You are currently viewing Pembajaan Tanaman Rosel

Pembajaan Tanaman Rosel


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Baja organik seperti tinja ayam proses sangat diperlukan di tanah BRIS. Sebanyak 10 – 20 tan/ha adalah disyorkan bagi tanah BRIS yang baru dibuka dan 3 – 5 tan/ha untuk tanah mineral.

Baja ini perlu digaul secara manual di dalam lubang penanaman atau digaul dengan alat jentera sedalam 20 cm dan selebar 30 cm di atas batas. Sekiranya menggunakan sungkupan plastik pantul cahaya, baja organik perlu digaul di atas batas, disiram dan dibiarkan selama 3 – 5 hari sebelum batas tersebut ditutup.

Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja sebatian NPK 15:15:15 disyorkan.

Setelah pokok berumur 50 hari, baja sebatian 12:12:17:2 sesuai digunakan. Jika terdapat tanda kekurangan N (terutamanya di tanah BRIS) baja urea boleh digunakan untuk meningkatkan kadar N.

Anggaran keperluan baja sebatian bagi tanah BRIS adalah 1- 1.5 tan/ha dan 0.5 – 0.6 tan/ha bagi tanah mineral. Kadar pembajaan di tanah mineral adalah seperti Jadual 1 dan tanah BRIS di Jadual 2.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Hari lepas TanamJenis BajaKadar baja (g/pokok)
20NPK 15:15:1510
50NPK 12:12:17:220
80NPK 12:12:17:220
110NPK 12:12:17:220

Jadual 1 : Kadar pembajaan di tanah mineral

Hari lepas TanamJenis BajaKadar baja (g/pokok)
7NPK 15:15:155
14NPK 15:15:155
28NPK 15:15:155
35Urea10
42NPK 15:15:1510
56NPK 12:12:17:215
70NPK 12:12:17:215
90NPK 12:12:17:215
104NPK 12:12:17:2 15
118NPK 12:12:17:220
132NPK 12:12:17:220

Jadual 2 : Kadar pembajaan di tanah pasir seperti tanah BRIS dan tanah bekas lombong

 

Sumber maklumat :

Jabatan Pertanian Malaysia


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com