You are currently viewing Sehati Searah Meningkatkan Prestasi Industri Sawit Malaysia

Sehati Searah Meningkatkan Prestasi Industri Sawit Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Malaysia mempunyai dua jenis bahan tanaman sawit iaitu sawit DxP dan sawit klon. Kebanyakan penanam menanam bahan tanaman DxP kerana ia sudah lama established, lagipun, pengeluaran hasil juga memuaskan setakat ini. DxP berasal dari kacukan di antara pokok induk dura dengan debunga pisifera (justeru DxP). Sawit klon adalah bahan tanaman yang lebih baru. Harga anak benih sawit klon lebih mahal daripada DxP. Justeru itu sawit klon lebih banyak dipakai oleh sektor estet.

Sehingga hari ini, pokok induk sawit masih datang dari baka deli dura manakala debunganya berpunca daripada baka Avros, La Me dan Yangambi. Perbezaan sumber debunga ini membawa kepada perbezaan prestasi hasil. DxP terhasil daripada penggunaan ketiga-tiga debunga ini dapat dikesan perbezaannya dari aspek corak pertumbuhan pokok, ketinggian pokok, ukuran panjang pelepah, hasil buah tandan segar malahan hasilan minyak. Namun, perbezaan ini mungkin sukar dikesan oleh orang biasa.

Nigeria (sebuah negara di Afrika Barat) juga mempunyai debunga sawit. Antara ciri debunga ini ialah potensi mendapatkan pokok sawit katek. Pokok seumpama ini kini mendapat perhatian berat dari pemain industri sawit kerana pokok katek lebih senang untuk penuaian buah selanjutnya menjimat tenaga buruh asing. Banyak kajian sudah dilakukan dari sisi ini termasuk siri kajian dari MPOB. Mereka telah memperoleh germplasma dari Afrika termasuk Nigeria untuk kajian dan penilaian.

Untuk menangani masalah kesempitan genetik bahan tanaman sawit, pakar pembiak baka sawit di Malaysia (dan mungkin juga di negara pengeluar sawit lain) telah menggunakan teknik Modified Recurrent selection dalam saringan mereka bagi meningkatkan prestasi dan kualiti sawit yang dikaji. Teknik ini dipercayai bermula dengan saling kacukan di antara bahan tanaman sawit untuk membesarkan spektrum genetik. Teknik ini juga didapati menjimat masa kajian.

Prinsip utama saringan bahan tanaman sawit adalah berasaskan pengeluaran hasilnya yang tinggi. Oleh itu potensi hasil mana-mana satu bahan tanaman sawit tentu menjadi tumpuan utama pemilihan. Pemilihan ciri sekunder ialah seperti kekatekan pokok, kualiti khusus minyak (seperti kandungan iodin, vitamin E dan sebagainya), buah bertangkai panjang dan lain-lain lagi. Umpamanya bahan tanaman PS1 yang dibangunkan oleh MPOB sudah memiliki ciri pokok katek. Germplasma PS1 diperolehi dari Afrika, dari masa mula mengkajinya sehingga berjaya dikomersialkan, PS1 mengambil masa lebih 20 tahun.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Dalam pada itu, untuk mempercepatkan proses saringan bahan tanaman berpotensi, MPOB biasanya akan mengagih germplasma yang diperolehi itu kepada pemain industri swasta dalam negara agar sama-sama mencungkil potensinya dari pelbagai aspek pada kadar lebih pantas. Sebagai contoh, ada agensi yang mengkaji buah tandan bertangkai panjang dan ada yang mengkaji bahan tanaman yang merintang penyakit Ganoderma. Usaha sehati searah ini telah menghasilkan pelbagai penemuan baru untuk memanfaatkan industri sawit di Malaysia.

 

Bahan rujukan :

Kushairi, A, et al, ‘DEVELOPMENT OF NEW OIL PALM CULTIVARS IN MALAYSIA’, Journal of Oil Palm Research, vol. 32,Sept. 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :