Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Penyakit pada pokok durian digolongkan kepada biosis dan abiosis. Biosis disebabkan oleh patogen hidup manakala abiosis adalah disebabkan oleh agen tidak hidup. Kejangkitan oleh agen hidup ini merangkumi penyakit yang berjangkit yang disebabkan oleh bakteria, virus, kulat dan sebagainya, manakala abiosis adalah penyakit tidak berjangkit seperti ketoksikan baja, ketidakseimbangan baja, kekurangan baja, kekurangan atau kelebihan air, kelebihan atau kekurangan pancaran cahaya, kemasaman tanah dan pencemaran. Dengan kata lain abiosis berpunca daripada penyebab bukan patogen serta daripada faktor sekitaran penanaman.
Penyakit durian secara khusus atau tanaman lain secara umum akan berlaku sekiranya terdapat kewujudan 3 faktor utama ini yakni: 1, perumah yang rentan; 2, patogen berjangkit serta 3, persekitaran yang kondusif dan menggalakkan untuk kejangkitan. Sebagai contoh, jika satu-satu pokok durian dijangkiti penyakit, maka boleh dirumuskan bahawa ketiga-ketiga faktor di atas telah wujud iaitu 1: pokok durian telah wujud sebagai perumah yang rentan terhadap patogen; 2: wujudnya patogen yang berjangkit; 3: wujudnya suasana penanaman yang menggalakkan kewujudan penyakit ini.
Prinsip kawalan penyakit durian dibahagikan kepada 6 kaedah seperti berikut :
1. Penyisihan
2. penghapusan
Kedua-dua kaedah di atas bertujuan mengawal patogen memasuki kawasan yang belum dijangkiti serta menghapuskan patogen yang berada di kawasan penanaman. Kaedah-kaedah ini merangkumi penggunaan bahan tanaman yang bebas penyakit, kuarantin tanaman serta pemusnahan segala tanaman yang berpenyakit.
3. Terapi
4. Kerintangan
5. Perlindungan

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Ketiga-tiga kaedah ini bertujuan mengawal perumah. Ia dapat dijalankan dengan penggunaan racun kimia, meningkatkan rintangan tanaman terhadap penyakit.
6. Pengelakan
Kaedah ini bertujuan mengawal sekitaran. Dengan kaedah ini, suasana penanaman akan diubah supaya tidak sesuai lagi untuk jangkitan penyakit termasuk rawatan ke atas tanah, amalan kultur seperti mengubah kepadatan tanaman, cara memungut hasil, pembajaan, pengapuran serta pengairan.
Kesemua kaedah di atas ini merangkumi kesemua cara penyelesaian jangkitan penyakit melalui penerapan racun kimia, racun biopestisid, penggunaan bahan tanaman yang rintang penyakit, kawalan biologi, kawalan kultur, kawalan tanah dan kuarantin.
Sumber maklumat :
Lim Tong Kwee dan Kamaruzaman Sijam, Penyakit Tanaman Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua), hal. 15-18.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com