You are currently viewing Mesin Penabur Baris Padi Menjimat Kos Penanaman

Mesin Penabur Baris Padi Menjimat Kos Penanaman

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Penyelidikan automasi dan mekanisasi dalam menaik taraf kaedah menanam padi telah dimajukan oleh MARDI dengan pengenalan mesin penabur baris padi untuk bendang padi. Inovasi mesin ini adalah satu kemajuan daripada kaedah konvensional menggunakan kuku kambing bagi mengubah anak benih padi dan kaedah tabur serak.

Teknik konvensional dengan mencedung memerlukan tenaga buruh yang banyak dan kos yang tinggi sekitar RM1,000 sehektar dan hanya boleh menanam 1.2 hingga 1.5 hektar sehari dengan seorang pekerja manakala teknik tabur baris pula hanya memakan belanja RM350 hingga RM400 sehektar dan berupaya menabur biji benih padi sehingga 7 hektar sehari.

Amalan yang sering dilakukan oleh petani adalah panaburan padi secara berserak dalam keadaan bendang basah. Kaedah tabur serak ini mengalami masalah untuk mengawal rumput rumpai, penyakit dan perosak serta membawa masalah padi angin dan padi rebah.

Dengan kaedah menabur biji benih secara berbaris boleh mengatasi masalah ini. Mesin yang diimport adalah tidak sesuai digunakan dalam keadaan bendang basah kerana mesin itu berat, rodanya sering terlekat dengan tanah liat dan kadar biji benih yang jatuh tidak seragam.

Kaedah tanam secara terus dalam baris banyak digunakan tetapi tidak menggunakan mesin. Lantaran itu, MARDI telah memperkenalkan 2 model tabur padi secara baris untuk digunakan dalam bendang basah. Mesin menabur baris ini berukuran 5.5m lebar kerja, 22 baris dengan 25cm jarak di antara baris dan berenjin 3.5 kuasa kuda.

Mesin Tabur Baris Jenis Jalan Kaki

Mesin tabur baris jenis jalan kaki boleh dikendalikan oleh 2 orang, kapasiti penaburan biji benih padi ialah 2-3 hektar sehari. Mesin ini amatlah ringan seberat 15 hingga 17 kg. la mudah dipasang dan dirombak, reka bentuknya yang ergonomik memudahkan untuk dibawa ke sawah dengan menggunakan motosikal. Tambahan, mesin ini diperbuat daripada paip plastik ringan yang dilengkapi dengan bingkai aluminium.

Semasa operasi, tiga orang pekerja diperlukan, seorang untuk mengangkut dan mengisi biji benih, dua orang lagi mengandar paip serta menabur benih.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Mesin Tabur Baris Padi Jenis Traktor

Teknik tabur baris menggunakan traktor kecil seberat antara 350 hingga 500 kg yang diubah suai dan ia tidak mudah terbenam di sawah. Kos yang rendah membolehkan pesawah mendapat keuntungan yang lebih besar. Penggunaan mesin tersebut dapat mengurangkan penggunaan biji benih sehingga 40 hingga 50 peratus. Selain itu, kaedah tersebut dapat mengurangkan masalah pokok rebah sehingga 80 peratus berbanding tabur serak.

Model yang menggunakan traktor pacuan empat roda dan dipasang pada implemen traktor ini hanya memerlukan seorang pekerja. Kapasiti menabur biji benih boleh mancapai 5 hingga 7 hektar sehari. Mesin jenis traktor ini dilengkapi bingkai besi serta motor blower jenis galas berkuasa kuda 3.5 dilengkapi tangki untuk benih. Jenis traktor ini mempunyai rangka besi tambahan dilengkapi tiga pelampung besar di bahangian tengah.

Pengiktirafan Antarabangsa

Kedua-dua mesin ini juga menjimatkan penggunaan biji benih dengan kadar 70 kg sehektar. Inovasi mesin ini juga telah menerima pengiktirafan di dalam dan di luar negara dengan memenangi pingat Perak di ITEX 2005, ITEX 2010 dan GENEVA international Expo tahun 2006. Inovasi ini juga telah memenangi pingat emas semasa MSTE 2010 MARDI ITEX 2010 dan juga memenangi produk inovasi Malaysia dan produk inovasi Hijau semasa di ITEX 2010.

Kesimpulan

Mesin tabur baris membawa banyak kebaikan kepada petani kerana ia menjimatkan kos operasi dan pelaburan. Cara penanaman secara baris adalah lebih mudah dikendalikan dalam masa yang lebih singkat dan menjimatkan penggunaan biji benih.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :