You are currently viewing Kumbang Kaboi dan Kumbang Hijau Merosakkan Daun dan Merencatkan Tumbesaran Anak Pokok Durian

Kumbang Kaboi dan Kumbang Hijau Merosakkan Daun dan Merencatkan Tumbesaran Anak Pokok Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Anak pokok durian mudah diserangi serangga perosak khususnya di bahagian daun. Sejenis kumbang yang umum dikenali sebagai Kaboi (Cochchafers beetle/ Rose beetle) amat menggemari daun muda anak pokok durian. Kumbang Kaboi aktif di waktu malam dan mempunyai populasi yang besar, oleh itu risiko serangannya tidak harus diabaikan. Daun yang diserang menunjukkan lubang yang banyak dan keadaan ini akan merencatkan tumbesaran pokok.

Hanya kumbang Kaboi dewasa yang akan menyerang daun pokok tetapi bukan peringkat ulatnya kerana tidak ketemu ulat di situ. Di waktu siang hari, kumbang Kaboi akan bersembunyi dalam daun kering di permukaan tanah kemudian aktif pada waktu malam.

Kaedah kawalan termasuklah semburan racun serangga di bahagian pucuk daun. Racun yang mengandungi bahan aktif alpha-cypermethrin (contoh Pestac, 17-22 ml/10 liter air, chlorpyrifos (contoh Donshot 155, 37-70 ml/18 liter air) serta chlorpyrifos + cypermethrin (contoh Nurelle-D505 EC, 5-12 ml/10 liter air) memberi kesan kawalan positif. Kumbang Kaboi ada dua jenis, satu jenis berkulit coklat gelap dan satu jenis lagi berkulit hitam dan berkilau.

Terdapat sejenis kumbang lain yang juga menyerang daun anak pokok durian. Kumbang ini dikenali Gold Dust Beetle atau Green Beetle iaitu kumbang berwarna hijau. Tabiat kumbang ini memakan daun agak berbeza daripada kumbang Kaboi. la makan daun bermula dari pinggirnya menyebabkan daun bergerigi manakala kumbang Kaboi tidak makan dari pinggir daun. Kumbang hijau ini walaupun kebiasaan menyerang daun muda, tetapi jika sumber makanan tidak mencukupi, ia juga akan menyerang daun lama.

Kumbang hijau boleh dikawal dengan racun serangga seperti trichlorfon (contoh Dipterex 95 SP, 10g/10 liter air) dan profenofos (contoh Seleecronm 17ml/10 liter air) disembur secara bergilir dengan selangan 7 hari. Masa semburan yang paling baik ialah di waktu pagi ketika kumbang ini sedang aktif.

 

Sumber maklumat :

Ithnin Badri, Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, Page 64-67.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :