You are currently viewing Harga Getah SMR 20 Melonjak Ekoran Kebimbangan bekalan Berkurangan

Harga Getah SMR 20 Melonjak Ekoran Kebimbangan bekalan Berkurangan

8/4/2024 : Harga Getah Standard Malaysia gred SMR 20 melonjak pada Isnin berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kekurangan bekalan akibat cuaca panas di negara pengeluar getah asli utama, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata pembeli dilihat menyimpan stok SMR 20 selepas Jabatan Perangkaan mengeluarkan kenyataan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia menurun sebanyak 2.0 peratus kepada 29,691 tan pada Februari 2024 daripada 30,287 tan pada bulan sebelumnya.

“Aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang lebih lemah juga memberikan sedikit sokongan kepada harga .

“Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang kukuh menjejaskan harapan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS,” katanya kepada media.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 melonjak 23.5 sen kepada 784.5 sen sekilogram (kg) manakala harga susu getah pukal kekal tidak berubah pada 741 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 782 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 743.5 sen sekilogram.

Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 9 hingga 11 April 2024, sempena sambutan Aidilfitri dan akan dibuka semula pada 12 April 2024.

Hantar blog ini kepada :