You are currently viewing Ganoderma penyakit yang menggerunkan di ladang sawit

Ganoderma penyakit yang menggerunkan di ladang sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Ada pekebun kecil terasa bingung melihat pokok kelapa sawit di kebunnya tiba-tiba tumbang begitu sahaja. Bukan sebatang dua, malah lebih daripada itu. Tanggapan yang wujud ialah pokok dijangkiti penyakit kerana terdapat jasad berupa cuping bulat berwarna perang tua di pangkal pokok yang telah tumbang serta bahagian reputan yang mendalam di situ. Susah bagi mereka untuk mengetahui selanjutnya apakah asasl-usul penyakit ini dan apakah ubat untuk merawat atau mencegahinya. Perasaan aneh dan bingung terus tersemat di dalam hati.

Kerugian Ekonomi Yang Besar

Kejadian ini sebenarnya disebabkan oleh penyakit Ganoderma atau penyakit reput pangkal batang, iaitu sejenis penyakit berjangkit yang membimbangkan, jika tidak diawasi lagi, ia akan menjangkiti setiap pokok di kebun dan ladang dalam masa beberapa tahun atau lebih dan melumpuhkan pertumbuhan serta penghasilan pokok. Kerugian besar di depan mata pada ketika itu, seperti mana yang telah diketahui, penyakit ini telah menyerang sejumlah 3% pokok kelapa sawit dalam negara dan mendatangkan kerugian ekonomi tahunan sehingga RM1.8 bilion.

Penyakit Ganoderma telah berleluasa di ladang kelapa sawit sejak kejadian pertama yang dilaporkan pada tahun 1931 terhadap pokok tua berusia lebih 25 tahun. Pada tahun 1990, ia telah menunjukkan kemampuannya menjangkiti pokok kelapa sawit berusia 1 – 2 tahun lepas tanam di ladang. Namun begitu, ia lebih kerap menyerang pokok berusia 4 – 5 tahun dan ke atas di ladang terutama di kawasan tanam semula atau penanaman bawahan dengan pokok kelapa.

Kulat Ganoderma boninense (G. boninense) adalah kulat patogenik yang paling lazim menjangkiti pokok kelapa sawit, dibandingkan dengan kulat patogenik Ganoderma yang lain seperti Gonoderma zonatum dan Ganoderma miniatocinctum. Kulat G. boninense adalah tersembunyi dalam tanah dan akan menjangkiti pokok kelapa sawit melalui akar pokok kemudian merebak ke dalam tisu pangkal pokok.

Di situ, kulat akan terus menjalankan kerosakan sehingga tisu-tisu mereput. Tisu-tisu di pangkal pokok yang telah reput akan menyebabkan pokok mudah tumbang setelah ditiup oleh angin kencang. Pelepah pokok akan melendut ke bawah kerana reputan di pangkal batang telah menyekat penyaluran air dan nutrien ke situ. Lambat-laun pokok akan terencat dari segi pertumbuhan dan pembuahan malah tumbang dan mati jika langkah penyelamatan tidak diambil. Amnya, pokok sakit yang tidak dirawat akan mati.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Aliran Informasi Perlu Ditingkatkan

Beberapa aspek telah wujud sebagai penghalang dalam menangani penyakit ini, antaranya adalah seperti berikut :

• Kulat G. boninense tersembunyi di dalam tanah. Pembasmian sepenuhnya amat sukar melainkan adanya bahan kawalan yang mampu menembusi koloninya serta mengawal pembiakan dan menghapuskannya.

• Tiada petanda jangkitan awal yang dapat dilihat dari luaran. Gejala jangkitan yang menunjukkan kelenduran pelepah malah kewujudan jasad basidiomata di pangkal batang, pangkal pelepah atau akar sebenarnya menandakan jangkitan tersebut telah berada di tahap yang parah.

• Kos rawatan yang tinggi bagi sesetengah kaedah yang menggunakan bahan racun kimia dengan cara menyuntik ke dalam pokok.

• Kekurangan pengetahuan terhadap penyakit ini serta kekurangan penyampaian informasi kepada pengusaha tanaman terutamanya mengenai asal-usul, kaedah mencegah dan merawat serta penemuan baru dalam menangani penyakit tersebut.

Walaupun begitu, usaha yang dijalankan oleh para penyelidik MPOB (dan pihak swasta) sepanjang masa ini telah mendatangkan hasil. Beberapa kaedah pengesanan saintifik baru terhadap jangkitan awal penyakit Ganoderma telah dikemukakan. Begitu juga dengan kaedah mencegah dan mengawal penyakit ini dengan menggunakan fungi dan mikrob bermanfaat yang dirumuskan ke dalam bahan baja juga telah dipasarkan. Inilah perkembangan terbaru yang akan memberi impak dan nafas baru dalam menangani masalah ini. Masalah penyakit Ganoderma lantaran itu kelihatan semakin mendekati tebing penyelesaian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :