You are currently viewing Tanaman Tembikai Memberi Hasil Tinggi Melalui Kawalan Perosak, Penyakit Dan Semburan Baja Foliar

Tanaman Tembikai Memberi Hasil Tinggi Melalui Kawalan Perosak, Penyakit Dan Semburan Baja Foliar

Penanaman tembikai perlu mengawal serangan serangga perosak dan juga penyakit kerana ia akan mengakibatkan kemerosotan hasil jika tidak dikawal. Inilah pandangan Encik Tho di daerah Pagoh, Muar yang mengusahakan tanaman ini di sebuah ladang sawit belum matang berkeluasan 40 ekar. Inilah pusingan penanaman tembikai kedua dijalankan secara integrasi dengan sawit. Beliau berpengalaman 9 tahun di bidang penanaman buah-buahan. Hasil pusingan kedua ini adalah antara 350 – 380 tan/ha/musim iaitu satu prestasi yang menggalakkan.

Mengenai perkara ini, beliau berpendapat kutu trips merupakan serangga perosak yang harus ditangani dengan serius kerana akibat buruk terhadap pengeluaran hasil tanaman ini. Beliau menjalankan semburan racun serangga formetanate hydrochloride keluaran Syarikat Gowan, Amerika Syarikat dan diedarkan oleh Brightonmax Sdn Bhd
pada setiap 5-7 hari untuk membunuh kutu trips. Racun ini bertindak secara sentuhan dan mentoksikkan perut perosak ini seterusnya membawa maut. Encik Tho menggunakan racun ini di peringkat anak benih tembikai berumur 30 hari selepas pindah tanam di ladang. Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya beberapa jenis racun serangga dengan kandungan bahan aktif berbeza digunakan secara berselang-selang untuk mencapai kesan optimum serta mengelakkan pembentukan antibodi pada kutu trips.

Dari segi penyakit tanaman tembikai, antraknos dan downy mildew adalah antara dua penyakit yang sering berlaku pada tanaman ini jika pengawasan sepatutnya tidak diberikan. Dalam aspek ini, racun zoxamide + cymoxanil keluaran Syarikat Gowan dan diedarkan oleh Brightonmax Sdn Bhd adalah berkesan untuk mengawalnya. Racun ini dapat mengawal penyakit golongan oomycetes dengan cara menghalang pemecahan sel serta menghalang dalam percambahan tiub spora kulat selanjutnya menghentikan serangan terhadap tanaman.

Kelebihan racun zoxamide + cymoxanil juga termasuk kepantasan memasuki ke dalam tanaman tanaman selepas semburan. Tindakan ini dapat mengelakkan pembaziran dan penurunan kesan semasa berhujan. Selain itu, kandungan racun yang boleh masuk ke pelbagai bahagian tanaman turut memberi pelindungan lebih tinggi lagi terhadap serangan penyakit. Tambahan, ia tidak berbahaya kepada serangga bermanfaat serta tidak toksik terhadap pengguna.

Selain kawalan perosak dan penyakit, tanaman tembikai Encik Tho telah juga diberikan nutrien berasas produk Naturamin-WSP iaitu sejenis bahan perangsang tumbesaran tanaman serta Cytoplant-400 iaitu sejenis ekstrak rumpai laut, sekali gus memberi rintangan lebih tinggi kepada tanaman tembikai terhadap perubahan cuaca dan sekitaran penanaman di samping memupuk tumbesaran dan pengeluaran hasil. Untuk mengelakkan buah tembikai pecah serta meningkatkan kualiti buah, Encik Tho turut menggunakan produk berasaskan kalsium-boron yang sama-sama diedarkan oleh Brightonmax Sdn Bhd.

Sebuah ladang durian berhampiran yang diusahakan oleh Encik Tee turut mendapat manfaat daripada penggunaan produk berasaskan kalsium-boron serta Naturamin-WSP dan Cytoplant-400 kerana pembungaan dan pembuahan pokok durian di situ telah diperkasakan serta selanjutnya mempertingkatkan kualiti buah durian dengan hanya dua pusingan penggunaan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian : 07-595 3580/595 3680.

Sila kongsi kepada kawan :