You are currently viewing Pembajaan Konvensional Sebagai Kaedah Kawalan Penyakit Ganoderma Sawit

Pembajaan Konvensional Sebagai Kaedah Kawalan Penyakit Ganoderma Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Kulat Ganoderma (G. boninense) sawit merebak dalam tanah melalui sentuhan akar pokok. Tahap jangkitan semakin serius terutama penanaman semula daripada tanah berasal dari tanaman kelapa atau kelapa sawit yang membangkitkan penyakit ini seawal 12 – 24 bulan biarpun jangkitan amnya wujud pada pokok berumur 4 – 5 tahun. Jangkitan akan menerus dan sehingga pokok berumur 15 tahun, kadar jangkitan akan meningkat ke aras 40 – 50%. Pada tanah berasal dari tanaman getah atau hutan, jangkitan biasanya bermula lebih lambat iaitu sekitar 10 – 12 tahun dan mencapai 50% menjelang masa 25 tahun.

Sehingga kini, kadar kejayaan dalam mengawal penyakit ini masih satu tanda soal. Antara sebab ialah ramai penanam kurang memahami interaksi kulat ini di alam sekitar. Beberapa faktor tersirat juga menyebakan kejadian ini terus berlarutan. Banyak kaedah rawatan secara luaran telah dikomersialkan termasuk aplikasi racun, kulat bermanfaat dan baja bio organik. Selagi penanam sawit tetap menggunakan mana-mana satu kaedah ini, kadar penyakit ini dipercayai dapat dikurangkan. Satu kaedah kawalan penyakit ini yang sering diabaikan ialah pembajaan konvensional. Memandangkan pokok sawit perlu dibaja bagi memperolehi tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil menggalakkan, maka pengetahuan mengenai aspek ini diyakini akan memanfaatkan penanam yang berdepan dengan masalah penyakit Ganoderma.

Pembajaan konvensional selain dapat memupuk tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit, ia juga membawa fungsi kawalan penyakit khasnya penyakit Ganoderma. Hal ini dapat direalisasikan melalui memastikan kesediaan nutrien dalam tanah sama ada dengan menokok tambah nutrien ataupun pelarasan nilai pH tanah, pH tanah, peningkatan kelembapan tanah, penokokan kulat bermanfaat terhadap akar serta peningkatan pengambilan nutrien oleh bahan tanaman terkini. Banyak bahan tanaman terkini telah dibiak baka dengan daya rintangan yang lebih tinggi dalam kawalan penyakit melalui penyelidikan biak baka yang beterusan.

Tanah secara sendirinya adalah satu habitat yang komplikated. Rawatan dengan bahan organik, pembajakan malahan pengairan biasanya mampu mempengaruhi kejadian penyakit melalui interaksinya dengan nutrien. Penokokan baja kimia juga membawa fungsi seumpama yang memperlihatkan kejadian penyakit semakin menurun jika aplikasi dijalankan dengan sempurna. Institut Penyelidikan Sawit Malaysia (PORIM) yang kini MPOB pernah meneliti aspek ini dengan mengambil kesempatan beberapa eksperimen pembajaan di kawasan serangan penyakit Ganoderma terutama fungsi baja NPK untuk menilai keberkesanan mereka dalam mengawal penyakit ini. Kesemua Eksperimen ini melibatkan 3 jenis tanah yang berbeza. Hanya pokok yang telah membentuk jasad Ganoderma (basidiomata) di bahagian pangkal diambil kira dalam penilaian manakala gejala pelepah melendut ke bawah tidak diambil kira kerana simptom ini biasanya tidak wujud pada pokok sawit sakit yang ditanami di tanah gambut.

Hasil Eksperimen

Eksperimen pertama dijalankan di Stesen Penyelidikan PORIM, Teluk Intan, Perak. Tanah di situ ialah tanah gambut mendalam (ketebalan gambut melebihi 3 meter). Pokok DxP ditanami pada tahun 1985. Bancian kejadian Ganoderma bermula 10 tahun kemudian. Tiada rawatan baja nitroegn diberikan dalam eksperimen ini.

Didapati baja fosforus (P) meningkatkan kejadian Ganoderma secara ketara. Aplikasi baja kalium (K) pula memberi kesan sebaliknya. Apabila aplikasi kalium ditingkatkan kepada 6kg KCI atau 9.6kg abu buah tandan kosong sawit/pokok/tahun, kejadian Ganoderma menurun dengan ketara. Baja MOP juga didapati sama-sama berkesan seperti abu buah tandan kosong sawit. Tanah gambut tidak kira telah dimampatkan atau tidak, sebenarnya tidak menunjukkan perbezaan ketara dari segi penurunan kadar kejadian Ganoderma. Oleh kerana fosforus berpotensi meningkatkan kejadian Ganoderma, maka di plot yang tidak dibaja dengan nutrien ini, kadar kejadian Ganoderma hanya 3.45% sahaja. Sebaliknya tanah jika tidak dibaja dengan kalium, kadar kejadian penyakit adalah setinggi 26.05%, menyatakan ketiadaan kalium akan meningkatkan kadar kejadian penyakit Ganoderma.

Eksperimen kedua ke atas tanaman sawit berumur 18 tahun yang juga ditanam di tanah gambut mendalam yang terletak di kawasan Selangor menujukkan pula aplikasi nitrogen (N) sebanyak 2kg/pokok/tahun meningkatkan kejadian jangkitan Ganoderma dengan ketara. Aplikasi fosforus juga meningkatkan kejadian. Apabila kalium ditaburkan, kadar kejadian dapat diturunkan. Tanah gambut walaupun ditokok tambah dengan batu kapur, tiada kesan penurunan kejadian penyakit dilaporkan.

Eksperimen ketiga dijalankan di Estet Sg. Bernam, Teluk Intan, Perak atas tanah siri Bernam dengan aplikasi N, P dan K. Aplikasi N dan P menunjukkan gejala peningkatan kejadian penyakit Ganoderma. Apabila dos K ditaburi dengan banyak, kejadian tersebut berjaya diturunkan.

Eksperimen keempat dari Estet Paya Lang, Segamat, Johor ke atas tanah siri Melaka yang ditanami DxP Guthrie, pokok berumur 20 tahun itu dibanci dan jangkitan Ganoderma telah dikenal pasti. Keputusan yang diperolehi adalah berlainan daripada keputusan sebelumnya, iaitu aplikasi N meningkatkan kejadian tetapi aplikasi P pula menurunkan kejadian secara signifikan. Sehubungan itu, aplikasi K tidak menunjukkan kesan ketara dalam penurunan kejadian. Walau bagaimanapun, aplikasi P dalam menurunkan kejadian hanya wujud apabila N sama-sama hadir. Kesan penurunan tersebut adalah tidak jelas apabila N hadir bersama-sama K. Dari sini, boleh disimpulkan bahawa kesan kawalan penyakit Ganoderma melalui aplikasi baja adalah bergantung kepada jenis tanah. Siri tanah yang berbeza mempunyai sifat kimia, fizik dan biologi yang berlainan justeru menghasilkan interaksi berbeza-beza terhadap keberkesanan baja dalam kawalan penyakit Ganoderma.

Perbincangan

Hasil eksperimen di atas secara jelas menunjukkan bahawa aplikasi N pada tanah gambut hendaklah berhati-hati kerana tanah ini amnya mempunyai kecukupan unsur N dalam bahan organiknya. Penaburan N yang sepatutnya tidak diperlukan atau penaburan berlebihan akan menyebabkan rembesan N yang lebih banyak melalui mineralisasi justeru akan mengakibatkan tanaman sawit menjadi rentan terhadap penyakit Ganoderma. Tambahan, aplikasi dos N yang tinggi juga mirip mengakibatkan tanaman mengalami kekurangan nutrien surih dan selanjutnya melemah serta akhirnya dijangkiti penyakit ini.

Aplikasi CIRP (sumber P) dengan dos yang banyak dalam keempat-empat eksperimen ini meningkatkan kadar kejadian Ganoderma melainkan di tanah siri Melaka yang merupakan tanah pedalaman laterik yang menunjukkan kesan sebaliknya. Namun di tanah ini, pengurangan kejadian hanya berlaku di plot yang sama-sama ditaburi baja K. Tanpa sebarang aplikasi baja K, maka aplikasi P sebenarnya meningkatkan kejadian Ganoderma seperti mana dapat dilihat dalam ketiga-tiga eksperimen tersebut. Pada hakikat, aplikasi P kebiasaannya akan mengurangkan kejadian penyakit melalui pemupukan sistem akar serta meningkatkan daya rintangan pokok terhadap penyakit ini khasnya, melalui pengurangan rembesan asid amino dan karbohidrat oleh akar. Keputusan yang diperolehi dalam eksperimen ini agak aneh dan aneh dan sukar diterangkan. Dalam keadaan kekurangan N, aplikasi P akan meningkatkan keparahan kejadian penyakit Ganoderma. Keadaan ini mungkin boleh diterangkan dengan mengatakan sisa P dalam tanah telah diuraikan oleh mikrob tanah dan menyumbang kepada kadar kejadian penyakit Ganoderma yang lebih tinggi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sehubungan itu, apabila dos K ditingkatkan, kejadian Ganoderma di tanah gambut (berdasarkan eksperimen di tanah gambut di Teluk Intan dan tanah siri Bernam) dikurangkan secara ketara. Pada tanah laterik, dos aplikasi K yang meningkat menyebabkan kajadian penyakit ini turut meningkat, tetapi keadaan ini hanya berlaku di plot yang N dan P mengalami kekurangan. Namun, peningkatan kejadian di plot ini adalah kurang ketara. Jika dos aplikasi N dan P sama-sama ditingkatkan, maka aplikasi K sebenarnya menurunkan kadar kejadian penyakit. Perkara ini penting semasa merumuskan formulasi N, P dan K terhadap jenis tanah ini.

Kepentingan K dalam kawalan penyakit Ganoderma boleh difahami melalui pemahaman bahawa K bukanlah komponen struktural dalam tanaman, sebaliknya ia berfungsi sebagai pengangkut caj yang membabitkan pengaktifan enzim, aktiviti dalam pengangkutan dinding sel, sintesis protein dan pengembangan sel. Oleh yang demikian, sebarang pengurangan K akan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku dalam tanaman termasuk melemahkan mekanismenya terhadap serangan patogen atau kulat Ganoderma.

Klorida yang terkandung di dalam MOP atau KCI (sumber K) didapati berupaya menentang serangan penyakit Ganoderma. Bagaimanapun, klorida ini hendaklah diaplikasi sebagai bentuk garam NH4 dan bukannya NH3.

Dalam eksperimen ke atas tanah gambut, penggunaan abu buah tandan kosong sawit bertujuan meningkatkan nilai pH. Nilai pH di tanah gambut itu telah ditingkatkan dari 3.82 ke 4.71 serta ia juga mengandungi K20 (sumber K) sebanyak 32% – 34%. pH tanah setelah ditingkatkan, ia berupaya memperbaiki kadar pelarutan beberapa ion termasuk P,Ca, Fe, Al dan kapasiti pertukaran kation (CEC) dan selanjutnya meningkatkan daya rintangan pokok terhadap Ganoderma.

Tanah gambut setelah dimampatkan, ia cenderung meningkatkan kadar kejadian Ganoderma berbanding tanah yang tidak dimampatkan. Ini kerana pemampatan tanah meningkatkan isipadu tanah dan selanjutnya membanyakkan kuantiti akar per unit tanah dan mewujudkan kadar sentuhan antara akar yang lebih tinggi justeru meningkatkan risiko kejadian Ganoderma

Kesimpulan

Tanah laterik siri Melaka yang ditanami pokok sawit berumur 14 – 16 tahun memperolehi hasil buah tandan segar sawit yang paling optimum iaitu 30.5 tan/ha/tahun dengan aplikasi 4.8kg ammonium sulphate + 1.5kg CIRP + 6.0kg MOP/pokok/tahun. Namun, dos aplikasi ini membangkitkan kadar kejadian Ganoderma tertinggi (46.6%). Sehingga umur pokok mencapai 20 tahun, hasil purata plot ini masih mantap pada 24.80 tan/ha/tahun. Hasil ini didapati masih lebih tinggi daripada plot yang rendah kadar kejadian Ganoderma (10%) serta kebetulan tiada aplikasi baja N dan K di plot ini yang memperlihatkan hasil hanya di aras 13.16 tan/ha/tahun. Perkara ini adalah biasa kerana pokok sawit yang sudah menunjukkan simptom serangan Ganoderma masih mampu mengekalkan prestasi hasil yang tinggi. Penjelasan untuk gejala ini ialah sistem rintangan terhadap penyakit ini sudah terbentuk dalam proses masa dan mengupayakan pokok menentang serangan Ganoderma dengan lebih baik.

Dalam eksperimen ke atas tanah siri Sg Bernam (recent marine alluvial soils), pembajaan optimum ialah 3.52kg ammonium nitrate + 1kg CIRP/pokok/tahun kerana ia membawa kepada pencapaian hasil optimum 19.40 tan/ha/tahun untuk pokok sawit berumur 13 – 15 tahun. Plot ini juga menghadapi kadar kejadian Ganoderma tertinggi (28.53%). Apabila pokok mencapai umur 16 tahun, hasil puratanya ialah 15.52 tan/ha/tahun. Penelitian selanjutnya mengenai kadar kejadian ini yang sekiranya hendak diturunkan, maka dos K hendaklah diberi dan ditingkatkan sementara dos N dan K diturunkan bagi mencapai kadar kejadian Ganoderma yang lebih rendah serta pengeluaran hasil yang lebih tinggi. Ini kerana siri tanah Bernam ini kurang baik dari segi daya saliran air yang juga mempengaruhi pengambilan nutrien oleh akar pokok.

Pembajaan optimum untuk sawit yang ditanami di tanah gambut seperti telah dikenal pasti oleh PORIM ialah dos aplikasi N dan P yang rendah serta dos aplikasi K yang tinggi. Dos aplikasi yang dicadangkan ialah N tidak melebihi 1kg/pokok/tahun, P tidak melebihi 1.25kg CIRP/pokok/tahun dan K 5 – 6kg MOP/pokok/tahun atau 6kg abu buah tandan kosong sawit/pokok/tahun atau kombinasi kedua-duanya mengikut pecahan yang rata.

Sehubungan itu, Cu dan Zn adalah diberikan semasa pokok di peringkat belum matang masing-masing dengan kadar 15g ke dalam lubang tanaman serta menabur 100 – 200g bagi setiap jenis baja itu di sekeliling pokok ketika pokok di peringkat umur 1 tahun dan 2 tahun. Boron hanya diberikan jika perlu sama ada bergantung pada analisis daun atau pemerhatian simptom yang berlaku pada pokok.

Keseluruhan, inilah rekomendasi pembajaan bagi kawasan tanaman sawit yang diserangi penyakit Ganoderma. Kalium (K) wujud sebagai komponen penting dalam kawalan penyakit ini. Diyakini dengan adanya amalan pembajaan yang disarankan ini, kadar kejadian Ganoderma dapat dikurangkan dengan baik.

 

Sumber maklumat :

Mohd Tayeb Dolmat dan Hamdan Abu Bakar, “Relation of Fertilizer Nutrients to Ganoderma”, Proceedings 1999 PIPOC, PORIM.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :