You are currently viewing Kaedah Membaja Untuk Memupuk Pembungaan dan Pembuahan Durian Yang Lebih Awal

Kaedah Membaja Untuk Memupuk Pembungaan dan Pembuahan Durian Yang Lebih Awal

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Di sebuah ladang durian yang merangkumi 1,500 pokok durian baka Chanee di Thailand, pembajaan telah dijalankan dengan berhati-hati dan berjaya memupuk pengeluaran bunga yang lebih awal. Pada 4-5 tahun yang lepas, penanam menggunakan rumusan baja 15/15/15 tetapi pada tahun kebelakangan ini beliau memilih rumusan baja 8/24/24 dengan dos taburan 2.5 kg (pokok 10 tahun) dan 4.5 kg (pokok 20 tahun) dengan kekerapan sekali dalam setahun. Menurut permerhatian penanam, penggunaan kadar nitrogen yang rendah dapat memupuk tumbesaran pokok dengan lebih baik di samping mengurangkan risiko jangkitan penyakit kanker yang disebabkan oleh kulat P. palmivora. Kanker merupakan penyakit yang paling digeruni oleh penanam durian.

Beliau juga menggunakan penyelaras tumbuhan dalam bentuk cecair. Beliau membahagikan ladangnya kepada 2 plot, plot pertama menggunakan penyelaras tumbuhan dengan kadar 20 cc dibancuh ke dalam air 20 liter dan disembur pada pokok setiap kali dengan selangan 15-20 hari. Baja yang ditaburkan ke atas tanah pula mengikut kaedah tersebut di atas. Langkah ini diteruskan sehingga pokok mengeluarkan tunas bunga. Apabila putik buah sudah muncul, tindakan semburan yang sama diteruskan sehingga buah matang. Langkah ini juga membawa kepada pengeluaran bunga dan pembuahan yang lebih awal.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Di plot satu lagi, beliau menggunakan 3 jenis bahan kimia, yang pertama ialah penyelaras tumbuhan cecair 40 cc dibancuh ke dalam air 200 liter, yang kedua ialah penggunaan rumusan baja foliar 10/52/17 pada kadar 400 cc dibancuh ke dalam 200 liter air dan yang ketiga ialah penggunaan potassium nitrate 600 g dibancuh dengan 200 liter air, ketiga-tiga bancuhan ini kemudian disembur pada pokok. Penyemburan kali pertama dijalankan serentak dengan pembajaan atas tanah, semburan kali kedua bermula sehingga tunas bunga keluar. Semburan ketiga bermula apabila putik buah sudah muncul dan semburan tersebut diteruskan sehingga buah matang. Langkah ini juga berupaya merangsang pembungaan dan pembuahan lebih awal.

Namun, semasa pokok durian sedang mengeluarkan pucuk daun baru, semburan hendaklah dihentikan sehingga daun hampir menjadi matang baru boleh meneruskan semburan. Dalam musim kering, permukaan tanah hendaklah disiram dengan air pada setiap 5 hari serta mempertingkatkan kadar kemasukan cahaya matahari ke atas pokok.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :