Tidak kira percaya atau tidak, kebanyakan durian tidak akan berbuah dengan baik jika pendebungaan diri berlaku. Pendebungaan diri dimaksudkan sebagai kacukan debunga dengan bunga betina dari pokok yang sama. Namun, segelintir kecil buah juga berjaya terbentuk tetapi bentuk buah umumnya tidak seragam atau semacam cacat. Pihak Thailand banyak menjalankan kajian mengenai perkara ini dan keputusan adalah tetap sama.
Misalnya pendebungaan diri bagi baka Monthong hanya berjaya menghasilkan 7.7% buah, Chanee 3.6% malahan Phaung Manee mendapat sifar dalam aspek ini. Pendebungaan silang antara debunga daripada Kradum Thong ke atas bunga betina Monthong terus meningkatkan kadar pembuahan ke aras 27.2%. Begitu juga dengan bunga betina Chanee yang didebungakan dengan debunga dari Kradum Thong turut menghasilkan 16.3% buah. Di Malaysia, kajian menggunakan D24 ke atas baka durian lain juga memberi keputusan serupa seperti diperolehi di Thailand.
Satu kajian di sisi ini menunjukkan debunga boleh melekat pada stigma bunga betina daripada pokok yang sama kemudian bercambah di situ. Tiub debunga juga boleh mengembang selepas itu. Bagaimanapun, selepas dua tiga minggu, putik buah akan gugur ke atas tanah. Keadaan ini menyatakan proses pendebungaan durian yang bersifat late-acting self-incompatibility telah berlaku, bermakna ketidakserasian antara debunga dan bunga betina daripada pokok yang sama telah berlaku secara lewat. Sebab-musabab serta punca persoalan masih tidak dapat dikenal pasti sehingga hari ini. hari ini. Ketidakserasian adalah jawapan terbaik untuk menerangkan perkara ini buat sementara waktu.

PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Bahan rujukan :
1.Chitose Honsho et al, Marked improvement of fruit set in Thai durian by artificial cross-pollination, Scientia Horticulturae, 2004.
2.Abdul Razak Shaari et al., Some aspects of pollination and fruit set in durian, Durio zibethinus Murr. cultivar D24 (1985).
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com