You are currently viewing Anak Benih Pisang Berangan Klon FGV Satu Usaha Ke Arah Jaminan Makanan (food Security) Di Malaysia

Anak Benih Pisang Berangan Klon FGV Satu Usaha Ke Arah Jaminan Makanan (food Security) Di Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Teknik penghasilan benih daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien mampu menghasilkan benih yang sama dengan pokok asalnya. Berbanding kaedah konvensional, penyediaan anak benih pisang dilakukan dengan cara mengambil anak sulur pedang pisang daripada pokok induk.

Seringkali orang akan bertanya tentang kelebihan anak benih pisang dari sumber klon, atau tisu didik berbanding dari sulur. Di antara kelebihan dan ciri-ciri pisang klon termasuklah pemilihan pokok induk dari sumber bebas penyakit, sifat pertumbuhan pokok yang lebih seragam, pengeluaran jantung pisang seawal 8 bulan, boleh dituai 11 hingga 12 minggu selepas berjantung dan sumber induk yang terpilih dengan purata berat tandan adalah 25 kg.

Penghasilan pokok pisang menerusi kaedah in-vitro atau tisu didik perlu menerusi beberapa proses penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Teknik penghasilan benih daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien mampu menghasilkan benih yang sama dengan pokok asalnya. Ia termasuk proses pemilihan tanaman mengikut kriteria yang dinyatakan, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam polibeg semaian sebelum ditanam di ladang. ‘Cabbage’ atau sumber tanaman iaitu sulur terpilih ini adalah diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih sihat. Berbanding kaedah konvensional, penyediaan anak benih pisang dilakukan dengan cara mengambil anak sulur pisang daripada pokok induk.

Pokok induk dewasa kebiasaannya boleh menghasilkan beberapa sulur bergantung kepada varieti, lokasi penanaman dan kesuburan pokok. Anak sulur yang dihasilkan ini berbeza dari segi saiz dan ketinggian. Ada juga pokok induk yang mungkin mempunyai sejarah serangan penyakit seperti Moko yang disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacerum menyebabkan kaedah pemilihan sulur secara konvensional ini kurang popular bagi penanaman secara komersial yang mana kuantiti diperlukan pada skala besar.

Anak pisang klon Berangan keluaran FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) telah disahkan tulen melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) oleh Jabatan Pertanian.

Berikut merupakan lokasi tapak semaian pisang klon FGV:

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

(1) Tapak Semaian PPPTR Sg. Tekam, Jerantut, Pahang

(2) Tapak Semaian FGVAS Trolak, Perak

(3) Tapak Semaian FGVAS Bukit Tongkat, Johor

(4) Tapak Semaian FGVAS Sahabat 6, Lahad Datu, Sabah

Varieti anak pisang klon yang dikeluarkan pada masa ini adalah majoriti jenis Berangan, Tanduk dan Nipah. Varieti lain boleh dibekalkan jika ada permintaan seperti Cavendish bergantung kepada kuantiti, tempoh dan terma jualan.

Proses pengklonan dilakukan melalui pusat bioteknologi “FGV Innovation Centre” di Bandar Enstek Nilai. Selain pisang, pusat ini turut mengeluarkan klon sawit premium secara komersial. Manakala nenas dan lain-lain tumbuhan masih di peringkat penyelidikan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :