You are currently viewing Penyakit Cendawan Angin Berbahaya Kepada Pokok Getah

Penyakit Cendawan Angin Berbahaya Kepada Pokok Getah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Penyakit cendawan angin adalah penyakit batang pokok getah yang digeruni kerana jangkitannya akan merosotkan nilai ekonomi pokok. Penyakit ini pada kebiasaan menjangkiti pokok berumur 3 – 8 tahun dan merebak di musim hujan. Didapati klon RRIM 600, RRIM 701, RRIM 901, RRIM 905, PB 255 dan PB 28/59 lebih rentan terhadap penyakit cendawan angin. Penyebab penyakit ini ialah kulat Corticium salmonicolor yang mana spora-sporanya yang dibawa angin akan menjangkiti pokok sihat dan merebak.

 

Simptom Penyakit

Bahagian dahan berhampiran cabangnya menjadi tumpuan jangkitan dengan pembentukan sesawang labah-labah berwarna putih sutera melekapi bahagian kulit. Bahagian diserang akan melelehkan lateks. Apabila miselium menyerang masuk ke dalam tisu kulit pokok, kulatnya semakin ketara dengan pertukaran warna kepada merah jambu.

Jangkitan akan menerus mengelilingi dahan dan cabang pokok sehingga sepanjang 1m serta boleh merebak ke dahan sebelahan.

Serangan ini akhirnya akan menyebabkan kulit dahan pecah akibat pengeluaran lateks yang banyak. Dahan berkenaan akan menjadi kering dan bekuan lateks mewujudkan jalur-jalur hitam di bahagian jangkitan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

 

Kaedah Rawatan

Penyakit ini boleh dikawal dan dirawat dengan menggunakan racun kulat Campuran Bordeaux yang dibuat dengan 1kg kuprum sulfat dilarutkan dengan 25 liter air dan dicampur dengan 2kg kapur mati dilarut dalam 75 liter air, kemudian disembur pada bahagian jangkitan penyakit. la juga boleh disapu tetapi dengan isipadu air dikurangkan kepada 25%. Kandungan kuprum boleh memberi kesan negatif kepada lateks. Oleh sebab itu, bagi pokok dewasa, Calixin boleh disapukan di dahan sebagai rawatan atau dengan menggunakan 3 liter Daconil F500 dalam 97 liter air untuk tujuan penyemburan.

 

Sumber Maklumat :

Teknologi Perladangan & Pemprosesan Getah, Lembaga Getah Malaysia, 2009.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :