You are currently viewing Lokasi Tumpuan Akar Pokok Durian Tempat Terbaik Untuk Pembajaan

Lokasi Tumpuan Akar Pokok Durian Tempat Terbaik Untuk Pembajaan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Othman (1980) pernah membuat kajian mengenai sistem akar pokok durian dan mendapati pakok durian berasal daripada biji benih mempunyai sistem akar yang lebih mendalam berbanding pokok durian cantuman. Selain itu, Masri (1989) juga pernah menjalankan kajian terhadap tanaman durian D24 di 4 daerah di Malaysia dengan tumpuan kajian menjurus ke arah corak pengembangan akar. Hasil kajiannya ialah 31-42% akar berada dalam kedalaman 6 inci dari permukaan tanah atau 72 – 87% berada dalam kedalaman 0 – 18 inci dari permukaan tanah. Akar yang berada dalam kedalaman tanah melebihi 30 inci hanyalah kurang daripada 5%.

Corak pengembangan akar pokok durian juga menunjukkan sebanyak 34 – 49% akar bertumpu dalam kawasan 1⁄4 bermula dari pangkal batang pokok ke arah bawah hujung kanopi pokok. Dengan kata lain, akar lebih banyak tertumpu berdekatan dengan pangkal pokok dan akar semakin berkurangan apabila jaraknya semakin berjauhan dari pangkal pokok.

Apabila pokok semakin besar, saiz kanopi pokok juga semakin mengembang menjadikan jejari semakin panjang. 1⁄4 jejari dari pangkal pokok tetap mempunyai 34 – 49% akar pokok. Secara keseluruhan, boleh dikatakan sejumlah 85% akar pokok terletak dalam kawasan 3 jejari pokok dikira dari pangkal pokok.

Oleh yang demikian, lokasi penumpuan akar boleh dijadikan tempat menabur baja yang baik kerana di situlah akar bertumpu dan dapat memberi kesan lebih signifikan terhadap baja yang ditaburi. Pengetahuan ini juga berbantu bagi pemasangan sistem pangairan renjisan iaitu ia harus dipasang berdekatan dengan pangkal batang pokok dan bulatan semburan air hendaklah merangkumi semua kawasan yang mempunyai tumpuan akar.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Sebagai maklumat am, corak pengembangan akar pokok durian juga berkaitan dengan baka, jenis tanah dan juga kepadatan tanaman.

Sumber :

M. Masri, “Root Distribution of Durian (Durio zibethinus Murr.) cv. D24”, MARDI Res. J. 19(2) 1991:183-189, pp. 183-189.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com