Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kebelakangan ini, saintis dari Belgium melaporkan kejayaan mereka membiak baka kelapa secara kultur tisu. Berita ini amat memberangsangkan orang ramai. Pembiakan kelapa melalui kaedah kultur tisu jarang memperolehi kejayaan dalam masa berpuluh-puluh tahun kajian dijalankan. Walaupun kelapa sama famili dengan sawit, tetapi nasibnya tidak sebaik sawit yang telah berjaya dikultur tisu pada awal tahun 80-an. Komposisi gen yang berlainan dalam kelapa menyebabkan ia sukar untuk dibiak baka dengan cara ini melainkan pembiakan menggunakan biji benih atau buah kelapa. Apa kekurangannya dengan pembiakan konvensional ini?
Jawapannya ialah pembiakan menggunakan biji benih atau buah kelapa sukar memperolehi hasil setimpal dengan pokok induk melainkan keadaan terkawal disediakan khanya semasa pendebungaan untuk menjamin ketulenan. Keduanya ialah pengeluaran bahan tanaman kelapa dalam bentuk biji benih tidak sanggup menampung permintaan besar terhadap bahan tanaman terkini. Melalui teknik kultur tisu, pengeluaran anak benih berkualiti boleh direalisasikan dalam masa yang singkat justeru berpotensi menyelesaikan masalah kekurangan bahan tanaman kelapa yang kini menjadi persoalan utama dalam industri kelapa di seluruh dunia.
Menurut kata pasukan saintis itu, benih kelapa tidak mampu mengeluarkan cabang, sebaliknya batang pokok hanya ghairah tumbuh meninggi. Inilah sebab utamanya. Jika halangan ini dapat diatasi maka sebenarnya akan menyelesaikan masalah ini.
Bukan senang untuk menyelesaikan masalah ini. Namun dengan kegigihan, saintis mengeluarkan embryo kelapa lalu mengulturnya sehingga umur 4 bulan kemudian merawat meristem benih itu dengan enzim tertentu bagi menggalak percambahan cabang. Cabang tersebut kemudian dipisahkan daripada pokok induk lalu diulang dengan proses yang sama untuk memperbanyakkan pengeluaran benih. Penemuan baru ini telah dilaporkan dalam rencana saintifik pada bulan September.
Teknologi pembiakan ini dijangka akan memanfaatkan keseluruhan industri khususnya pengeluaran bahan tanaman baka katek kelapa terkini yang juga berhasil tinggi. Pokok katek memudahkan penuaian hasil selepas matang selain juga berhasil tinggi. Keadaan ini menepati suasana ekonomi berkesan pada masa kini. Teknik kultur tisu akan menghasilkan pokok berkualiti serupa pokok induk dan justeru itu menjamin pengeluaran hasil lumayan nanti. Tambahan, teknik ini juga boleh menerapkan ciri-ciri ketahanan pokok terhadap penyakit atau lebih rintang terhadap cuaca kering lalu menghasilkan bahan tanaman yang bebas penyakit serta tahan terhadap iklim ekstrim.
Teknologi ini kini sedang dipatenkan. Memandangkan kebanyakan pengusaha tanaman kelapa di seluruh dunia terdiri daripada pekebun kecil, maka dalam paten tersebut juga dinyatakan syarat penggunaan teknologi ini, di antaranya ialah bahan tanaman yang bakal dihasilkan itu hendaklah dijual kepada pekebun dengan harga berpatutan untuk menjaga kepentingan mereka.
Sumber maklumat :
Belgium scientists claim breakthrough in cloning coconut trees, DH DECCAN HERALD, 2021.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com