur 4 – 6 minggu.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Penyiraman air 2 kali sehari amat penting khususnya semasa pokok masih kecil serta dalam proses pembentukan bebawang dan juga semasa cuaca kering. Penyiraman air dikurangkan apabila bawang merah hampir matang. Penyiraman tersebut dihentikan sama sekali seminggu sebelum menuai.

Bunga bawang merah akan mula terbit selepas 21 hari penanaman. Kuntum bunga ini hendaklah dicantas bagi mengurangkan saingan nutrien dan air dengan bebawang. Jika bunga tidak dicantas, tumbesaran bebawang mungkin akan terjejas.

Penyakit utama bawang merah ialah kulapuk downi dan tompok ungu. Kulapuk downi boleh dikawal dengan racun kulat kuprum 0.2% a.i. manakala tompok ungu dirawat dengan Maneb, Mencozeb atau Zineb. Bebawang juga akan menjadi reput jika diserangi penyakit reput bebawang yang disebabkan oleh serangan kulat fusarium sp. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan menggunakan Benlate atau Mancozeb.


Kutu trip bebawang yang merosakkan daun pokok adalah perosak penting bagi tanaman ini. Bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan racun serangga Malathion dengan kadar 0.75 – 1.5 kg per hektar atau Fenitrothion dengan kadar 0.1 – 0.5 kg per hektar.

Apabila pokok bawang berumur 8 – 9 minggu, ia sedia untuk dituai. Pada ketika ini daun pokok kelihatan kering dan terkulai layu. Tanaman yang sudah dituai hendaklah dibiarkan 10 – 14 hari. Daun keringnya dipotong 2.5 cm daripada bebawang dan kulit luar bebawang itu dibuang. Bebawang tersebut kemudian dibiarkan selama 1 minggu sebelum dijual. Elakkan menuai pada hari yang basah kerana kelembapan yang tinggi memudahkan serangan kulat ke atas bebawang. Bebawang digred mengikut saiznya. Umumnya gred A adalah bebawang yang bergaris pusat 2.5 cm.

Dalam keadaan cuaca yang sesuai, jumlah hasil bebawang untuk sehektar akan mencapai 6 – 8 tan. Anggaran jumlah kos pengeluaran bawang merah ialah RM19,400.00 sehektar. Jumlah kos ini sebahagian besar datang dari bahan tanaman dan baja. Dengan andaian satu hektar mengeluarkan 6 tan, maka pendapatan bersih ialah RM1,600.00 jika bebawang dijual pada harga RM3.50/kg.

 

Bahan rujukan :

1.Lim Lee Lee, Jabatan Pertanian Sarawak. 2.www.azlanrumadi.blogspot.com

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :