You are currently viewing Teknik Penanaman Kelapa Sawit Secara Menyerong Bagi Memperbaiki Keadaan Pokok Tumbuh Menyerong Serta Meningkatkan Pengeluaran Hasilnya Di Tanah Gambut

Teknik Penanaman Kelapa Sawit Secara Menyerong Bagi Memperbaiki Keadaan Pokok Tumbuh Menyerong Serta Meningkatkan Pengeluaran Hasilnya Di Tanah Gambut

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Kelembutan struktur tanah gambut akan menyebabkan penyerongan tanaman kelapa sawit yang ditanami di situ. Pertumbuhan dan pengeluaran hasilnya akan terganggu apabila pokok semakin menyerong dalam peringkat tumbesaran. Selain itu, keadaan penyerongan pokok juga merumitkan kerja ladang seperti pengangkutan dan penuaian hasil. Tahap penyerongan pokok di tanah gambut sebenarnya bergantung pada beberapa faktor utama, iaitu penyediaan tanah, teknik penanaman, kepadatan tanaman, aras aras air bawah tanah, kedalaman lapisan gambut dan kadar reputan biojisim di dalam tanah gambut tersebut.


Kaedah Yang Digunakan Dalam kajian

Bagi memperbaiki keadaan ini, MPOB telah menjalankan kajian bermula dari tahun 1995 di pusat penyelidikannya di kawasan Sessang, Sarawak. Plot kajian tersebut mempunyai lapisan tanah gambut setebal 300 – 350 cm, iaitu merupakan kawasan tanah gambut mendalam. Semaian besar berumur 12 bulan ditanamkan di situ pada kepadatan 160 pokok/ha dan diamalkan dengan pembajaan dan operasi ladang yang standard.

36 bulan selepas penanaman itu, rekod pengeluaran hasil buah tandan segar (bilangan buah tandan dan berat buah tandan) diambil selama 6 tahun. Keadaan penyerongan pokok-pokok di situ juga dicatatkan pada setiap 6 bulan serta digolongkan kepada 3 kategori, iaitu pertama penyerongan kurang daripada 45 darjah yang tidak banyak mengganggu pertumbuhan dan penghasilan buah pada pokok; kedua – penyerongan melebihi 45 darjah atau yang tumbang dan mengganggu pertumbuhan dan pembuahan pokok secara serius serta mengambil masa yang panjang untuk memulih; ketiga pokok yang pulih daripada penyerongan dan tumbuh menegak dengan pemulihan juga pengeluaran hasilnya.


Hasil kajian

Pengaruh Penyerongan Pokok Terhadap Penghasilan Buah Tandan

Kajian oleh MPOB tersebut menunjukkan 95% pokok yang ditanami itu mula memaparkan gejala menyerong antara 3 5 tahun selepas ditanamkan. 65% pokok yang menyerong itu merupakan penyerongan serius manakala 26% hanya serong sedikit. Penyerongan pada tahap awal sebenarnya hanya mendatangkan gangguan yang sedikit sahaja terhadap pengeluaran hasilnya.

Namun begitu, bermula dari tahun 6 – 11 selepas ditanam, 50% pokok-pokok di plot kajian itu sudah memaparkan penyerongan yang serius dengan pengurangan hasil sebanyak 9 26% berbanding pokok yang masih tumbuh menegak. Bagi pokok yang hanya menyerong sedikit, hasilnya hanya berkurangan tidak melebihi 9% berbanding pokok yang masih tumbuh menegak. Pokok yang semakin menyerong hingga ke tahap yang serius telah menyebabkan pengurangan hasil secara mendadak. Namun begitu, keadaan ini semakin bertambah baik apabila pokok tumbuh menegak kemudian.

Keadaan ini menyatakan bahawa penyerongan pokok yang lebih awal akan dapat mengelakkan penyerongan yang lebih serius kelak. Ini kerana pokok masih kecil pada ketika itu dan mudah menumbuh tegak jika dibandingkan dengan pokok besar yang lebih sukar serta mengambil masa yang lebih panjang untuk tumbuh menegak. Justeru itu, teknik penanaman secara menyerong muncul sebagai satu kaedah yang dapat memupuk pokok tumbuh secara menegak dengan lebih cepat serta meminimumkan kerugian hasil dan meringankan kerja ladang
nanti.

  

Pengaruh Teknik Penanaman Terhadap Penyerongan Pokok

Teknik ini merupakan penanaman semaian besar sawit pada lubang menyerong (slanting- hole). Penggunaan teknik ini menghasilkan 80% pokok menyerong dalam tempoh 9 tahun selepas tanam, iaitu lebih banyak daripada kaedah penanaman konvensional yang menggunakan lubang dalam lubang (hole-in- hole). Melalui teknik penanaman menyerong, 60% pokok yang ditanam menunjukkan kadar penyerongan yang sedikit sahaja manakala hanya 1% sahaja yang serius penyerongannya. Yang penting di sini ialah keseragaman penyerongan tanaman tersebut melebihi 80% menyatakan ia adalah teknik penanaman yang dapat mengurangkan pertumbuhan pokok sawit secara lintang-pukang di ladang.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Kesan Teknik Penanaman Menyerong Terhadap Pengeluaran Hasil Pokok

Pengeluaran hasil untuk 2 tahun pertama bagi pokok sawit yang ditanam dengan teknik lubang menyerong walaupun lebih rendah sedikit berbanding kaedah lain, tetapi hasilnya bertambah baik mulai tahun pengeluaran hasil ke-3. Secara keseluruhan, hasil sawit berkumpul untuk 6 tahun pengeluaran hasil pertama menunjukkan tiada perbezaan yang ketara di antara pelbagai kaedah penanaman (penanaman lubang biasa/penanaman lubang dalam lubang/penanaman lubang menyerong) selanjutnya menyatakan bahawa teknik penanaman dengan lubang menyerong sebenarnya tidak mengganggu pengeluaran hasil awalan, sebaliknya dijangka dapat meningkatkan hasilnya pada masa akan datang. Keseragaman penyerongan pokok serta pemulihan pertumbuhan ke arah menegak yang lebih awal akan memudah dan melancarkan pengurusan ladang sepanjang tempoh kematangan tanaman nanti.


4 Langkah Dalam Teknik Penanaman Menyerong

1. Padatkan tanah di barisan di barisan penanaman (planting rows) dan barisan penuaian (harvesting rows).

2. Menyediakan lubang serong untuk penanaman.

3. Menanam semaian besar berumur 12 – 14 tahun.

4.24 36 bulan lepas tanam, lekungan di tepi pokok yang tidak menyerong harus dibesarkan dan diperdalamkan juga untuk membantu penyerongannya.

 

Sumber maklumat dan gambar foto :

Hasnol Othman dan rakan-rakan, Uni-Slant Slanting-Hole Planting Technique For Oil Palm On Deep Peat, MPOB TT No. 345, MPOB Information Series, June 2007.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :