Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Pada tahun 2017 lalu, PT SMART tbk Indonesia (SMART), sebuah anak syarikat Golden-Agri Resources Ltd, telah mengistiharkan kejayaan menghasilkan bahan tanaman sawit baru yang berhasil tinggi. Kementerian Pertanian Negara itu turut memberi kelulusan untuk menanam bahan tanaman Eka 1 dan Eka 2 secara komersial pada 21 April 2017.
Eka 1 berupaya mengeluarkan hasil minyak mentah sawit (CPO) sehingga 10.8 tan/ha/tahun dengan kadar perahan minyak (OER) 32% manakala Eka 2 mampu mengeluaran hasil minyak 13 tan/ha/tahun dengan kadar perahan minyak 36% masing-masing di peringkat masa matang utama (prime period) iaitu 10- 18 tahun selepas ditanam dalam suasana penanaman yang optimum di ladang. Kadar perahan minyak purata Indonesia setakat ini kurang daripada 4 tan/ha/tahun. Jika dibandingkan dengan bahan tanaman sebelumnya, hasil minyak Eka 1 dan Eka 2 telah meningkat hampir 3 kali ganda ! Ditambah lagi bahan tanaman Eka 1 dan 2 yang boleh dikutip hasil seawal 24 bulan selepas ditanam berbanding bahan tanaman sebelumnya yang hanya mula mengeluarkan hasil selepas 30 bulan ditanam.
Menurut sumber, PT SMART tbk menemui bahan tanaman Eka 1 dan 2 melalui penerokaan dan penilaian sebanyak 4,000 pokok sawit daripada pelbagai kaltivar bermula tahun 2007. Bahan tanaman ini diperolehi daripada kaedah konvensional kemudian dibiak secara kultur tisu.
PT SMART telah menanam 4,000 hektar Eka 1 dan Eka 2 di Sumatera dan kalimantan Barat pada beberapa tahun lalu. Hasilnya akan dapat dinilai beberapa tahun lagi apabila mencapai kematangan utama pokok.
Berikutan penanaman bahan tanaman baru ini serta pembiakan anak benih kultur tisu secara besar-besaran untuk disalurkan ke industri sawit, dijangka prestasi hasil sawit di negara itu akan memacu ke tahap baru pada tahun-tahun akan datang. Bahan tanaman baru dianggap sebagai sumber paling utama untuk meningkatkan hasil sawit tanpa memperluaskan kawasan tanaman selaras dengan sentimen pihak yang berkehendakkan pemeliharaan hutan supaya hutan sedia ada tidak mengalami penebangan berlebihan untuk penanaman sawit.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com